Ha ha ha...kelakar ada, kesian pun da Ai dengar cerita Marsha. Orang lain seronok dapat hadiah best dan mahal harganya pada Krismas, tapi Marsha pula sedih bila dapat sebungkus mi segera sebagai hadiah Krismas. Cerita Marsha: "Macam biasa la...Krismas mesti ada tukar-tukar hadiah. So memang excited la, kononnya akan dapat hadiah best sebab saya pun beli hadiah yang best untuk orang lain. "Mulanya excited la dapat hadiah besar. Tapi bila buka, rupanya dalam kotak tu ada sebungkus mi segera. Memang geram la saya masa tu..."Tapi bila ingat balik memang kelakar. Itulah kenangan Krismas yang tak dapat saya lupakan. So far hadiah paling special pernah saya dapat ialah set mekap yang dihadiahkan oleh kakak saya iaitu Michelle Londoh (28) masa saya masih belajar di tingkatan 5. "Sambutan Krismas tahun ini saya buat kecil-kecilan sahaja sebab saya dapat cuti sehari sahaja. Bujetnya mungkin lebih sedikit daripada tahun lepas. Tapi saya belum buat persiapan la. Biasanya kalau pulang ke Tamparuli, Sabah saya akan tolong emak buat kek. Kek kegemaran saya sudah tentu cokelat fude. Kek itu memang wajib ada semasa Krismas. Biasanya bila tiba Krismas kami sekeluarga akan buat gathering (perhimpunan) di kampung datuk iaitu Kampung Togop, Tamparuli, Sabah. Tahun ini saya tak sabar nak sambut Krismas sebab nak rasa kemeriahan Krismas sebagai seorang artis." Demikianlah cerita Marsha yang bercinta dengan Yazer dalam drama TV 13 episod berjudul Cinta Di Bawah Bayu terbitan Bright Network. Turut berlakon dalam drama itu ialah Ekin, Felix dan Naufara. Marsha juga bakal muncul dalam filem Misi 1511 tidak lama lagi.
FELIX jemput peminat ke rumahnya pada hari kedua Krismas
Cerita Felix: "Tahun ini saya sambut Krismas bersama keluarga di Kota Belud, Sabah. Persiapan mungkin lebih sedikit dari tahun lepas. Dulu tak mampu beli banyak hadiah tapi tahun ini mungkin lebih sikit kot..."Saya dapat merayakan Krismas selama empat hari je, itupun termasuk show pada malam 24 Disember di dewan KDCA (Kadazan Dusun Cultural Association) dengan Marsha. Nak shopping pun tak sempat lagi. "Hadiah pun tak fikir lagi. Selalu saya belikan baju untuk ibu bapa saya. Tapi tahun ini tak pasti lagi. Mungkin baju juga. Hadiah Krismas paling berharga yang saya pernah dapat ialah jam tangan jenama Guess. Sepupu yang hadiahkan. Kalau tak silap Krismas tahun 2002 yang lalu. Seperti biasa yang menghias pokok Krismas ialah kakak, adik dan ibu saya. Saya tengok saja. He he he! Selain bertukar-tukar hadiah dengan keluarga..paling saya tunggu ialah berpicnic dengan keluarga sehari sebelum Krismas. Memang setiap tahun kami berpicnic dan sudah menjadi acara wajib menjelang Krismas. Sebelum ini kami pernah berpicnic (berkelah) di Taman Negara. Tahun ini tak tahu lagi ke mana destinasinya. Tapi tahun ini special sikit sebab saya ada buat open house untuk peminat-peminat pada hari kedua Krismas. Jadi saya jemput peminat datang ke rumah kalau sudi. Apa pun tak ada beza sambutan Krismas dulu dan sekarang. Cuma sekarang saya mampu beli macam-macam berbanding dulu." Begitulah cerita Felix yang telah bergelar pelakon menerusi filem Misi 1511 terbitan AV Vision. Peminat Felix, nantikan album sulung Felix yang dijangka menemui anda awal tahun depan
Oleh Aisamurni Supaman (Mangga Januari 2006)
0 comments:
Post a Comment