Showing posts with label Jiaja. Show all posts
Showing posts with label Jiaja. Show all posts

18 Aug 2010

Lagu "Belikan Aku Coklat'

Belikan Aku Coklat - Jiaja









Kalau boleh coklat tu biarlah 'Choclate Keyboard' yang macam di bawah ni..sambil menaip sambil jilat-jilat jari..hehe

2 Mar 2009

Album Jiaja Vol.2

Beginilah rupa bentuk EP Jiaja yang mengandungi lagu meletup Kura Kura


Ini merupakan EP Vol.2 yang mengandungi empat buah lagu iaitu Aku Suka Kau (another hot favourite), Kau Datang, Dengar Lagu dan Kura Kura



Empat buah lagi lagu antaranya Jangan Risau dan Terbanglah dimuatkan dalam EP Vol.1(sampul warna kuning). Maknanya ada dua EP Vol.1 dan Vol.2 dijual berasingan dengan harga RM 20 setiap satu (is this a good strategy?) dan boleh didapati di kedai Haloween KK Plaza (tingkat 2, next to Goblinz)

8 Jan 2009

Jiaja - Kura Kura

Dari hari pertama sampailah sekarang bila saya dengar ini lagu, macam susah mau tahan senyuman saya. Macam mau sampai telinga tu lerekan senyuman. Jadi bolehlah saya cakap lagu ini... begitu amusing and entertaining. Mengkali kalau kena putar di US boleh challenge juga lagu I'm Yours (Jason Mraz) kalau tidakpun lagu Don't Worry Be Happy (lupa pula nama penyanyi). Muncul saja part brass instrument dalam lagu ni (was that trombone? trumpet? bugle or trumpet?...nda dapat cam pula) macam mau terketawa lagi. Walaupun macam bunyi tiupan budak sekolah yang baru belajar tapi tetap in-tune...hehe. Terbayang pula saya peniup dia ni macam baring-baring malas atas hammock...hehe. Great song...very laid back. Check it out on Playlist_1


Kura Kura - Jiaja

Ada dua ekor kura kura berenang di dalam air
satu berenang pigi sana satu datang pigi tempat aku
aku mau ambil dia terus kasi masuk dia punya kepala
tangan dan kaki dan juga ekor dia pun terus masuk rumah

#
Kura kura...pura pura malu
Kura kura...pura pura malu
(sama aku...sama aku...oh yeah)

Aku ketuk dia punya rumah dia nda mau keluar
aku bilang jangan malu kau bukan telanjang disitu...oh yeah

(ulang #)

(Muzik)


Aku simpan balik dia di dalam air dia terus keluar
Dia berenang jauh-jauh mungkin pigi tempat kawan dia
aku nda tau apa dorang bilang tapi dia datang balik
aku tinguk muka dia macam dia senyum sama aku

(ulang #)

15 Jul 2008

JIAJA - Ji enggan ulas

TIDAK lama dulu, Hiburan Ekspres menyiarkan kenyataan anggota kumpulan Jiaja, Naza, yang menarik diri daripada kumpulan juara Blast Off 2006 itu dengan alasan kumpulan berkenaan sudah hilang fokus. Kesibukan anggota lain kumpulan itu tidak mcmungkinkan temuramah dibuat bagi mendapatkan ulasan mereka. Namun, ketika nadir menonton persemba-hah penyanyi Terry Peter di Eclipse Bar and Cafe di Pekan Donggongon, Penampang, malam Sabtu lalu, penulis bertemu dengan Ji, pemain gitar kumpulan Jiaja. Bagaimanapun, ketika diminta mengulas kenyataan Naza, Ji agak keberatan.


"Saya boleh tunjukkan apa sebenarnya yang membuatkan saya sibuk," katanya dengan ramah. Menurut sumber, Ji sibuk dengan perniagaan yang diusahakannya di kawasan Asia City, Kota Kinabalu selain mengajar di sebuah sekolah muzik. "Penting untuk abang lihat tempat itu supaya abang faham apa sebenarnya yang berlaku kepada kumpulan Jiaja," pintanya. Ji juga enggan memberi jawapan pasti sama ada Naza sudah meninggalkan Jiaja.Tapi tidak lama kemudian dia berkata, "Saya harap dia akan kembali bersama kami untuk gig di Dewan Kian Kok pada 19 Julai ini dan satu lagi persembahan yang dijadualkan bulan depan membabitkan kumpulan muzik Butterfingers."

Sumber Hiburan Daily Express

12 Jun 2008

Jiaja - berpecah?

Nampak gaya kumpulan Jiaja bakal bergelar "Ji" saja, memandangkan ahli kumpulan yang meminjamkan nama "aja" (Naza) dilaporkan meninggalkan kumpulan tersebut. :(


17 Feb 2006

Apa perancangan Jiaja selepas Blast Off?


Oleh Boyd PV
Hiburan Harian Ekpress

Kegembiraan jelas terpancar di wajah anggota kumpulan Jiaja yang berkunjung ke pejabat percetakan Daily Express di Tanjung aru pada tengah hari Rabu lalu, selepas kembali dari Kuala Lumpur sehari sebelum itu. Mereka berhak merasa gembira kerana usaha gigih selama hampir tiga bulan dalam rancanngan Blast Off di Hits.Tv akhirnya membuahkan hasil apabila penonton program realiti TV di Astro itu menjulang mereka sebagai juara pada pertandingan akhir yang berlangsung 10 Februari lalu. Kejayaan mereka dalam program itu sekali lagi membuktikan bahawa Sabah tidak pernah ketandusan bakat dalam bidang seni baik sebagai penyanyi mahupun pemuzik. Kunjungan mereka ke pejabat Daily Express Rabu lalu tidak lebih daripada satu "courtesy call". Bagai manapun penulis sebenarnya mengharapkan lebih daripada itu - ingin merakam gambar mereka bersama trofi replika bom yang mereka menangi pada pertandingan akhir itu. Malangnya, hasrat itu tidak kesampaian kerana mereka hanya datang bertiga - Nazri Husin @ Ji (pemain gitar), Naza Husin @ Ja (pemain bass), Jimson Yangkat @ Jim (pemain keyboard) dengan diiringi pengurus kumpulan kuartet itu, Daud Abdillah dan bapa kepada Ji dan Aja, Encik Husin. Pemain drum kumpulan itu, Valentine Arthur @ Karuk, tidak turut serta kerana mempunyai komitmen lain. Diajukan hasrat merakam gambar mereka bersama trofi yang dimenangi , Ji memberitahu, "Trofi itu kami serahkan balik kepada penganjur untuk dibaiki kerana entah bagaimana, sumbuhnya patah selepas pertandingan itu berlangsung." Selain trofi replika bom itu, Jiaja pulang dengan hadiah wang tunai RM20,000, telefon bimbit Nokia model terkini setiap seorang dan pakej percutian ke Phuket. Pembaca mungkin ingin mengetahui kisah di sebalik tabir pembabitan Jiaja dalam Blast Off dan perancangan mereka selepas bergelar juara program realiti itu.

Berapa lama masa yang diperuntukkan untuk Jiaja berlatih setiap lagu yang dipersembahkan dalam program itu?

Ji: Untuk satu-satu program itu, kami hanya hanya ada masa tidak lebih tiga jam. Itulah masa yang kami ada untuk berlatih lagu yang akan dipersembahkan untuk minggu itu. Satu jam pada Isnin dan dua jam pada Selasa, hari-hari berikutnya, kami peru terbabit dalam pelbagai aktiviti yang disediakan oleh penganjur termasuk raptai, photocall dan sebagainya sebelum muncul membuat persembahan pada Jumaat. Nasib baik juga lagu-lagu itu memang kami sudah biasa main waktu di kolej. Jadi tidaklah risau sangat. Senarai lagu pula sudah kami sediakan sebelum kami berlepas ke Kuala Lumpur. Mana yang tersenarai, itulah yang kami bawakan.

Adakah Jiaja sejak dari awal memang yakin akan muncul juara?

Aja: Semua kumpulan yang bertanding mempunyai kelebihan masing-masing, Bagi Jiaja. kami berada di sana untuk enjoy. Tidak mahu terlalu memikirkan mengenai keputusan kerana bimbang ia akan memberikan tekanan yang tidak sepatutnya. Setiap minggu, kami hanya berikan tumpuan kepada persembahan. Itu adalah pengalaman pertama kami beraksi dalam sebuah program televisyen, apa lagi ianya disiarkan secara langsung. Memang banyak perkara yang perlu difikirkan kerana juara program itu ditentukan oleh penonton menerusi undian SMS. Sukar juga tapi kami berusaha sebaik mungkin agar kelihatan bersahaja ketika membuat persembahan.

Sepanjang berada di pentas Blast Off, Jim agak low profile. Mungkin kerana kedudukan Ji dan Aja lebih ke depan menyebabkan kamera lebih memberi tumpuan kepada mereka. Komen Jim?

Jim: Setting pentas memang sudah ditentukan begitu. Saya tidak rasa terkilan kerana Jiaja dikenali sebagai sebuah kumpulan empat pemuzik. Kalau semua pemuzik berada satu barisan di hadapan, nanti nampak macam koir pula (ketawa).

