Nampak gaya rakaman dan material kali ini lebih mantap dari album pertama.
11 Aug 2010
Nokuro 29 2010 Sneak Peek
Nampak gaya rakaman dan material kali ini lebih mantap dari album pertama.
3 Jun 2010
Nokuro 29 - Kakal

Kalau dulu bertiga kali ini durang berempat
Buli tahan...
SAD NEWS
Passing of "Sayang Kinabalu" singer
24 Jul 2009
5 Apr 2006
Nokuro29 Episod ke3 - Usaha untuk menarik minat golongan muda berjiwa rock!
Album : Nokuro Tu?
Edaran : N29
Rating : 3
Kehadiran golongan remaja bermain muzik secara berkumpulan bukanlah sesuatu yang baru. Pergi saja ke pusat-pusat jamming di sekitar Kota Kinabalu, malah di bandar-bandar juga pekan lain di negeri Sabah, sudah pasti kelihatan kelibat mereka lepak menanti giliran memasuki studio jamming. Kreativiti mereka terserlah seawal menamakan kumpulan mereka lagi. Dengan bunyi nama kumpulan yang pelik-pelik, lazimnya muzik rocklah yang menjadi santapan.
Dari kelompok jammers ini tampil sebuah kumpulan trio yang menamakan diri mereka Nokuro 29, yang muncul dengan album sulung mereka, Nokuro Tu (Kenapa Tu?). Menariknya Nokuro 29 ini ialah bahasa Dusun dipertaruhkan sebagai lingua franca curahan emosi menerusi genre muzik yang cuba mereka ketengahkan iaitu "freepop punk ska" .
Hasilnya? Bolehlah ditinjau dari dua aspek, aspek seni/karya muzik dan juga aspek teknikal. Untuk aspek pertama, jauh dari mengecewakan, malah tahap kreativiti trio ini dalam bidang penciptaan muzik amat mengkagumkan. Semuanya telah dibuktikan menerusi lagu-lagu ciptaan mereka sendiri seperti "Nokuro Tu", "Aramaiti Ska", "Koupusan Ku", "Ona Ku", "Trust Pada Bulan" (yang ini dijamin membuat pihak Dewan Bahasa pening!) dan selebihnya. Kekuatan vokal ketiga-tiganya tak perlu disangkal, masing-masing dengan keistimewaan tersendiri. Vincent memiliki vokal yang sesuai membawakan lagu "heavy" (dan memang itulah tugas beliau dalam album ini). Sementara Uyu (Trust Pada Bulan) dan Rydu (Ona Ku) pula selesa dengan lagu yang sederhana berat dan ringan masing-masingnya. Dari aspek teknikal pula (kualiti bunyi/adunan), hanya yang mampu saya katakan ialah, masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki.
Trio ini mampu melangkah lebih jauh dan andaikata segalanya berjalan dengan baik, mereka mampu menyaingi kumpulan muzik lain. Dari segi penampilan imej, tidak jauh bezanya dengan penampilan imej kumpulan Peterpan, Sheila On 7, Radja dan yang lainnya. Vokal serta mutu komposisi lagu juga agak setanding. Walau apapun, segala kekurangan dalam album pertama ini besar harapan ianya akan dapat diatasi dalam album-album Nokuro 29 yang seterusnya. Semoga Nokuro 29 akan berjaya menarik perhatian lebih ramai kelompok remaja mendekati album tempatan dan seterusnya menjadi perintis serta pendorong kepada golongan jammers remaja yang lain untuk menghasilkan album.
P/s: Ucapan jutaan terima kasih (tahap gaban)...kerana menyebut sekali dbos-fm dalam kredit (terharu!)
