12 Nov 2008

Dear dB....

Dear dB

Saya berkenalan dengan seorang gadis pada tanggal 31.Ogos 2006. Perkenalan yang bermula di tamu Putatan itu akhirnya berbunga menjadi cinta. Perhubungan kami sebagai kekasih berjalan dengan indahnya seperti cerita Winter Sonata dan kami memang merancang untuk bertunang dalam bulan January tahun depan. Walau bagaimanapun pada bulan lepas, tragedi Oktober telah melanda kisah cinta kami. Beliau tiba-tiba berubah sikap dan tidak seperti dahulu. Saya cuba mencari jawapan terhadap perubahan sikap beliau dengan mencuri-curi baca segala sms di telefon bimbit beliau namun jawaban yang saya cari gagal ditemui. Mimpi ngeri saya akhirnya terjawap tatkala terserempak dengan buku 555 di bilik air. Rupa-rupanya segala saat-saat romantis beliau dengan anak taukeh billiard dicoretkan dalam buku 555. Sungguh tak ku sangka dalam era digital kini buku 555 menjadi pilihan sebagai diari rahsia. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu…hancur luruh…berkecai…seluruh jiwa dan ragaku. Tanpa kusedari buku 555 yang menjadi saksi kugenggam hingga hancur...sehancur hatiku. Siapa lah juga diri ku ini, hanya seorang mekanik dan bukannya anak taukeh billiard. Dengan itu dB, saya ingin sekali menujukan lagu Antara Aku Dan Dia nyanyian Sudirman kepada kekasih ku yang curang dengan soalan "buatlah keputusan berikan ku kepastian...aku kah atau anak taukeh billiard?" Sila jawap sebelum 31 Disember 2008!

Dari ku yang merana...

Boy Tulen, Putatan

dB: Apapun bersabar sajalah Boy mungkin hari ni kau mekanik , besok lusa siapa tahu bukan lagi anak tapi terus jadi boss billiard, dan terimalah lagu yang si Boy minta only on dBOS-fm..….errrm…Sudirman? biar betul kau Boy!

5 comments:

Anonymous said...

wah.. really pity owh ko boy... harap bersabar...if the girl gone, it not end of your world... there is a lot good girls out there.. you just need to work a bit to find the special one. dunia sekarang.. perempuan lagi ramai.. jadi jangan susah..

Anonymous said...

kah kah kah..

dbos!

aku ambil ni buat telemovie! kah kah kah

tajuk: NANTI KAU! (bila kukena Jackpot..kisah benar)

Ading

dBOS-fm said...

Iter...terimakasihlah kerana prihatin dengan nasib si Boy nanti saya sampaikan nasihat kau sama dia

Ading...buli bah janji watak anak tokeh biliad kasi aku..kekekek.

Anonymous said...

aku mau tambah lagi sikit...

"dgn hati yg amat terluka ini..airmataku mula bercucuran jatuh kedalam mangkuk tandas yang baru saja aku gunakan tadi..muka dan kepalaku kubasahkan untuk menyegarkan kembali ingatanku..hangit! dan masam!..rupa-rupanya kutercelup kepalaku kemangkuk tandas tanda ku sengaja!..ohhh sungguh soi sekali hari ku..."

Ading

dBOS-fm said...

Panjang baitu actually tpi sya kasi pindik. Yg mula2 tu masa pertemuan d tamu Putatan sepatutnya ada lagi "...ungkapan pertama dari mulutnya "Ko mo plastik?" dengan suaranya yang lembut tidak akan ku lupa sampai bila2 (the girl helped her grandma menjual sayur bah kunun tus tu boy p beli sayur kangkung sana and the girl offer plastic bag)