26 Apr 2006

Rentak Juara - RTM1

Lupakanlah One In A Million buat seketika, nampak gaya tiada seorangpun peserta dari Sabah di antara sembilan peserta akhir yang telah diumumkan. Sepertimana yang diberitahu SELBORN.

Sedar tidak sedar, rupa-rupanya ada pula sebuah lagi talent show yang sedang hangat di TV sekarang ini. Rancangan yang dimaksudkan ialah Rentak Juara di TV1, hari Sabtu 9:00 malam. Secara tak sengaja saya 'terberpeluang" menyaksikan rancangan tersebut Sabtu lepas. Dalam rancangan tersebut peserta kumpulan mewakili Labuan terpilih ke pusingan seterusnya (rancangan diadili juri). Juri memilih tiga kumpulan ke pertandingan seterusnya dan mana-mana kumpulan yang tidak dipilih, masih berpeluang untuk mara melalui undian SMS (hmm..!). Antara peserta kumpulan dari Sabah ialah Absolute Vibes dan Sandaran. Kalau tak silap saya Absolute Vibes berjaya mara ke peringkat seterusnya melalui undian SMS, manakala nasib kumpulan Sandaran pula kurang pasti (mungkin mereka telah membuat persembahan pada rancangan lebih awal, yang saya ketinggalan menyaksikannya). Apapun klik saja keratan-keratan akhbar di bawah (untuk versi besar) sekiranya berminat mengetahui cerita selanjutnya kedua-dua kumpulan tersebut.


2 comments:

Anonymous said...

Sia rasa 9 Peserta yg disenaraikan oleh Selborn itu ialah senarai ARTIS yg mengikuti ujibakat di KL dan berjaya ke peringkat seterusnya sahaja (bukan senarai akhir). Semua 31 peserta yg berjaya di ujibakat KK masih berpeluang menunjukkan bakat masing². Kalau x silap, seramai 80 org akan dipilih ke peringkat seterusnya dan 20 org ke Separuh Akhir. Harap² ada lah wakil Negeri Di Bawah Byu.. :D

-nd-
gurangak@gmail.com

dBOSfm said...

Ya saya juga berpendapat mcm tu...belum finalised lagi...sbb terlalu awal utk d umumkan..dan lagi belum ada news berhubung 2nd round audition.