18 Jul 2007

Linda AF2 kembali aktif (?)

Linda AF2 dikhabarkan akan kembali aktif dalam bidang seni seperti yang dilaporkan oleh laporan Berita Harian di bawah. Tidak pasti sejak bila beliau balik semula ke KL, sebab sebelum ini pun (sekitar May lepas), saya ada terbaca laporan yang kelibat beliau sering kelihatan keluar bersama rakan-rakan AF2 yang lain. Apapun berita terbaru ini mungkin menggembirakan peminat-peminat setia Linda...


Saya tak kahwin lagi - Linda AF2

SUDAH lama kita tidak mendengar cerita perihal pesona bintang Akademi Fantasia 2 (AF) iaitu Norlinda Nanuwil. Apa yang Zubir tahu, dia menghilangkan diri dari industri hiburan sehinggakan Maestro Talent turut berdepan masalah untuk menghubunginya.

Pelbagai cerita yang sampai ke telinga Zubir sepanjang tempoh ‘kehilangannya’ itu. Ada yang kata Linda dah kahwin dengan VIP bertaraf menteri dan tak berminat lagi jadi penyanyi. Spekulasi juga ada menyebut, Linda terkena buatan orang dan pelbagai macam lagi cerita negatif yang disampaikan kepada Zubir.

Baru-baru ini, atas bantuan seorang teman, Zubir dipertemukan dengan Linda selepas hampir dua tahun kami tidak bersua muka, maka pelbagai soalan yang bersarang di kepala Zubir terus dilemparkan kepadanya.

“Linda sekarang dah tinggal di Kuala Lumpur bersama kakak dan abang, tak lagi menetap di Sabah.

Linda bukannya hilang dari industri ini ataupun merajuk seperti mana yang Linda dengar cerita, tapi Linda sakit. Linda berdepan dengan sakik tekak yang kronik, hampir setahun Linda tak boleh menyanyi.

“Ramai yang kata Linda terkena penyakit misteri, bukan, Linda hanya sakit tekak saja. Sekarang ni dah OK, dah boleh menyanyi macam biasa” kata Linda, 23, yang semakin mempesona kecantikannya.

Apa komen Linda mengenai perkahwinannya dengan VIP yang digembar-gemburkan selama ini?

“Abang Zubir sumpah, Linda tak pernah kahwin! Baik dengan VIP ke, menteri ke atau sesiapa saja, Linda tak pernah lagi mendirikan rumah tangga. Apa yang Abang Zubir dengar selama ini adalah fitnah semata-mata. Sekarang ni dengar sendiri pengakuan daripada mulut Linda, Linda memang tak pernah berkahwin,” katanya membuat pengakuan berulang kali.

Pun begitu, Linda mengakui sepanjang tempoh dia ‘menghilangkan’ diri, dia sempat mengusahakan perusahaan ternakan ikan di Sabah bersama keluarganya.

Yang penting, Linda dah buat comeback. Dia beritahu Zubir, dia nak buat album. Namun, Linda keberatan memberitahu siapakah komposer yang akan bertanggungjawab dalam pembikinan albumnya nanti. Hmm... tunggu sajalah.


Sumber


Ebi - Anggap peminat sebagai keluarga


Duhh...susah juga jadi orang terkenal ni, sampai hal beli tilam pun mau kena kurik!

Candy's mannequin look


The make-up and colored contact lenses had turned her into a mannequin...

2 comments:

SciaS said...

aikk dB...Linda kembali aktif (?)
ada tanda soal lagi hehehe

harap2 dia betul2 kembali aktif..saya rindu suara dia yg power itu

dBOS-fm said...

small question mark ja bah not big one...hehe