Showing posts with label Bintang RTM. Show all posts
Showing posts with label Bintang RTM. Show all posts

29 Jun 2009

Bintang RTM - Juara termuda

Pelajar tingkatan lima, Nur Ernie Shahirah Zakri, 17, atau Ernie melakar sejarah baru apabila menjadi peserta termuda menjuarai pertandingan akhir Bintang RTM (BRTM) edisi 2009, semalam


Ernie (tengah) dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 2009,
diikuti oleh Anna (kanan) dan Fatin. Anna turut memenangi anugerah
Persembahan Terbaik dan Bintang Paling Popular


Penuh perasaan. Anna semasa menyampaikan lagu 'Bencinta'.
Walaubagaimanapun lagu kedua beliau 'Because of You', bagi
saya sedikit mendukacitakan


Nizam, mantap tapi tiada rezeki


Iqbal, kurang menyerlah


All photos credit to The Star

11 Jun 2009

Jo-Anna - Vote for me!

Those who closely follow up Bintang RTM 2009, should've known that Jo-Anna is in the grand final on this coming 28th June. Besides the grand title "juara Bintang RTM" the eight finalists are also vying for a subsidiary title, the "Bintang Popular". While the former is chosen by the panel of judges, the latter is selected via SMS votes. So if you'd like to see Jo-Anna grabs the Bintang Popular title, all you have to do is type BRTM ANNA and send it to 32776. I know she seems very popular, but just in case...kan! :-)

The other two Sabahans who also in the final are Iqbal (I'm really surprised this guy is in the final, rezeki!) and Nizam, from Lahad Datu and Tawau respectively.

15 Apr 2009

BRTM 09 - Suku Akhir 2

Jo-Anna menyampaikan lagu Pesan Mama (Sarah Raisuddin)



More videos HERE

13 Apr 2009

BRTM 09

Pertama kali berkesempatan menonton rancangan Bintang RTM semalam. Duh, terkejut juga bila melihat bakat peserta-peserta yang telah terpilih dalam kelompok 30 terbaik ni. Saya ingatkan semuanya hebat-hebat dan memberikan saingan sengit di antara satu sama lain, rupa-rupanya ada juga yang masih ditahap peserta-peserta ujibakat AF, OIAM etc. Adakah juri-juri yang memilih mereka ini semasa ujibakat kurang layak atau pun memang sudah ketandusan peserta berbakat besar hadir ke ujibakat BRTM?

Saya tersentak juga bila juri memilih peserta Sabah Iqbal, mara ke peringkat suku akhir. Persembahan pertama beliau menyanyikan lagu Broery Marantika just too awful. Maybe he scored high marks on his second song (I didn't watch his second performance in full cos I switched over channel to Tv3). I thought it's got to be Zek who should accompany Jo-Anna to the next round. So looks like all three contestants from Sabah, so far, get through to the next round (syabas!). Setakat ni Sabahan tidak perlu mengundi pun..hehe.

Memandangkan empat peserta yang lain ala suam-suam saja bakat durang, maka persembahan Jo-Anna nampak seperti langit dan bumi, hitam dan putih jika dibandingkan dengan peserta-peserta yang lain. Sungguh jauh dan ketara perbezaannya. The first song, 'Pesan Mama'(a jazz number), was commendable cuma part music bridge dan 'scating' tu terlalu panjang dan nampak macam kosong (terdengar juga some flat note). It's good if she danced in synchronize with the dancers during this part tapi mengkali they don't have time for the choreography. The second song, Diana Ross's 'When You Tell Me That You Love Me' was worth the praise too (despite the key being slightly lowered) she managed the high big notes. But for sure. it's an eye feast watching someone pretty on TV, I was sort of in dilemma on which one to set in full level...my audio (ear) or my visual..:-).

11 Apr 2009

Bintang RTM - bertuahnya kalau cantik

Nampak gaya ramai yang tidak sabar-sabar menyaksilan kemunculan pertama jelitawan dari Sabah Jo-Anna Sue Henley Rampas dalam pertandingan Bintang RTM Ahad ini (TV2 dan Saluran 180, 12 April jam 8:30 pm). Nama serta gambar-gambar beliau begitu tersebar luas di beberapa website dan juga forum popular di internet. Adakah rating Bintang RTM akan melonjak gara-gara penyertaan beliau (harap-harap adalah RTM umumkan kelak berhubung rating ini nanti).


