5 Jul 2007

Konsert 'prelude' MyStarz

Konsert pertama MyStarz telah berlangsung pada 1 Julai lepas dan disiarkan secara langsung oleh TV3. Sekali imbas konsert pertama ini lebih mirip kepada Konsert 'prelude' AF, yang sekadar memperkenalkan dua belas peserta akhir kepada tayangan umum. Bezanya dalam konsert pertama MyStarz peserta siap dikritik oleh tiga pengkritik jemputan yang terdiri dari Patrick Teoh (DJ/personaliti radio terkenal), Datuk Siti dan Sandy Monteiro (dulu P & R WEA Records, sekarang ni tak tahulah pula). Namun begitu talian untuk mengundi peserta masih belum dibuka kepada umum.

Peserta dipecahkan kepada empat kelompok dengan menampilkan tiga peserta untuk setiap kelompok. Kelompok pertama menampilkan Emeer, Afifi dan Russell. Konsert dimulakan dengan penampilan peserta paling muda, Emeer, menyampaikan lagu Tiada Lagi (Amy Search). Untuk seorang yang baru berusia 12 tahun persembahan beliau kira boleh tahanlah juga. Namun Emeer mengalami masalah menstabilkan suara pada nada rendah lagu ini. Walaupun jelas kedengaran pitching beliau tersasar pada bahagian nada rendah, bahagian lagu bernada tinggi dapat digalasnya dengan baik. Afifi muncul sebagai peserta kedua mendendangkan lagu Ghazal Untuk Rabiah. Vokal beliau mirip M.Nasir. Next up is Russell mendendangkam lagu What's Up mengikut olahan beliau tersendiri. I'm impressed with his performance, just like a pro. Sebenarnya pengkritik (selain mengkritik) dikehendaki memilih their choice of "my star" di antara tiga peserta dalam kelompok tertentu. Namun dalam kelompok pertama ini pengkritik munkin terlupa untuk memilih "my star" mereka. Cuma Patrick Teoh yang terlebih-lebih memuji Emeer. Personally "My Starz" pilihan saya dalam kelompok ini ialah Russel (beliau menerima komen negatif dari Sandy Monteiro)

Kelompok kedua menampilkan Tasya, Badri dan Rachel. Tasya begitu agresif dan tersendiri bermain gitar, membawa lagu ciptaan beliau Strangers but strangely mendapat feedback negatif dari Patrick Teoh dan Sandy Monteiro. "You're munching your words" said Patrick Teoh. Sandy Monteiro pula komen "the person who asked you to play with the guitar deserves to be kicked!" (huh!). Next up is Badri menyampaikan lagu berentak reggae Manis. This guy smiles all the way mempamerkan ketampanan beliau. Tidak hairan kalau ada yang merembes. Lontaran vokal memang baik. He gets good feedback from Siti dan pilihan "My Star" Siti (why am I not surprised!). Rachel comes next membawa lagu Mencintai Mu. Walaupun penghayatan tak berapa kuat namun Rachel mampu menggalas lagu ini dengan baik. Agak menarik juga bila beliau mengubah sedikit lagu ini dengan menambah 'big note' di penutup lagu (malangnya kedengaran suara beliau terkucil sedikit pada part ini). Walau apapun Rachel mendapat komen positif dari Sandy Monteiro dan plihan 'My Star" dari Patrick dan Sandy (dan juga saya)

Kelompok ketiga menampilkan Khairul, Mimmie dan Awang Jasmin. Persembahan Khairul begitu professional lewat lagu Summer of 69. Namun tiada yang istimewa dalam persembahan Mimmie yang membawa lagu Cahaya. Awang Jasmin bergelut dengan lagu beliau Isi dan Kulit (this guy has an interesting personality with a nice character and quite a commercial look). Di akhir persembahan ketiga-tiganya, Patrick Teoh gives a thumbs up to Khairul hence his choice of "My Star". The same goes with Siti who also choose Khairul as her "My Star". But the trio failed to impress Sandy cos he didn't have his choice at all.

Kelompok terakhir menampilkan Andy, Rubisa dan Shaza. Andy menyampaikan lagu Mandarin (sepatah aku tak faham). Dia ni mungkin ada campuran Cina, atau mungkin pernah sekolah Cina cos I can feel his sebutan lurus habis!. Anyway Patrick said he made too much unneccesary movement. I have to agree with Patrick, Andy's gesture needs further improvemnet. Next is Rubisa mendendangkan lagu Aku Bukan Untuk Mu. Satu penghayatan yang bukan calang-calang dari Rubisa lantas mengundang pujian dari Siti (pilihan "My Star" Siti dan juga Patrick). Last but not least was Shaza (I forgot the title of her song). Anyway persembahan beliau lebih kurang macam Mimmie juga. Satu gaya persembahan yang typical dan biasa kita saksikan pada penyanyi lain seperti Akma, Farah etc (nothing outstanding). Surprisingly she gets thumbs up from Sandy.

My personal ranking 1.Rubisa 2.Russell 3.Khairul 4.Badri 5.Rachel 6.Tasya 7. Afif 8.Andy 9.Shaza 10. Mimmie 11. Emeer 12. Awang


P/s: I did make some recording unfortunately the recorded videos play without the sounds....aarrghh! Sebagai bukti lihat video si Rachel di bawah...just enjoy her cute look..hehe!



For more review CLICK HERE

2 comments:

Anonymous said...

Pada tahu saya Sandy Monteiro adalah orang kuat industri muzik - dia adalah Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Senior Vice Presiden untuk syarikat muzik antarabangsa Universal Music

dbfm said...

Terima kasih dengan info tesebut