Showing posts with label Yazer. Show all posts
Showing posts with label Yazer. Show all posts

8 Jan 2010

Mari mengimbas...

Tidak lama lagi AF8 bakal membuka tirai. Muka-muka baru bakat dari Sabah bakal menjelma (atau mengkali muka-muka lama juga..hehe). Dalam masa yang sama teringat pula bekas peserta-peserta AF musim-musim lepas. Masa saya tengah memandu tempoh hari berkumandang dua buah lagu ini di radio, dalam hati berkata memang hebat bakat seni suara dua orang penyanyi ni, ada karakter dan gaya tersendiri. Indivdu yang dimaksudkan juga tidak kurang mempunyai pakej yang menarik. Fikiran pun terus bertanya..whatever happened to these talents?



Velvet - Pertemuan Ini









Very nice vocal tone.



Yazer - Cinta Zaman Berzaman









Lagu nasihat

Yang ini off topic tiada kena mengena dengan AF. I'm just fascinated with the way this genre is performed in this song. It's suppose to be a nasyid genre but the music is too damn out of the box for a nasyid song so let's just call it lagu nasihat. Err...in conjunction with the current controversial issue of the kalimah "Allah" ngam juga mengkali dengar ni lagu..hehe!

New Sakha and Hedi Yunus - Ingatlah Pada Allah









Imagine, if both parties agree to use the same kalimah, a group of singers from both religions performing this song on stage...di depan Nik Aziz *LOL*

18 Sept 2008

Marsha, Yazer sambung kontrak

Marsha dan Yazer antara empat serpihan bintang AF3 yang disambung kontrak mereka dengan Maestro baru-baru ini. Artis yang lainnya ialah Amelia dan Mawi

Menurut Freddy Fernandez "keempat-empat artis ini dipilih kerana kita nampak ada pasaran untuk mereka dan peluang untuk mereka teruskan karier secara serius. Saya akui hanya empat orang ini yang dilihat mendapat permintaan yang tinggi dan 'maintain' hingga sekarang".

P/s: Tak sangka tinggi juga permintaan untuk Yazer...:)


25 Aug 2008

Yazer - lagu single terbaru

Yazer performed his new single at 1Borneo last Sunday and I recorded just a fraction of the audio. I couldn't capture the title though (Mentari Padang Pasir?), but written by M.Nasir and lyrics by the late Loloq. Entah berapa lama sudah single ni terperam sebab sampai sekarang album beliau belum muncul-muncul.

Mmm...not very friendly to my ear and it doesn't have that strong current taste.

Sian Yazer sampai kuyak jeans dia kan...

Stacy and friends at 1Borneo

Stacy singing Aku Bukan Untuk Mu and Drama (duet with Candy) during AF stars meet the fan sessions on 24 August. Her other song is Darah Muda (tidak sempat rakam).


And the rest of the actions.


Ramai betul peminat-peminat durang ni, sampai kena tarik-tarik baju si Candy (that's why bahagian baju sebelah kiri bahu dia terturun and the strap was hanging...hehe...just kidding). Gambar Mama Rina dan Marsha pada banner hanyalah sekadar daya tarikan, kedua-duanya tiada muncul.

Memandangkan parking lot masa tu full house, terpaksalah saya parking kereta dalam 1Borneo...kelas kan! berdekatan pentas lagi tu...:)

20 Jun 2008

Yazer - di puncak Kinabalu

Kalau menurut artikel di atas Gunung Kinabalu ketiga tertinggi di Asia Tenggara (dari nombor satu jatuh ke tangga ketiga...hmmm). Tapi sebenarnya telah jatuh dua anak tangga lagi ke nombor 5...arrgh! (macam carta lagu kan!).

