Salam sejahtera...
Mula-mula sari berita penting...
Impian Keningau sebuah daerah di pedalaman Sabah, untuk bergelar Keningwood, bakal menjadi kenyataan bilamana kerja-kerja berkaitan untuk penggambaran filem Aduh Saliha sedang giat dijalankan. Sebuah set "kampung" khusus untuk pemggambaran filem tersebut sedang dibina dengan penuh perasaan di Taman Bandukan Keningau. Seorang pekerja set yang hanya mahu dikenali sebagai Rem meluahkan rasa teruja beliau terlibat sama dalam pembikinan filem tersebut walaupun hanya sebagai pemotong kayu. Dengan perasaan terharu dan semangat yang berkobar-kobar beliau melaungkan "Merdeka! Merdeka! Merdeka!"
Berita alam sekitar...
Penantian penuh debaran berhubung nama seekor anak gajah comel yang ditemui sesat di hutan simpan Tabin akhirnya terjawab bilamana nama "Suria" dipilih dari ratusan senarai nama untuk haiwan yang masih tidak diketahui jantina sebenarnya itu. Namun menurut sumber yang sukar dipercayai, seorang bomoh yang mahir berkomunikasi dengan alam haiwan memberitahu anak gajah tersebut tak puas hati dan enggan menerima nama "Suria" atas alasan "tak rock!". Menurut bomoh yang telah berkomunikasi dengan sang gajah, haiwan tersebut telah memilih namanya sendiri iaitu "Elton". Namun bomoh berusia 80 tahun yang hanya ingin dikenali sebagai Daddy Cool enggan menjelas lanjut alasan disebalik pemilihan nama Elton..."No komen!" katanya tersipu-sipu malu ketika meninggalkan para wartawan sambil menepis jurugambar ala-ala aksi selebriti Hollywood!
Apapun kita terus saja ke berita selanjutnya. Menurut Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah, kurang dari tujuh peratus penduduk Sabah memiliki komputer. Angka ini masih terlalu sedikit jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Sabah kira-kira tiga juta orang termasuk pendatang tanpa izin. Ini bermakna perjalanan masih terlalu jauh kepada pengusaha-pengusaha radioblog di internet yang kerap memutarkan lagu-lagu tempatan untuk sampai kepada pendengar sasaran mereka di pedalaman.
Berita hiburan....artis-artis terkenal dan juga yang tak terkenal bakal menggegarkan KK pada pementasan Ambang Merdeka di Padang Merdeka KK 30 Ogos nanti. Pementasan khas tersebut diadakan sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan negara. Antara mereka yang akan mengambil bahagian ialah Azharina, Hattan, Estranged, Velvet, Ebi, Linda Nanuwil, Reynaldo, Peter Dickie Lee, Clarice John Matha, Valerie Wong, Noraliza Sukarno, Devrenny Hafizan, Richardo, Andalusia, Generasi 50, M.Y. Ahmad, D.Sofea, Jaafar Yunus dan Daud Abdillah. Sekumpulan Mak Nyah yang begitu sinonim dengan venue pementasan iaitu Padang Merdeka meluahkan perasaan merembes mereka dengan kehadiran bintang kacak AF5 Ebi, "Hakak tak sabar-sabar you...we all akan jerit sekuat tenaga bila Ebi muncul nanti!" kata 'Noreen' selaku jurucakap kumpulan tersebut.
Dalam perkembagan lain, Miss Sipitang telah mara ke pusingan akhir pertandingan Ratu Cantik Miss Borneo yang bakal berlangsung pada 15 Ogos nanti bertempat di Hyatt Regency Hotel KK. Turut tidak mahu mengaku kalah ke pusingan akhir ialah Miss KK, Miss Penampang, Miss Kota Belud, Miss Kudat, Miss Tawau, Miss Putatan dan Miss Call. Ketika diajukan soalan kenapa hanya peserta dari Sabah sahaja yang bertanding sedangkan gelaran yang bakal diberi ialah Miss Borneo. Bouncer pertandingan dengan ayunan tangan yang lemah gemalai menjawab "yang kau sibuk bising-bising kenapa? Nampak penampar ni!" Aww...garang you!
Kita terus sahaja beralih ke berita sukan...
Sabah buat julung kalinya mencipta sejarah apabila berjaya menjulang Piala Agung di kejohanan rugby kebangsaan. Wakil negeri pasukan The Sabah Eagles, dilaporkan gembira sakan sejurus selepas membenam pasukan lawan iaitu team negeri Selangor yang juga merangkap juara bertahan di samping juara enam kali kejohanan yang penuh berprestij tersebut. Kegembiraan pasukan Sabah cukup sukar dihuraikan dengan kata-kata, yang nyata mereka menjulang sambil melambung-ambung sekali Pakcik Mamat, pemotong rumput padang Univesiti Malaya tempat berlangsungnya kejohanan tersebut
Nampak gaya, masa begitu mencemburui kita, sekianlah saja berita untuk kali ini...akhir kata...mmm...errr...kano tokou moginum!
0 comments:
Post a Comment