Showing posts with label Linda_N. Show all posts
Showing posts with label Linda_N. Show all posts

16 Jul 2010

Linda Nanuwil - Biarkan


Setelah dikira mengguna calculator seramai tiga juta pendengar setia telah meminta lagu ini. Maka dengan itu terimalah single terbaru dari Linda Nanuwil yang berjudul Biarkan

(versi, asalkan boleh dengar atau versi curious mo dengar...hehe)







Wah, kali ini dengan susunan muzik slow rock dan lirik pula seperti berkaitan dengan peristiwa sedih yang menimpa keluarga beliau dua tahun lalu.

29 May 2009

Drama Bambazon

Antara dialog dalam klip video di bawah (minit 5:46) berbunyi...

"Jika anak kita menjadi ratu makanya hasil padi kita tahun ini dan seterusnya akan lebih makmur. Roh nenek moyang kita akan lebih tenteram dan bahagia.."



Inilah kali pertama saya mendengar kenyataan seperti di atas. Samada betul atau tidak, it remains a big question to me. Tidak pasti sejauhmana skrip drama ini mendapat pengesahan dari pihak-pihak yang berkenaan. Setakat yang saya tahu tiada kepercayaan dalam masyarakat KD kalau menjadi ratu hasil padi meningkat dan roh akan bahagia. My word! This is very misleading especially to the non-KDs who are keen to know our culture.

This is suppose to be a very good drama, if not for some minor incorrect facts. Isu yang cuba dibangkitkan pula terlalu remeh temeh, i.e., paksa anak jadi ratu! sebab kononnya itu sebahagian daripada adat! Adoi dogo! Kenapa tidak buat skrip paksa tu anak belajar ilmu bambarayon, magavau etc! Terlalu ikut adat, tapi nama anak western "Ivy" (disebut Evi) panggil lah nama yang 'ikut adat' (tadisi) macam Onong kah, Lundus kah, Olumis kah, Udui, Putet, Andit...hehe (this is what I call poor scripting)

But on the positive sides, the videography is commandable, the kampung sceneries are so breathtaking. Lakonan para pelakon amat membanggakan juga terutama Felix, followed by Linda and then the lady who played Linda's mother (Maile). Ebi pun ok juga. Pelakon-pelakon lain tu masih kaku dan kekok. I truly enjoyed the dialog in Dusun tapi ada yang macam lambat betul bercakap (terutama si Guruh aka Ivy's father), all I see is the act of memorizing (kena banyak-banyak berlatih lagi mamai). But overall I'm still in the opinion it's a good production and really wish to see more drama of this kind.

The rest of the clips are on my YouTube channel

15 Feb 2009

Linda on Astro "Katanya"

I managed to catch Linda Nanuwil on Astro Ria, Katanya (formerly known as Fail Sulit AF). Basically they dug out again the old issue on her disappearance years back and while re-explaining, she also talks about her KDM album and some future projects (with Ramlee M.S and Indonesian composers).

Err..the video is not in good quality sebab tersalah format..:-)



Ujibakat AF7 di KK (Part 2)

Klik saja link ini untuk bahagian-bahagian lain. Saya sengaja publish bahagian 2 di sini sebab ada dua orang artis rakaman Sabah dalam video ini mencuba nasib. Malangnya belum ada rezeki. Keep on trying, had umur kan 45 tahun.


Itu peserta yang menyanyi lagu Meet Uncle Hussein dalam video Part 3 punyalah hebat! Tapi macam kena program suara dia khas untuk nyanyi lagu MUH saja, sekali nyanyi lagu lain patah habis! *LOL*

13 Oct 2008

Linda dan Ebi


Tapi yang saya hairan macam mana boleh ada ungkapan "cinta itu buta".

12 Aug 2008

Linda - Isyarat kebangkitan

More on Linda...:). Maklumlah kan tengah hot sekarang ni. Sumandak terhangat di pasaran lah katakan...:D


9 Aug 2008

Linda - Sekitar pelancaran album

Sekitar majlis pelancaran album KadazanDusun Linda di 1Borneo Hypermall



Ucapan Huguon Siou tu, walaupun agak panjang tapi penuh dengah kata-kata semangat dan motivasi terutama untuk artis-artis KDM. Antara lain beliau meminta artis KDM menyahut cabaran beliau beraksi di arena antarabangsa...:).

Selepas majlis selesai, VIPs proceed to have some refreshment at Novotel Hotel. Linda then had autograph signing session with her fans and the ten persons who won the lucky draw will have a 'makan-makan' session with her at the cafe who sponsored the prize (err...can't recall the name of the cafe)

Nice ceremony...penuh dengan kesopanan dan kesusilaan...:=)

8 Aug 2008

Pra-nonton MTV Linda esok

Nama baru Linda "Nanual" (nasib baik bukan 'manual')...:)

4 Aug 2008

Linda - Lancar album 9 Ogos



Tempat pelancaran album


2 Aug 2008

Linda - Album Kadazandusun

Album Linda dalam bahasa Kadazandusun yang pertama telah mula menemui peminat sekitar 18 Julai lalu. Album ini merupakan keluaran sulung syarikat LNE (Linda Nanuwil Entertainment). Terdapat sepuluh trek kesemuanya, namun dari sepuluh trek tersebut hanya lapan trek merupakan rakaman lagu penuh, selebihnya (Trek 9 dan Trek 10) merupakan versi edit dan re-mix untuk dua buah lagu dalam album tersebut. Linda mencipta sendiri enam buah lagu dalam album ini, manakala dua buah lagu lagi adalah hasil sumbangan Asmin Mudin dan Mackey Apison. Penulis lirik pula terdiri daripada Mattinin Yukim, Francis Jainis serta Linda sendiri. Susunan muzik untuk kebanyakan lagu digubah oleh Roger Wang yang juga merangkap jurutera bunyi (mixing dan mastering). Selain itu Mark Paul Baklin turut menggubah muzik untuk tiga buah lagu. Kesemua lagu dirakam di RAM Studio Kota Kinabalu.

Setelah mendengar kesemua lagu-lagu dalam album ini, tidak dinafikan vokal Linda begitu bersesuaian sekali mendendangkan lagu-lagu Kadazandusun. Lontaran vokal beliau amat serasi dan begitu menjiwai lagu-lagu yang didendangkan. Lagu-lagu yang dimuatkan juga tidak kurang menariknya samada dari segi melodi serta susunan muzik. Antara lagu yang secara langsung atau sekali dengar menawan halwa telinga saya ialah Oi Odu (Trek 4), Upus Om Langad Ku (Trek 3) dan Upus Tolidang (Trek 1). Lagu Kotohuadan juga agak menarik bilamana muziknya digubah ala eurobeat (walau bagaimanapun re-mix untuk lagu ini agak mengecewakan sedikit kerana tidak banyak perbezaan dengan muzik rakaman asal). Lagu Mitongkiad Kito (Trek 8) juga tidak kurang menariknya, gubahan muzik berkonsepkan orkestra agak mengkagumkan malangnya bukan orkestra akustik yang digunakan. Linda juga tidak lupa menyelitkan sebuah lagu berbahasa Melayu hasil ciptaan beliau sendiri pada Trek 8.



21 Jul 2008

Linda - Sedih, pilu dan terkilan

Deepest condolences to Linda and her family.

14 Jul 2008

Linda - Penuhi impian...

...merakam album Kadazandusun

And here are videos on some recent happenings in town

The soft-opening of 1Borneo

The soft opening of IBorneo on the 8th June 2008. A celebrity who looks like Linda (dia lah bah tu kan), appears on stage at minute 2:34. In the meantime Infinatez's Sayang Kinabalu was played as background song at minute 7:32 on the video.

The Air Supply concert

An audience secretly made an attempt to record the Air Supply singing Goodbye during their concert in Kota Kinabalu recently (nice try dude!..:)). Anyway he/she managed to record, in normal angle, the second last song of their performance(when the security personnel were too tired to enforce the no recording rule...hehe). Click here for some related videos

27 Jan 2008

Linda vs Diva Padang Bandaran

Linda performing at Padang Merdeka KK in conjunction with the inaugural Karnival Budaya Sabah 2008 (26 - 27 Jan). She invited fans to dance with her on stage and it so happen the person who took the challenge is a 'diva Padang Bandaran'!

