20 Mar 2010

Juara Lagu Popular Bajau


LAGU berjudul Janji Setia Nu hasil ciptaan Zulkifle Manang, lirik oleh Wanlee Yong dan muzik oleh Jimbonievin Simon dinobatkan sebagai juara, keseluruhan dalam Pertandingan Akhir Lagu-Lagu Popular Bajau, dalam carta Sabah Vfm 2009, di sini, Ahad. Dinyanyikan oleh Benn Simon, lagu yang turut mendapat anugerah Lagu Bajau Terbaik itu, berjaya mengetepikan sembilan peserta lain dan membawa pulang hadiah bernilai RM2,000 serta trofi. Manakala lagu Diom Kinum-Kinum, nyanyian Nur Mimi Fadzlyend Abd Azan, berjaya merangkul anugerah Lagu Bajau Paling popular setelah mendapat undian SMS paling tinggi. Dengan kemenangan itu, Nur Mimi membawa pulang RM1,500 dan sebuah trofi.

Anugerah Persembahan Terbaik pula disandang oleh Zafira Massim @ Abd Kassim Amri Abu Bakar yang menyanyikan lagu berjudul Rungei Ta' Moto sekaligus berjaya membawa pulang RM1,000 serta sebuah trofi. Anugerah Vokal Terbaik pula diberikan kepada Noorlizah Aslee, atas kemantapan vokalnya mendendangkan lagu Lengkebu Kasih. Makbul Manang dianugerahkan sebagai penulis Senikata Terbaik menerusi lagu Makbul Manang. Turut ketinggalan, Pemenang Pengundi SMS terbanyak bakal menerima hadiah RM1,000 dan sebuah trofi.

Pertandingan Akhir Lagu-lagu Popular Bajau yang dianjur bersama oleh RTM, Sabah Vfm, Pejabat Daerah Kota Belud, Persatuan Sama Sabah (PSS) dan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO), yang dihadiri lebih kurang 6,000 orang, telah dirasmikan oleh Presiden USBO yang juga Penasihat Sains kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said. Antara yang hadir Pegawai Daerah Kota Belud, Najib Muntok, Pengarah Penyiaran Sabah Zubad Ibrahim, Ketua Polis Daerah Kota Belud DSP Mohan Nadasen dan Presiden Persatuan Sama Sabah Abdullah Sibil.

Terdahulu Mohd Salleh berkata Petubuhan Bajau Bersatu Sabah akan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak-pihak yang sentiasa berusaha meningkatkan mutu pencapaian pengkarya masyarakat Bajau Sama. Penggiat seni lagu-lagu Bajau Sama perlu menggunakan penganjuran seumpama itu sebagai landasan untuk memperkembangkan dan memperluaskan hasil ciptaan mereka, katanya.

"Usaha seumpama ini, kalau diteruskan saya percaya dapat memantapkan mutu seni dalam bidang nyanyian serta penciptaan lagu-lagu bajau Sama khasnya," katanya semasa merasmikan pertandingan itu.


Kredit: Hiburan Express

Malangnya lagu yang menjadi juara tiada dalam koleksi dan sementara DJ Langat gigih mencari lagu tersebut apa kata kita berhibur dulu dengan sebuah lagu Bajau dendangan ND Lala...yup you read it right..bapa kepada si Shila OIAM. Kalau lagu yang menjadi juara lagu Popular Bajau tu dinyanyikan oleh seorang Dusun (Ben Simon) lagu Bajau berikutnya ini dinyanyikan oleh orang Melayu Semenanjung...hidup 1Malaysia!..hehe


ND Lala - Mangan Nya Mangan






2 comments:

Anonymous said...

Lagu Lengkebu kasih, Diom Kinum-Kinum,Ensan Deminit x msuk ka dlm Radio Blog ni..???Msuk kan La Nnt k..TQ..

dBOS-fm said...

'Ensan Deminit' ja yg ada dalam koleksi, nanti sya kasi masuk..yg lain2 mcm tiada dalam simpanan.mo kena cari dulu :=)