Nina ingin salut mummynya dengan emas!
Alhamdulilah rezeki Azharina Azhar (20 tahun) menerusi album keduanya berjudul-NINA (terbitan Milennium Art dan edaran Sony BMG Music) semakin diterima ramai peminat. Single pertama lagu Elegi Sepi telah meledakkan nama Nina macam bom atom gitu. Ha! Ha! Lagu tu memang mengasyikkan. Ahh! Kali ini giliran Nina pula menghiasi kolum zaman kanak-kanak dan remaja Mangga. Pada 25 Mac lalu, Zaidie telah menebual mummy kesayanagan Nina – auntie Azizah Ibrahim (41). Terlanjur berbual sempat juga Zaidie mengorek pelbagai kisah menarik Nina daripada mummynya. Nina dilahirkan pada 11 Mac 1985 di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Jangan tak baca...jom kita baca. Cerita auntie Azizah Ibrahim: “Dia (Nina) ni anak sulung daripada empat beradik. Dia ada seorang adik perempuan (Nana – 19) dan dua orang adik lelaki (Adam-12 dan Aiman-4). “Dia memang minat muzik ni sejak dari kecil lagi. Dia suka menari dan menyanyi. Umur lima tahun dia dah mula menyanyi di rumah orang kahwin. Selain dari itu dia pun dah mula ikut pertandingan nyanyian di Sabah. Kalau tak menang juara, dia dapat kedua atau tempat ketiga. Sayangnya datuk kesayangnannya – arwah Ibrahim Sanadi tak dapat melihat perkembangan dunia nyanyiannya. Datuknya meninggal pada tahun 1990. “Sebelum bersekolah tadika dia dijaga oleh nenek (Minah Abdul Jalil) dan arwah datuknya di Keningau. Dia ni memang cucu kesayangan. Masa nak mula masuk ke tadika, auntie ambil balik dia. Yang lucunya, auntie dapat tahu neneknya susah hati dan sedih sangat bila tahu auntie nak ambil balik dia. Neneknya sanggup sembunyikannya supaya tidak diambil auntie. Yelah cucu kesayangan lah pula. “Dia memang cucu yang lain daripada yang lain. Dia boleh berfikir walaupun masih muda. Pernah dulu seingat auntie masa dia ke pekan (bandar) dengan kakek (panggilan kepada arwah datuknya) dia idamkan sebuah rumah. Tapi dia tahu kakek tak mampu membelinya. Tapi dia pernah bercita-cita kalau dia kaya suatu hari nanti, sudah pasti dia akan mendapatkannya.
“Auntie berpisah dengan suami (Al-Azhar) pada bulan Jun 2001. Tahun tu juga Nina menjuarai pertandingan Bintang RTM. Walaupun sudah berpisah hubungan kami tetap baik. Auntie sebenarnya tak bimbang walaupun dia merantau mencari rezeki sebagai penyanyi di Kuala Lumpur. Dia boleh berdikari dan membawa diri. Dia nampak lebih dewasa dan matang daripada umur sebenarnya. Dia anak yang bertanggungjawab kepada keluarganya. Dia pernah berjanji kepada auntie kalau dia berjaya sebagai penyanyi dia ingin salutkan auntie dengan emas. Maksudnya dia ingin membahagiakan keluarganya. “Soal jodoh auntie tak menghalang siapa jodohnya. Tapi apa yang auntie dapat rasakan dia takut nak kahwin. Mungkin dia dah tengok keruntuhan rumahtangga yang dialami auntie dan bapanya. Buat masa ini tak kahwin pun tak apa lagi. Biarlah dia berjaya dulu menjalani kehidupan sebagai artis”.

Mangga Mei 2005
0 comments:
Post a Comment