4 Apr 2006

Episod Ke 2 Nokuro29

(Artikel dicedok 100% dari e-mail Seriband)


Setelah selesai episod pertama, rakaman musik dan suara serta proses-proses pembentukan hasil akhir yang dipanggil sekeping CD atau kaset, episod ke dua yang rupanya bukan mudah, mula memaksa peluh kami membintik di dahi. 31 Mac, 1000 unit keset Nokuro29, sudah siap dipek dalam lima kotak yang menyesakkan ruang studio Bamboo Sound, beralih tangan setelah wang akhir bertukar dompet. Si Felix Don, Jude (pemuzik) dan si Rayner (cameraman BSS) mula menggeratak..” Ha…sikarang suda jadi artis oooo… mesti pandai layan peminat ooo…”. Vincent29 dan Uyu29 serta saya (seriband), dalam hati “artis apa…1 album pun belum tentu terjual… jangan2 jadi macam ‘Rimba Bara’- Sebuah band yang hampir terkenal- filem Rock…arggg.. Oh ya..si Rydu tidak dapat ikut pasal tidak dapat kebenaran keluar asrama har..har..har

Petang 31 Mac sekitar jam 4:30 ptg, karya N29 diperdengarkan secara rasmi dengan diakui sticker ori di ruang legar kedai keset Bamboo . Agak kelucuan serta sedikit gementar (campur sikit panik) bila lagu ‘Nokuro tu..’menyisip telinga orang ramai yang entah apa reaksi mereka. Bediri bulu tengkuk tedengar lagu sendiri di khalayak ramai. Haraplah konsep ini boleh diterima…. Si Dawirondu senyum lebar time kami singgah kejap. Eh…senyuman dia tidak menyeramkan tau!

1 April sekitar 8.00 pagi dengan azam yang tinggi dan semangat berkobar-kobar, 3 kotak (600 unit) kami sumbat dalam transport rasmi si kembara EX ( non- full aksesori, keset player je) menuju puncak…KOTA KINABALU, KAMI DATANG MENCABAR ENGKAU..
Destinasi pertama kami tiba, label ‘Sabah Record’ tertera megah satu bangunan 2 atau 3 tingkat(lupa) . “okey Uyu… bawa 30 unit, alala…tiada tempat, lupa bawa beg kecil,” cari punya cari nampak beg plastik celah bangku belakang. Hantam sajalah.. jangan bekas plastik ikan masin..sudah. “Bagus bawa satu kotak”, cakap si Uyu. “Kita test dululah sikit2,” balas saya.

Konpiden masuk SR , dengan peluh sana-sini ( tida berapa biasa cuaca KK) cari kunun Boss SR. Boss SR tiada, jumpa …(?) “Aaa..apa lagu? Lagu mulut (murut) ka? Boss tiada oo…tida belani ambil oo..”

Itulah yang dikatakan episod ke 2. Pemasaran, penjualan produk. Datang jauh-jauh, semangat mendidih-didih , konfiden 101% last-last dibantutkan dengan halangan yang langsung kita tiada kuasa mengubahnya.

“Lu datang lain kali lo…bila ada boss, kasi tinggal 1 keset lo… kasi dingar boss, you ada nombor pon ka? Kami melangkah longlai dari kedai keset Sabah record. Nasip kau tida usung satu kotak Uyu…har…har…har

Plan ke-2 cari OPT asia city..menurut Puan Dusiah (boss BSS) depan panggung wayang Kilan , pusing-pusing jalan kaki (pakai kereta takut susah cari paking) jumpa juga. Selepas tekan track 1 ‘Aramai Aka’…Mr Jimmy angkat ibu jari kanan, “ ini yang saya mau…musik kamu ini sebenarnya lebih bagus dari artis tempatan yang kunun top sekarang” jelas beliau sambil guyang kepala. Tekan track 3, intro distort ‘Nokuro tu..’ sekali lagi kami nampak ibu jari naik. Hati agak terubat…You mimang best Mr jimmy, 29 unit percubaan bertukar tangan. Belum selesai sain resit, 1 keset sudah ada pembeli. Huu.. itu baru harga si Vincent usung 29 unit dalam bakul plastik putih sambil jalan kaki.

Pemborong Ligo Blok H lorong Sinsuron turut ambil 30 unit percubaan.”Tapi you jangan satu minggu sudah telepon tanya harga ooo…macam orang lain…kurang2 enam bulan baru tanya oo…” kata si Amoi Ligo yang pandang saya atas bawah 2 /3 kali time masuk dalam opis diorang, macam pula saya ni budak Pilipin jual rokok yang tercalar kereta orang. Nampaknya budi bahasa ni semakin kurang bila manusia meningkat dewasa.

Hu..mencabar juga jadi jurujual. Tia apa bah…nanti kalau kita sudah pemes, hu..orang cari minta supply mesti telepon waktu pejabat saja oo… kata si Uyu menyedapkan hati dalam kepanasan KK sambil meneliti orang turunkan ikan dari bot di pasar Ikan KK.
Okey..jumpa lagi..dapatkan Nokuro29 di pasaran, kalau tida dapat sila berhubung dengan pegawai pemasaran kami Si Uyu 019 8417056 (time ini tida terikat waktu pejabat…har..har..)

Seriband

P/s: Kenapa staff Sabah Records tidak telefon boss durang? Minta izin pakai telefon! Hmmm...anyways syabas atas daya usaha kamu...semoga memperolehi kejayaan!

4 comments:

Anonymous said...

bagus Nokuro29..siurang di EtnikMuzik Production menyukung punuh usaha kamurang..kita rancakkan lagi musik tempatan kita..kita ni beruntung satu2nya negeri di malaysia yg musik tempatannya SEBENARNYA bulih cari makan kalau tabah! sabar! dan percaya sama talent masing2.

setakat angkat2 kasetCD tu perkara biasa even di KL...man bai, zainal abidin sendiri pernah usung kaset hantar stok sama bos SR..aku (ading), asmin mudin, ray pun begitu juga sehinggalah aku balik2 tukar sport rim sekarang hehehe...

dbosfm said...

Macam tulah lumrah jadi jurujual ...tapi jan susah..timing kamu release album memang ngam...sebab nanti akan ada banyak sambutan pesta kaamatan...sini..sana...so apa lagi kamu p lah buka gerai promosi!

F!oNa said...

Tahniah Nokuro29 !!

Misti mo beli nie.. sedihnya deblang tu Laupan,sia nya keset lum sampai.Abis stok!! silaka ikan masin :cry: .......

Beli yang ori kama !!

Anonymous said...

mau bili juga niee.. kalau bukan orang sendiri sokong pasaran kita.. siapa lagi... usaha tangga kejayaan...