4 Apr 2006
Episod Ke 2 Nokuro29

Setelah selesai episod pertama, rakaman musik dan suara serta proses-proses pembentukan hasil akhir yang dipanggil sekeping CD atau kaset, episod ke dua yang rupanya bukan mudah, mula memaksa peluh kami membintik di dahi. 31 Mac, 1000 unit keset Nokuro29, sudah siap dipek dalam lima kotak yang menyesakkan ruang studio Bamboo Sound, beralih tangan setelah wang akhir bertukar dompet. Si Felix Don, Jude (pemuzik) dan si Rayner (cameraman BSS) mula menggeratak..” Ha…sikarang suda jadi artis oooo… mesti pandai layan peminat ooo…”. Vincent29 dan Uyu29 serta saya (seriband), dalam hati “artis apa…1 album pun belum tentu terjual… jangan2 jadi macam ‘Rimba Bara’- Sebuah band yang hampir terkenal- filem Rock…arggg.. Oh ya..si Rydu tidak dapat ikut pasal tidak dapat kebenaran keluar asrama har..har..har
Petang 31 Mac sekitar jam 4:30 ptg, karya N29 diperdengarkan secara rasmi dengan diakui sticker ori di ruang legar kedai keset Bamboo . Agak kelucuan serta sedikit gementar (campur sikit panik) bila lagu ‘Nokuro tu..’menyisip telinga orang ramai yang entah apa reaksi mereka. Bediri bulu tengkuk tedengar lagu sendiri di khalayak ramai. Haraplah konsep ini boleh diterima…. Si Dawirondu senyum lebar time kami singgah kejap. Eh…senyuman dia tidak menyeramkan tau!
1 April sekitar 8.00 pagi dengan azam yang tinggi dan semangat berkobar-kobar, 3 kotak (600 unit) kami sumbat dalam transport rasmi si kembara EX ( non- full aksesori, keset player je) menuju puncak…KOTA KINABALU, KAMI DATANG MENCABAR ENGKAU..
Destinasi pertama kami tiba, label ‘Sabah Record’ tertera megah satu bangunan 2 atau 3 tingkat(lupa) . “okey Uyu… bawa 30 unit, alala…tiada tempat, lupa bawa beg kecil,” cari punya cari nampak beg plastik celah bangku belakang. Hantam sajalah.. jangan bekas plastik ikan masin..sudah. “Bagus bawa satu kotak”, cakap si Uyu. “Kita test dululah sikit2,” balas saya.
Konpiden masuk SR , dengan peluh sana-sini ( tida berapa biasa cuaca KK) cari kunun Boss SR. Boss SR tiada, jumpa …(?) “Aaa..apa lagu? Lagu mulut (murut) ka? Boss tiada oo…tida belani ambil oo..”
Itulah yang dikatakan episod ke 2. Pemasaran, penjualan produk. Datang jauh-jauh, semangat mendidih-didih , konfiden 101% last-last dibantutkan dengan halangan yang langsung kita tiada kuasa mengubahnya.
“Lu datang lain kali lo…bila ada boss, kasi tinggal 1 keset lo… kasi dingar boss, you ada nombor pon ka? Kami melangkah longlai dari kedai keset Sabah record. Nasip kau tida usung satu kotak Uyu…har…har…har
Plan ke-2 cari OPT asia city..menurut Puan Dusiah (boss BSS) depan panggung wayang Kilan , pusing-pusing jalan kaki (pakai kereta takut susah cari paking) jumpa juga. Selepas tekan track 1 ‘Aramai Aka’…Mr Jimmy angkat ibu jari kanan, “ ini yang saya mau…musik kamu ini sebenarnya lebih bagus dari artis tempatan yang kunun top sekarang” jelas beliau sambil guyang kepala. Tekan track 3, intro distort ‘Nokuro tu..’ sekali lagi kami nampak ibu jari naik. Hati agak terubat…You mimang best Mr jimmy, 29 unit percubaan bertukar tangan. Belum selesai sain resit, 1 keset sudah ada pembeli. Huu.. itu baru harga si Vincent usung 29 unit dalam bakul plastik putih sambil jalan kaki.
Pemborong Ligo Blok H lorong Sinsuron turut ambil 30 unit percubaan.”Tapi you jangan satu minggu sudah telepon tanya harga ooo…macam orang lain…kurang2 enam bulan baru tanya oo…” kata si Amoi Ligo yang pandang saya atas bawah 2 /3 kali time masuk dalam opis diorang, macam pula saya ni budak Pilipin jual rokok yang tercalar kereta orang. Nampaknya budi bahasa ni semakin kurang bila manusia meningkat dewasa.
