3 Jul 2007

Bintang RTM - Tahniah Rey!

Tahniah diucapkan kepada Rey (Reynaldo Raymond Pagi) di atas kemenangan beliau bergelar juara Suara Emas Bintang RTM 2007 selain membolot sekali gelaran peserta paling popular menerusi undian SMS. Beliau menyampaikan dua buah lagu Mata Hati Jiwa oleh Awie sebagai lagu pertama dan lagu kedua sebuah lagu Inggeris You Raise Me Up oleh Josh Groban. Peralihan suara beliau dari suara berbunyi "nipis" (lagu Awie) kepada suara berbunyi "tebal bergema" (Josh Groban) memang unik walaupun agak lucu juga (kerana mengingatkan kita pada iklan gula-gula ubat batuk Cap Ibu dan Anak). Kawalan nada yang mengkagumkan terserlah menerusi lagu You Raise Me Up , I think beliau betul-betul mempraktikkan apa yang dipelajari di Akademi Seni Kebangsaan (jurusan Seni Persembahan pengkhususan Klasik Vokal) dalam lagu ini. Excellent!

Mata Hati Jiwa


Rey - You Raise Me Up

Semoga Rey tidak menerima nasib yang sama dengan juara-juara Bintang RTM "era baru" yang lain? Terus tenggelam, tiada khabar berita langsung! Yang bukan juara pula yang lebih menyerlah.

....and here's Samy Ariff....an excellent talent....another example that we were always deprived of being a winner!

0 comments: