Showing posts with label Ampal. Show all posts
Showing posts with label Ampal. Show all posts

17 Jan 2009

Warkah Dari Gunung - Ampal

Lama sudah tidak mendengar lagu ini. Lagu beliau yang pertama saya dengar berkumandang di radio dari album pertama. Terima lah dari Ampal lagu berjudul Warkah Dari Pitas...eh silap...Warkah Dari Gunung (Playlist 1)

Ampal - Warkah Dari Gunung
(Lagu/lirik: Abu Bakar Elah)


telah ku lagukan sebuah puisi
tentang khabar ku kepada mu
tentang isi hati
tentang jurang
yang memisahkan


namun pernahkah kau
menerima ku
seperti aku
dan membalas khabar ku
menghampiri ku
dan menyelami ku
kenali daku

#
ku turut kehendak mu
ku libatkan martabat ku
untuk satu harapan
apakah itu belum cukup


##
walau rasanya puas sudah berkirim khabar
namun ku tetap tabah dan sentiasa bersabar
antara kita akan terjalin percintaan
yang kekal dan abadi...

ku pasti

pintaku padamu buka lah ruang
sempit di hatimu
dan menerima ku
seikhlasnya
sebagai seorang teman dan kekasih


(ulang # dan ##)

Itu dia Ampal G.Edie :-)

Ada bah seorang kawan ni yang memang kaki bergurau atau orang bilang loyar buruk. Dia tanyalah aku "ko pernahkah dengar Datuk Anuar Ibrahim menyanyi?". "Ndak pernah" saya bilang. "Ko jangan takajut...suara dia sebiji si Ampal oh!". Si buduh ni pun macam picaya "ya kah! bila ko dengar?". "Hari tu masa dia berkempen di Keningau"...."Apa lagu dia?"...."Kum Kum Bet!" dia bilang. Sikit lagi saya baling botol air.

16 Mar 2006

Album-album Abu Bakar Ellah (ABE)

Album-album ABE yang saya tahu setakat ini (full studio album tidak termasuk VCD karaoke etc)

Album ketiga (terbaru) yang mengandungi lagu hit Joget Pantun Inggeris


Album yang memuatkan lagu-lagu seperti Kum Kum Bet dan Hensemkah Aku?.



Album pertama, memuatkan lagu seperti Orang Kita juga Menggatal Telipok.

24 Nov 2005

Two Three The Cat Is Running...Lagu Inggeris Ampal

Sebut saja nama "comedy man" Abu Bakar Ellah (ABE), saya rasa hampir semua orang mengenali beliau bukan saja di negeri Sabah malah juga di seluruh Malaysia. Beliau yang juga biasa dikenali sebagai Ampal, gara-gara watak yang dibawa beliau dalam telemovie "Orang Kita", pernah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Sinaran anjuran TV3 sedikit masa dulu. Pernah juga saya terserempak dengan beliau ni beberapa kali di KK tapi segan pula hendak tegur sebab dia ni kadang-kadang nampak serius! Lalu saya teringat pengakuan Harith Iskandar selebriti yang terkenal sebagai pelawak ketika diajukan soalan perwatakan sebenar beliau yang agak bertentangan dengan karakter beliau samada di pentas atau filem ....jawab Harith... "I'm actually a serious person, being funny is just my job!" (oh macam tu pula). Lepas tu bila nampak dia berlawak sayapun susah mau ketawa

Anyway...kepada mereka yang ada mengikuti carta Sabah Urban English Chart di radio Ahad lepas mungkin telah terdengar lagu Inggeris ABE yang tersenarai masuk carta dan berada di tangga ke 8. Secara peribadai inilah kali pertama saya mendengar ABE mendendangkan lagu Inggeris. Lagu beliau "Orang Kita" dan "Menggatal Telipok" kekal tersenarai dalam lagu-lagu lagu kegemaran saya. Berbalik kepada lagu Inggeris ABE, kalau anda nak tahu. beginilah liriknya (dicedok dari album beliau

Joget Pantun Inggeris (Lagu/Lirik Abu Bakar Ellah)

Hey...hey...hey together, together...
together together we dance to the song x2

Two three the cat is running
is not the same as the yellow one
Two three that I can find
Is not the same as you the one

Smoking cigar chinese tobacco
The smoke come out with flower flower
I would like get to know you
Are you now having an owner

The sun don't come out early the morning
If it is not because of the shining star
If it is not because of you wanting
I would not be standing here

Golden banana I bring to the sea
One is cook in the wooden box
I can pay the gold you give me
But bring the good in the coffin box...

kakakaka!....mcm tulah lirik dia, memang funny, sebutan Inggeris ABEpun boleh tahan, berhati-hati betul dia sebut. Perkataan "together", dia sebut betul2 part "th'' tu...bukan mcm P.Ramlee atau Anita Sarawak dalam lagu "Dengar Ini Cerita" durang sebut "they" jadi "dei"....si Marsha pula dalam lagu "Underneath Pokok Kelapa"...."cause there's no other boy but this one" jadi "kos dey no ader boi but dis wan!"....tapi bagi sayalah kalau lagu tu memang bertema humor sebutan mcm P.Ramlee, Anita Sarawak atau Marsha tidak salah malah lebih menyerlahkan unsur2 lucu dalam lagu tersebut....hmmm...tapi lain org lain style dialah kan!! Mungkin juga ABE mau nyanyi ni lagu kepada pelancong2 asing...takut pula nanti durang nda faham! Selain daripada tu ada banyak lagi lagu2 yang lucu2 dalam album ABE macam lagu "Harimau"...dimulai dengan lirik "matilah hari-hari mau..."..hehehe...Ampal!..Ampal!....dahsyat!

It's on Track 25....check it out!!