Hu..mencabar juga jadi jurujual. Tia apa bah…nanti kalau kita sudah pemes, hu..orang cari minta supply mesti telepon waktu pejabat saja oo… kata si Uyu menyedapkan hati dalam kepanasan KK sambil meneliti orang turunkan ikan dari bot di pasar Ikan KK.
Okey..jumpa lagi..dapatkan Nokuro29 di pasaran, kalau tida dapat sila berhubung dengan pegawai pemasaran kami Si Uyu 019 8417056 (time ini tida terikat waktu pejabat…har..har..)
Seriband
P/s: Kenapa staff Sabah Records tidak telefon boss durang? Minta izin pakai telefon! Hmmm...anyways syabas atas daya usaha kamu...semoga memperolehi kejayaan!
23 Mar 2006
Nokuro29...
Starring: Si Oboi..naik motosikal..teda lesen....hantar surat!
Video shooting dibuat semasa Uyu belum menganggotai Nokuro29.
21 Feb 2006
Nokuro29 - MTV...ARAMAItii!!!
7 Jan 2006
Nokuro29....

Ada 10 buah lagu dalam album pertama mereka yang bakal berada di pasaran dalam bulan April. Antara lagu-lagu yang bakal dimuatkan ialah Aramai Ska, Nokuro Tu...(kedua-dua lagu ni sedang berada online - Track 54 dan 55), Upus, Sarapon, Nana Song, 28 Minit (lambat 3 minit dari Michael Learns To Rock), Pogulio Tupus Di Pogulu, Kopusan (perkataan wajib dalam lagu dusun), Ona, Trust Pada Bulan ( yang ini lagu melayu...tapi perkataan "trust" tu aneh sikit)

"Sebenarnya diorang plan... muzik diorang lebih kepada gitar oriented....lebih kepada macam muzik Simple Plan.....tapi buat percubaan/permulaan main bentuk-bentuk ska sebab ia lebih dekat dengan beat sumazau... lebih bikin orang tebeguyang dan berpogo masa pesta-pesta kawin atau kaamatan. Kena mesra Keramaian lah lebih kurang", kata Encik Seriband (bukan nama sebenar) selaku jurucakap Nokuro29. Ketika ditanya dari mana pula datangnya idea menamakan kumpulan ini Nokuro29, beginilah jawab beliau "Nama Nokuro29 itu sebenarnya terpilih setelah macam-macam nama cuba dicadangkan...asalnya nama kumpulan dipanggil RyduVincentUyu....tapi panjang, susah mau ingat dan sebut. Macam-macam nama dicari cth; Shumara, Tanaq Wagu, Bobolian, nama-nama hantu dusun,...tiada yang kena di hati....so tiba-tiba why not ambil tajuk lagu Nokuro Tu.. sebab lagu inilah yang menggerakkan mereka cuba masuk industri musik kita. Lagu Nokuro Tu.. ini mula rakam pakai gitar kapok tahun 2002(mungkin lupa suda...versi asal cha ca..har...har..har...) Kitorang pilih lah Nokuro..... 29 itu ngam ngam hari nama ini dipilih 29 haribulan. Masa itu sudah masuk studio, rakam muzik( semua musik main sendiri...tiada pemuzik undangan...) Tapi tiada nama kumpulan, susah mau booking haribulan masuk studio kalau nama pun tiada...jadilah Nokuro29" alkisahnya....
Kumpulan ini juga khabarnya telahpun menyiapkan empat buah klip video mereka. Sama-samalah kita nantikan kemunculan album pertama mereka. Nampak gaya kumpulan ini menampilkan sedikit kelainan dan bakal menyajikan "variety" dalam hasil-hasil karya anak tempatan Sabah. Semoga mereka akan bertapak lebih jauh lagi selepas ini. Syabas!