Aja: Ketika Karuk menyanyikan lagu Give It Away di peringkat separuh akhir sambil bermain dram, kami sebenarnya ada minta pihak penganjur agar dia diletakkan di depan supaya tumpuan terarah kepadanya. Namun, permintaan kami tidak dapat dipenuhi kerana set-up pentas dan kamera sudah ditentukan.

Selepas ini apa perancangan Jiaja?

Ji: Sambung belajar di SIA (Sabah Institute of Arts)...mungkin bermula minggu depan. Kalau bercakap mengenai album, mungkin masih terlalu awal tapi perancangan ke arah itu memang ada. Dari segi material, kami sudah ada himpunan lagu yang bakal kami ketengahkan

Tidak ada tawaran merakam album daripada Astro untuk juara Blast Off?

Aja: Malangnya tidak ada (ketawa). Tapi kontrak yang kami tandatangani untuk program itu ada menyebut dalam tempoh enam bulan selepas Blast Off kami perlu give priority kepada Astro untuk muncul dalam program atau aktiviti yang mereka kendalikan.

Ji: Apa yang dapat kami katakan, sebagai sebuah kumpulan yang bergerak sendiri, kami akan berusaha untuk muncul dengan sekurang-kurangnya sebuah single menjelang penghujung tahun ini.

Apa pula keutamaan Jiaja sekarang? Pelajaran atau terus membabitkan diri secara aktif dalam bidang seni?

Ji: Susulan daripada kejayaan kami dalam Blast Off, kami sebenarnya ada menerima tawaran biasiswa sebanyak RM60,000 seorang daripada Limkokwing (Limkokwing University College of Creative Technology) untuk mengambil kursus Diploma in Sound Production. Kami belum buat apa-apa keputusan mengenai perkara ini kerana sekarang inipun kami sedang mengikuti kursus peringkat diploma (Pengajian Muzik) di SIA.

Aja: Tawaran itu sukar untuk kami tolak tetapi kami minta diberi masa untuk memikirkannya kerana pengajian kami di SIA akan tamat dalam tempoh enam bulan lagi.

Gelaran Blast Off musim kedua meletakkan Jiaja dalam kelasnya tersendiri. Adakah gelaran itu akan turut mempengaruhi kadar bayaran untuk Jiaja membuat persembahan?

Ji: Kami tak pernah terfikir mengenai perkara itu (ketawa). Tapi kalau ada mana-mana pihak yang berminat untuk menjemput kami (membuat persembahan), saya fikir soal bayaran boleh dibincang.

Aja: Bagi kami, kemenangan itu bukan alasan untuk demand soal bayaran.

Akhir sekali, pesanan kepada penonton Blast Off serta peminat di Sabah yang banyak memberi sokongan kepada Jiaja.

Ji: Terima kasih kepada semua yang telah menghantarkan undian SMS kepada Jiaja. Tanpa sokongan anda semua , tidak mungkin kami mampu membuktikan bakat dan keupayaan kami di peringkat nasional.

Aja: Saya percaya, kemenangan kami adalah kemenangan anda juga. Tidak dilupakan ibubapa serta keluarga kami yang banyak memberi sokongan dan dorongan serta pengurus kami, Daud Abdillah yang banyak menyuntik keyakinan kepada kami.

Jim: Penghargaan dan terima kasih juga kepada Harian Ekspress dan warga pembacanya di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.

11 Feb 2006

Explosive win!

**Ffffuuuuhhhh!**...JIAJA made it!...... good choice people! Just to recap what Acis said..."it appears as if you guys have been doing this for more than 30 years!"...(yupp...I'm with you dude!). They look like one of those long established band....congratulations once again...and this time with celebrations! Hopefully money comes rolling to them afterwards...can't wait for their full album!

p/s: Viva Serena C!!...

10 Feb 2006

Sabah’s Jiaja revive the Woodstock era in explosive fashion!

Malay Mail, The Buzz
Music: Classic rockers
TERRINA HUSSEIN
Feb 8:
--------------------------------------------------------------------------------

Sabah’s Jiaja revive the Woodstock era in explosive fashion, writes TERRINA HUSSEIN.

WHEN four-piece Jiaja first hit the Blast Off! stage, belting out a classic rock track, The Who’s Who Are You, there was a decidedly different feel in the air.

Even host Ean said after the set, that he felt like he was at Woodstock.

The interesting revelation is that Ji (24, vocals, guitar) Aja (25, vocals, bass), Karuk (20, vocals, drums) and Jim (24, vocals, keyboards) are all students, studying at the Sabah Institute of Arts (SIA).

They’ve all been together as a band for two years, but individually, have been sessioning for years.

Brothers Ji and Aja were brought up in a musical family. With a father who collected guitars and vinyls, musical input wasn’t hard to come by, and it is now reflected in their current musical tastes and influences.

