13 Jul 2009

Musim 'Naib Juara' :-)

Nampak gaya tahun ini bakat-bakat dari Sabah yang menyertai pertandingan nyanyian (kecuali AF7) sekadar berpuashati dengan tempat kedua. Bermula dengan Esther (OIAM3) dan Jo-anna (BRTM) (kedua-dua ni saya anggap 'orang kuat' dan berpotensi/sepatutnya bergelar juara) dan yang terbaru semalam Chaq (Mentor).

Barisan mentor dan protege peringkat akhir (dari kiri) Fira, Lah, Black, Mas, Chaq dan Ajai

Peminat perlu sokong artis yang diminati

Saya terima beberapa e-mail yang meminta saya memberikan lagu artis-artis tertentu. Yang menghairankan saya mereka mengaku sebagai peminat artis berkenaan. Di sini saya ingin memohon maaf sebab saya tidak dapat menunai permintaan-permintaan sebegitu....sorry! Sebab saya memegang prinsip sekiranya kita meminati seseorang penyanyi dan gemar akan lagu beliau, kita sepatutnya membeli album atau lagu single artis yang diminati sebagai tanda kita menyokong karier mereka, gitu! :-). So maaf sekali lagi ya...kepada mereka yang pernah meminta lagu, terutama mereka yang ber-'network' melalui Facebook sebab saya belum berdaftar dengan Facebook, so I can only reply here. Kepada peminat Felix (di Semenanjung), saya sarankan anda berhubung dengan d'Sulap Entertainment untuk mendapat maklumat berhubung penjualan album beliau di Semenanjung, mungkin juga boleh mendapatkannya melalui pos.

0 comments: