2 Aug 2008

Linda - Album Kadazandusun

Album Linda dalam bahasa Kadazandusun yang pertama telah mula menemui peminat sekitar 18 Julai lalu. Album ini merupakan keluaran sulung syarikat LNE (Linda Nanuwil Entertainment). Terdapat sepuluh trek kesemuanya, namun dari sepuluh trek tersebut hanya lapan trek merupakan rakaman lagu penuh, selebihnya (Trek 9 dan Trek 10) merupakan versi edit dan re-mix untuk dua buah lagu dalam album tersebut. Linda mencipta sendiri enam buah lagu dalam album ini, manakala dua buah lagu lagi adalah hasil sumbangan Asmin Mudin dan Mackey Apison. Penulis lirik pula terdiri daripada Mattinin Yukim, Francis Jainis serta Linda sendiri. Susunan muzik untuk kebanyakan lagu digubah oleh Roger Wang yang juga merangkap jurutera bunyi (mixing dan mastering). Selain itu Mark Paul Baklin turut menggubah muzik untuk tiga buah lagu. Kesemua lagu dirakam di RAM Studio Kota Kinabalu.

Setelah mendengar kesemua lagu-lagu dalam album ini, tidak dinafikan vokal Linda begitu bersesuaian sekali mendendangkan lagu-lagu Kadazandusun. Lontaran vokal beliau amat serasi dan begitu menjiwai lagu-lagu yang didendangkan. Lagu-lagu yang dimuatkan juga tidak kurang menariknya samada dari segi melodi serta susunan muzik. Antara lagu yang secara langsung atau sekali dengar menawan halwa telinga saya ialah Oi Odu (Trek 4), Upus Om Langad Ku (Trek 3) dan Upus Tolidang (Trek 1). Lagu Kotohuadan juga agak menarik bilamana muziknya digubah ala eurobeat (walau bagaimanapun re-mix untuk lagu ini agak mengecewakan sedikit kerana tidak banyak perbezaan dengan muzik rakaman asal). Lagu Mitongkiad Kito (Trek 8) juga tidak kurang menariknya, gubahan muzik berkonsepkan orkestra agak mengkagumkan malangnya bukan orkestra akustik yang digunakan. Linda juga tidak lupa menyelitkan sebuah lagu berbahasa Melayu hasil ciptaan beliau sendiri pada Trek 8.



1 Aug 2008

Nikki - Relakan

Nikki has a brand new single from her latest album (to be released soon). It's called Relakan written by Audi Mok and lyrics by Nur Fatimah

Relakan

Telah cuba ku bezakan
Kau ada kau tiada, sama

Entah berapa lama
Bisa jiwa ku bertahan

Salah kah aku, tak lagi menyinta
Dan segala lafaz oh bagai terpaksa

Relakan kasih
Relakan saja
Izinkan ku bawa
Hati yang sering, berahsia
Tak bisa aku memaksa

Relakan kasih
Relakan semua
Kenangan kita
Tak perlu berpura
Kau tak mengerti
Tiada cinta di hati ku

Tiada pernah kau sakitkan
Jiwa mahupun perasaan
Cuma bukan kemahuan
Tak suka cinta ku ditentukan

Maafkan aku, tak mampu menyayang
Di kala bertemu jiwaku melayang

Hati selalu meronta
Merasa berdosa
Tak berniat ku berdusta
Cuma jiwa ku rasa
Tak sempurna
Tanpa cinta


Best kan! I love it...ada ciri-ciri Jordan Sparks' Tattoo...:). I autoplay it on the radioblog

Konsert Makan Malam Amal

Konsert makan malam amal yang melibatkan artis-artis AF seperti Felix, Candy, Ebi dan Stacy akan diadakan pada 18 Ogos ini.

Berita bergambar (kunun)

Tolong bawa kad pengenalan diri anda ke mana-mana, kalau tidak kena hantar ke negara jiran (hehe). Selepas banner ini dipasang, berhilangan muka-muka suspicious di Pekan Donggongon...:). Pelik pula rasa sikit jadi pekan koboi. Tomorrow they're going to start the massive crackdown on illegal, let's wait and see...

Daiso kehabisan stock

So I 'tourist-guide' some relatives to 1Borneo (maklumlah durang mau melawat).
Sekali sampai tu kedai jipun (Daiso), kehabisan stok barang-barang durang. Yang ada pun item yang kecil-kecil yang boleh dibeli dengan harga RM 1 di kedai-kedai lain.

Nasib baik berus jamban masih ada stock...