With tracks like Lenny Kravitz Are You Gonna Go My Way and Fly Away, Jet’s Are You Gonna Be My Girl, Jimi Hendrix’ Voodoo Chile and last Friday’s Give It Away by Red Hot Chilli Peppers, Jiaja are the only band in the competition to have stayed clear of covering a Top Ten song.

And it seems to have worked in their favour, ensuring they stand apart from the other bands still in the competition.

Below The Radar caught up with them to find out what made them tick:

How’d the group start?

Ji: We’re all classmates at SIA, and we’re in the final year of our Diploma in Music Studies. SIA’s been really supportive of the competition, and we all got a two-month exemption from our course.

Karuk: But when we go back, we have a lot to catch up!

What are your influences?

Ji: I like Deep Purple, Led Zepplin, Red Hot Chilli Peppers, and Oasis. I think the late 60s was the birth of the rock era, and the 70s is when it expanded into the music scene.

Aja: The 60s was the essence of rock music with bands like The Who, The Beatles, Jimi Hendrix. Even for the bands today, they are obvious influences. I think everything in life is a circle, even with music, everything old is new again.

Karuk: I like the punk rock scene, like Blink 182.

Have you guys recorded or released anything yet? In what language?

Aja: We’ve recorded demos.

Ji: They’re just raw recordings of ideas. Written in English and Malay.

Jim: We have 15 songs ‘yang bolehlah’!

Explain how your music sounds to someone who hasn’t heard it before.

Ji: It’s what we like to call ‘free-rock’. It’s a blend of blues, funk, punk rock, jazz.

Aja: It’s a fusion of everything.

Why join Blast Off!?

Ji: We want to expose the band to the public, and it’s a new experience for us. Also coming from Sabah, we get to experience a different music scene, and watch other bands.

Aja: We just want to join the Malaysian music industry.

Ji: Sabah’s quite isolated, and since we’ve been here, we are seeing how the KL scene works.

Are you surprised to have made it this far?

Ji, Karuk, Jim: Yes.

Aja: Actually… of course we planned to get as far as we can, but sometimes, even if you give it your all, you don’t make it, so we’re thankful.

Do you think singing only cover songs limits a band’s chances?

Ji: Yes. It doesn’t let the true flavour of the band show.

Aja: Cover songs don’t show your true shape. When you play a cover song, you can only see the outer beauty, but you need to see the ‘inner’ beauty of a band too.

How has the Blast Off! experience been so far?

Ji: It’s taught us how to interact with the camera, and with the audience. We’ve never been on a television show before.

Aja: When we’re studying music, we learn the technical side to it, but we’ve also learnt how to look nice on stage, how to be cheerful and entertain the crowd, and how to interact with people and other bands - that’s part of the music education for me.

Do you think the fact that votes are based 100% on the audience is good or bad?

Ji: I don’t think it’s fair, because it’s now more about popularity than talent.

Aja: And it reflects that the band already has to be popular to get the votes! I guess you just have to do your best, and know that the critiques watching know about music. If there’s talent somewhere, someone will notice you, and will know what to do.

What are your plans if you win?

Ji: Go home, rest!

Karuk: Buy a drum set!

Aja: Vacation.

Ji: We’ll use it to record, buy equipment and hopefully, promote our release.

What do you think of the Malaysian rock scene?

Ji: Since we’ve been in KL, we’ve noticed that the rock scene today is more into the US sound. That’s fine, to copy the US sound, but what happened to our own language? We should use our own language to sing in, no matter what genre you chose. Even if you play heavy metal, sing it in Malay, at least then it will have a Malaysian feel to it, the identity is still there.

Aja: You can imitate a band’s sound, but you should use your own language, then you can make that sound yours.

To vote for Jiaja

Mobile: SMS BAND JIAJA to 32888
Fixed line: DIAL 13712, followed by 6

4 Feb 2006

Rocking their way to the final

Hoorraayyy!!! JIAJA made it to the final!!

Securing the most number of votes 34%!! CONGRATULATIONS!! (and celebrations??..err not yet!) Karuk was so amazing last night; the best vocalist for band category. How could one sing so good while playing the drums?? I can’t imagine myself doing that. I realised from the very beginning they’re one of the best contenders, very real and simple…not much gimmick unlike some other bands especially the Funny Rabbits (why do they have to imitate Greenday??). My other favourite was The Fugitives unfortunately they’re eliminated during the quarter final! But looking at the votes in previous rounds JIAJA seems to have the least no of votes among the semi-finalists prompting me to push my voting speed to gear five! Aarrgggh!!...at least it contributed to the high percentage!..ahakks!

I really hope to see they win the band category…they’re the best among the finalists….and deserve to win! GO KARUK GO!...KARUK GO!..oppss..silap…GO JIAJA GO!....JIAJA GO!