Carta gunung tertinggi Asia Tenggara

1. Hkakabo Razi 5881 m (Burma) - Kalau Burma masih dalam SEA lah (I'm not sure the status now)
2. Puncak Jaya, 5030 m Indonesia
3. Trikora, 4751 m Indonesia
4. Mandala, 4701 m, Indonesia
5. Kinabalu, 4095 m Malaysia...:(

Probably the first four mountains had grown up real fast...:)


15 Feb 2006

Yazer masih tunggu lampu hijau sifu


Oleh Zul Husni Abdul Hamid

Sebagai penyanyi baru, memiliki album penuh adalah impian dan perasaan yang sama dirasai bintang Akademi Fantasia 3, Yazer (gambar). Tapi Yazer belum puas hati, kenapa?

WALAUPUN sudah memiliki satu single, Merah Warna Cinta yang dimuatkan dalam album kompilasi, Evo 05-03, itu belum memadai buat anak kelahiran Sabah ini.“Seseorang penyanyi bergantung kepada album solo untuk meneruskan karier nyanyian mereka,” kata artis berkulit putih ini. Disebabkan itu, Yazer berharap penerbitan album sulungnya akan terlaksana walaupun tahu ia mengambil sedikit masa untuk direalisasikan. Apatah lagi impian besarnya itu turut dikongsi bersama sifu industri muzik, M Nasir.“Saya hanya menanti lampu hijau daripadanya untuk masuk studio,” kata Yazer yang sinonim dengan imej rock ketika menghuni banglo AF3.Dalam kesibukan menjayakan konsert jelajah seluruh negara bersama bintang AF3 lain, artis kacak itu pada masa sama membuat persiapan sebelum melangkah ke studio rakaman. Sebahagian besar lagu sedang dikumpul.Malah, Yazer sendiri berhasrat untuk menyumbang lagu ciptaannya untuk album yang bakal menyerlahkan jiwa sebenar artis itu sebagai penyanyi.“Sebagai artis baru, saya rasa sangat bertuah kerana M Nasir bersedia untuk membimbing. Dia memahami jiwa dan apa yang saya inginkan. Cuma menanti masa yang sesuai kerana untuk menghasilkan yang terbaik, tidak perlu tergesa-gesa,” katanya.Menyentuh lagu Merah Warna Cinta yang dijadikan sebagai lagu pengenalan, Yazer berkata, ia menjadi titik permulaan untuk dia terus menapak. “Ia juga melambangkan semangat saya untuk berjuang mengetengahkan bakat sebenar di bidang nyanyian. Berbanding di AF3, pasaran muzik sebenar lebih mencabar dan situasi ini menguji saya untuk mencari formula terbaik supaya dapat bertahan.“Di luar banyak pihak yang memerhati kemampuan kami dan kerana itu, saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada. Apabila sudah terbuka jalan, saya perlu memberi sepenuh komitmen supaya perjalanan seni saya bukan sebuah perjuangan kosong,” katanya.Namun, kata Yazer, dia belum berpuas hati dengan lagu pertamanya itu memandangkan tidak mempunyai banyak masa membuat persediaan sebelum merakamkan lagu berkenaan.Ketika rakaman dibuat, mereka sibuk dengan konsert jelajah AF3. Malah, pengalaman pertama di studio juga memberi pengajaran kepada Yazer supaya memahami karektor sebenar sesebuah lagu sebelum menyampaikannya.Sebagai artis baru, dia tidak mahu bersikap terlalu ‘demanding’ dan kerana itu, Yazer cuba memberi sepenuh jiwa supaya lagu yang diberikan kepadanya dapat disampaikan dengan berkesan.“Ia adalah lagu yang bagus, cuma saya tidak berpuas hati kerana rakamannya dibuat agak pantas. Mungkin album pertama ini saya lebih puas kerana dapat memberi pandangan mengenai susunan lagu dan lirik,” katanya.Masih sibuk dengan persembahan pentas terutama di negeri kelahirannya, Yazer juga mencuba nasib dalam bidang lakonan apabila terpilih membintangi drama bersiri, Cinta Di Bawah Bayu.Bagaimanapun, penggambaran belum dibuat memandangkan mereka sibuk dengan siri konsert jelajah bintang AF3.Drama itu bakal menggandingkannya dengan artis lain kelahiran Sabah seperti Marsha Milan Londoh, Felix, Ekin dan Naufara.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Hiburan/20060214074109/Article/