30 Jul 2007

MyStarz: Giliran Andy pula tersingkir

Kesian Andy, peserta keempat yang tersingkir, sekaligus mangsa kedua dari Sabah selepas Awang. Apapun yang pelik dengan MyStarz, sesi menemuramah peserta tersingkir (disiarkan menerusi rancangan Reflex di NTV7) digunakan untuk mendedah keburukan atau kelemahan peserta. Bermula dengan Mimi minggu lepas dan berlanjutan pada Andy minggu ini (tiada pula sesi temuramah untuk Awang dan Afif). Sepatutnya peserta malang tersebut diberi kata-kata semangat dan dorongan untuk terus melangkah ke hadapan, sebaliknya kelemahan mereka pula didedahkan seolah-olah mereka dikutuk oleh tenaga pengajar sendiri. Adakah ini satu cara MyStarz mencipta drama dan kontroversi agar dapat menarik perhatian ramai terutamanya pihak media? (maklumlah publisiti MyStarz setakat ini bagi saya belum dapat menandingi publisiti AF). Whatever it is let's move on to Rachel and Andy's perfomances

Andy - Tujuh Nafas



I think lagu ini teramat sesuai dengan vocal tone beliau. Permulaan beliau juga cukup baik. I thought I like his vocal better, for this song, than the original by M. Nasir. But then towards the second half Andy mula hilang energy. Only then I realise he had a bit of a problem adapting his style of singing (which is more to sentimental ballad) with this fast song. Gegaran suara masih kedengaran ala balada. Beberapa part kedengaran beliau menarik nafas di tengah-tengah perkataan (kepenatan lah tu). But still a good efforts by him. Kalau diberi peluang rakam lagu ini di studio I think Andy should do better.

Rachel - Di Bawah Pohon Asmara


Wow! Yang ini malatup habis! (just ignore her age). What a motion!! Bijak dia mengatur langkah dan pergerakan (agak tersusun). A flawless vocal delivery as well. I thought I wanna agree with Azmeer (commenting the lack of power) but upon listening back, lebih banyak pula part "berpower" dari part yang kurang power. She's doing great and deserves the aircond (top prize for this week). Ramai juga peminat yang seumur dia ni hantar komen di website MyStarz. Harap-harap dorang banyak hantar undi. Silap haribulan the final two would be Rachel and Emeer *LOL*

Link baru

By the way don't forget to visit blogsite seorang lagi artis tempatan yang baru mengeluarkan album beliau. Klik sini (Sylverius)

0 comments: