18 Jan 2006

Mari dengar lagu Sama/Bajau..


Apa kata kali ini kita nikmati pula beberapa lagu dalam bahasa Bajau/Sama dari Ammath Assir menerusi album beliau yang berjodol Sentioso Besomo edaran Skyline. Ketika mendengar album ini sambil memandu kereta, saya amat kagum dengan susunan muzik pada beberapa lagu. Kualiti adunan muzik atau lebih tepat aspek teknikal penerbitan album ini juga amat mengkagumkan membuatkan saya terpaksa berhenti di siring jalan hanya semata-mata hendak membaca label album untuk mengetahui mereka yang terlibat di belakang tabir produksi album ini. Maka terteralah nama-nama seperti Jasnie M.Yaakub (jurutera rakaman) dan Jasnie @ Jazz M.Y selaku musical arranger (mmm....orang yang sama kah ni? nama lebih kurang saja). Antara banyak-banyak lagu dalam album ini sebuah lagu berentak sentimental Ma’apin Diriku (Maafkan Diriku? Betulkah tekaan terjemahan saya ni?) begitu memikat hati. Walaupun tak berapa faham (faham sikit-sikitlah beberapa perkataan yang ada bunyi-bunyi keMelayuan) melodi dan vocal arrangement lagu ini amat memikat sanubari (sila dengar di trek kedua). Lagu ini adalah hasil nukilan Jasnie M. Yaakub (hebatlah kau!). Lagu yang memikat hati seterusnya berjodol Isun Isun (yang ini saya surrender tak erti mau terjemah) sebuah lagu yang berentak etnik dengan sedikit elemen-elemen dangdut. Lagu ini kaya dengan adunan instrumen muzik tradisi yang mengasyikkan, layak bertanding dalam kategori Irama Malaysia Juara Lagu TV3 silap-silap kalah Pak Ngah! (malangnya volume lagu macam tenggelam bila saya tukar ke fail mp3 untuk di upload di sini - nantilah saya cuba lagi).

Walaupun album ini merupakan sebuah album Bajau tapi ada juga diselitkan sebuah lagu Dusun ciptaan Umbut, yang diberi jodol Cinta Di Tamu (tamu Kota Beludlah). Dalam lagu ini Ammath berduet dengan Lydia Kalidin, best juga! (sila dengar di trek pertama). Lain-lain lagu termasuklah lagu untuk jodol album Sentioso Besomo (lagu/lirik: M.N Suzien), O Kanak Kanak (lagu/lirik: M.N.Suzien), Mole’ Nu Ta’ Sedi Ku (lagu/lirik: Datu Badd), Kerena Tepakso (lagu/lirik: Yusof Salleh @ Icuk), Betutur Oyo (lagu/lirik: M.N. Suzien), Diam Atei Ngerindu (lagu/lirik: Datuk M.Y. Ahmad) – sebuah lagu berentak jazz/bigband dan akhir sekali sebuah lagu joget Joget Jogo Bana Bana hasil sumbangan Abu Bakar Ellah sementara lirik ditulis oleh Datu Badd/M.N Suzien/Mawang.

Walaupun dari segi vokal, vokal Ammath taklah berapa menyerlah sangat (agak kurang menyengat dari segi emotional projection) tapi secara keseluruhannya produksi album ini amat mengkagumkan. Aspek teknikal menyamai taraf beberapa album yang dihasilkan di KL. Kepada mereka yang menggemari lagu-lagu pop Bajau/Sama album ini disyorkan...it's worth buying!

6 comments:

Anonymous said...

dimana kalau nak beli lagu bajau tu

Anonymous said...

Saya tak pasti kamu berada di mana...tapi kalau di KK album ini ada dijual di hampir semua kedai muzik juga di tamu dan pasar malam. kalau d KL...saya rasa..ada dijual di kedai muzik Tower Records..KL Plaza (lagu Ma'apin Diri Ku boleh di dengar di radioblog warna merah..trek 23)

Anonymous said...

alo bos..

maapin diri ku.. = maafkan diri ku

aku dah ada video klip dia siap karuke.. :p

hebat juga bila masuk lagu dusun, nampak variasi sikit... lagipun bahasa sama' tu lain sikit dr bajau kota belud... tp still bole paham...


bro ada link ka utk lagu2 sama' yang lain... rindu taw... hahaa

dBOS-fm said...

Aikk..ya kah..sya ingatkan istilah 'Sama' ni merujuk pada bahasa Bajau Kota Belud. Ada lagi beberapa lagu Bajau saya tapi dlm bentuk kaset (bukan digital) so leceh masalah sikit upload sini. Pasal link tu sya rasa belum ada website khas untuk lagu2 Bajau...:(

Anonymous said...

Saya mencari lagu edin wahab - nyarun jodoh dan rapak rebung versi rakaman asal seprti yang disiar dalam siaran samah sabah vfm. Manatau kasetnya saudara masih simpan....upload la dalam bentuk mp3....

BengkaruN said...

lagu Rosdi Ali ada kah?Tajuk Ensan Deringgit