Walau bagaimanapun ada juga pihak yang keliru sedikit berkenaan format BRTM, bilamana kod undian peserta diumumkan atau ditayangkan seawalnya. Soalannya adakah penonton perlu mengundi awal-awal peserta kegemaran mereka? Sebab kalau dilihat format pertandingan pengadil akan memilih dua peserta ke suku akhir dan kod undian tersebut hanya akan digunakan bila peserta TIDAK LAYAK ke suku akhir. Maknanya kod undian hanya diaktifkan untuk tujuan rayuan SMS bagi melayakkan peserta yang tidak dipilih juri ke pusingan seterusnya. So kalau penganjur atau pengadil mau menguji sejauh mana populariti si Jo-Anna ni, haruslah durang tidak pilih dia ke suku akhir kan :) (mau test marketlah katakan:-)).

Selamat menonton and have an enjoyable weekend!


6 Apr 2009

Menuju bintang!



I missed the first show last night, how was it? :)

28 Mar 2009

Bintang RTM

Adakah anda masih menonton Bintang RTM? Mungkin tahun ini ada sebab kenapa anda perlu menonton Bintang RTM :-)

Peserta-peserta Sabah


Bonny

Anna

Basri

Nizam


Episod pertama akan bermula 5.4.09. Butiran lanjut klik sini


3 Aug 2007

Rey-Juara Bintang RTM


Defoo (Alvin) terlibat dalam Remy...Kisah P.Ramlee

For those who are not familiar, Remy....Kisah P.Ramlee merupakan salah satu lagi produksi teater besar dari Datin Seri Tiara Jacquelina selepas Puteri Gunung Ledang yang dianggap cukup berjaya. Teater ini berkisarkan kepada kisah hidup legenda seni tanahair Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang pernah suatu ketika dulu mengguna nama Remy. Ramai nama-nama besar terlibat termasuk Datuk Siti Nurhaliza (difahamkan pertama kali berlakon teater). Yang menariknya juga kumpulan Infinatez bakal memegang watak paparazi (tidak tahu pula ada paparazi di era P.Ramlee). Dan kalau bercakap mengenai kumpulan Infinatez ni mestilah melibatkan our friend...itu tanak wagu mantad Ranau.... Alvin @ Defoo. Syabas to them! Bukan senang dapat peluang macam ini...kan? Difahamkan mereka giat rehearsal sekarang ini sebelum teater tersebut dipentaskan dalam bulan Oktober nanti.

Artikel berkaitan

4 Jul 2007

Pautan baru

Mungkin juga ada pelawat blogsite ini tidak menyedari ada beberapa link baru yang saya tambah di bahagian link. So kamu rajin-rajinlah check bahagain tersebut kalau berminat. Anyway from now on kalau ada link-link baru yang saya tambah I will highlight them in my blog post. Today the new link I just added up is smsstudio.blogspot.com. Blog ini menampilkan antara lain album-album yang diterbitkan oleh studio rakaman SMS Studio yang berlokasi di Kota Belud dan juga aktiviti-aktiviti mereka. Check it out!

In the meantime......still on juara Bintang RTM


And Rey's supporters with the Unduk Ngadau 2007 (Joanna Henley) as the MC... (actually durang ni berkumpul di perkarangan bangunan RTM Sabah)

3 Jul 2007

Bintang RTM - Tahniah Rey!

Tahniah diucapkan kepada Rey (Reynaldo Raymond Pagi) di atas kemenangan beliau bergelar juara Suara Emas Bintang RTM 2007 selain membolot sekali gelaran peserta paling popular menerusi undian SMS. Beliau menyampaikan dua buah lagu Mata Hati Jiwa oleh Awie sebagai lagu pertama dan lagu kedua sebuah lagu Inggeris You Raise Me Up oleh Josh Groban. Peralihan suara beliau dari suara berbunyi "nipis" (lagu Awie) kepada suara berbunyi "tebal bergema" (Josh Groban) memang unik walaupun agak lucu juga (kerana mengingatkan kita pada iklan gula-gula ubat batuk Cap Ibu dan Anak). Kawalan nada yang mengkagumkan terserlah menerusi lagu You Raise Me Up , I think beliau betul-betul mempraktikkan apa yang dipelajari di Akademi Seni Kebangsaan (jurusan Seni Persembahan pengkhususan Klasik Vokal) dalam lagu ini. Excellent!

Mata Hati Jiwa


Rey - You Raise Me Up

Semoga Rey tidak menerima nasib yang sama dengan juara-juara Bintang RTM "era baru" yang lain? Terus tenggelam, tiada khabar berita langsung! Yang bukan juara pula yang lebih menyerlah.

....and here's Samy Ariff....an excellent talent....another example that we were always deprived of being a winner!