18 Apr 2006

Senarai 31 peserta OIAM dari Sabah

Keratan akhbar di bawah ini (tarikh 15 April) memuatkan laporan juri program reality talent show "One In A Million" (OIAM), Paul Moss dan Syafinaz mengumumkan seramai 31 peserta Sabah berjaya ke peringkat seterusnya yang akan berlangsung di Kuala Lumpur (tanpa memberikan senarai penuh peserta-peserta tersebut)

Belum sempat saya post keratan akhbar tersebut, blogger SELBORN telahpun memperolehi maklumat berhubung senarai 31 peserta berkenaan yang diperolehi melalui akhbar Kosmo. Saya jangkakan pegumuman akan hanya dibuat setelah proses ujibakat KL selesai. Nampak gaya jangkaan saya kurang tepat.

Terdapat beberapa nama artis popular Sabah yang tersenarai antaranya ialah Ivye Alexander, Haider (top 20 AF3) dan sebuah nama yang dieja sebagai Teno Rodney Fabianus (adakah beliau ini Reno Roney Fabian, juara KDM Idol 2005?)

2 comments:

Anonymous said...

ya ka si IVY pun ikut ni talent show..harap2 di berjaya...

Anonymous said...

Macam begitulah nampak gaya... harap2 dia akan berjaya..kalau tidak menang pun sekurang-kurangnya beliau telah mendpt publisiti meluas seluruh Malaysia..:)