Krismadata!? Tukoi! Macam nama Dewi Laut

...see I told you not to have a concert at Padang Bandaran, those 'divas' will sure 'promosi diri' one! (alaa Padang Bandaran kan! kampung halaman sendiri! apa mau takut!..:))

And a teaser from Ampal (coincidently the next artiste after Linda is Imuda who walked to the stage ala Sam..:=O


*LOL*...kelakar gila bah si Ampal ni kan!

Other artistes include Ekin, Adam, Imuda, Abu Bakar Elah, Clarice and Evaristus.

25 Jan 2008

Linda in AC Di Sini

Duh! When was Linda Nanuwil last appeared on TV? And finally here she is in AC Di Sini.



The chatting...

31 Jul 2007

She's back!

Ready or not here I come!....



Artikel lengkap (Klik sini)

Duhh....baru pula tahu Linda ni ex-Sanzac rupanya...she should know Ebi then (juga dari sekolah yang sama) kalau ikut umur durang (23) they should be in the same batch.

28 Jan 2006

An evening with Linda....BEST!!


Walaupun ada beberapa perkara yang mengganggu sebelum dan semasa konsert bermula tapi akhirnya saya terhibur juga dengan konsert ini. Pada mulanya geram juga dengan anggota Rela berpakaian seragam di parking lot, kereta sudah parking betul-betul (masuk dalam kotak garisan kuning) di suruh pula kita parking rapat-rapat dengan kereta bersebelahan (untuk memberi lebih ruang kepada kereta lain)! At last I suggest kepada mereka supaya bagi tahu pihak KDCA agar buat petak letak kereta yang bersaiz kecil (tidak ikut standard) untuk memastikan kereta boleh diparking rapat-rapat!

Oklah lupakan saja hal dengan petugas rela, besides mereka hanya menjalankan tugas (ikut arahan)! Back to the show, another glitch was the schedule. Janji 8:00 pm, tau-tau dalam 8:45 minit baru mula (hampir-hampir beku menunggu dalam dewan yang sejuk macam peti ais). Konsert dimulakan dengan persembahan sebuah band yang kedengaran nama kumpulan mereka seperti "Radic Band". Mereka mendendangkan lagu pertama Januari (Glenn) dan sebuah lagu rancak. Hebat juga persembahan mereka ni terutama mutu vokal penyanyi utama ketika mendendangkan lagu Januari. Tapi masuk lagu kedua kedengaran hampir-hampir habis stamina. Penyanyi kedua ialah Winnie Kuntip seorang artis dari album Pusakag 2. Beliau menyampaikan lagu Ralan Di Otopot (sila dengar di radioblog) dan Romou-romou Matoku (Vera Albert) Power dan lantang suara dia ni kalau dengar secara live cuma beliau agak kurang bercakap dan berinteraksi dengan penonton (masih segan-segan agaknya). Penyanyi seterusnya seorang penyanyi cilik perempuan (hebat saya bilang kau!). Kalau tak silap dengar menurut pengacara, umur dia baru 9 tahun! Nama dia Ferona dari Ranau dan pernah memenangi beberapa siri pertandingan nyanyian kanak-kanak. Mendendangkan dua buah lagu yang segar dan rancak Darah Muda (twist/rock and roll) dan Penasaran (dangdut)...so kamu boleh imaginelah macam mana showmanship dia nyanyi kedua-dua lagu ini. Walaupun kecil, satu pentas dia sapu habis dengan aksi tariannya yang lincah! sampai terkapus-kapus! Penyanyi yang dijemput ke pentas seterusnya ialah Danny F. Malingi artis syarikat rakaman Moe's Music. Beliau mendendangkan dua buah lagu, sebuah lagu baru berjodol "Kakal Aku Daa" dan juga lagu beliau yang pernah bertahan selama 10 minggu di carta lagu Dusun. But I have one question when listening to him singing...is he miming/lipsync?? (whatever!)

Next we have the first runner up of the NTV7's reality show, Gracie. Mendendangkan Waiting for Tonight dan dua buah lagu Dusun yang dinyanyi sambil membaca lirik...ahakk!! Anyway I'm a bit dissapointed about her performance, macam kurang bersedia dan seolah-olah macam jarang menyanyi di pentas (jarang mendapat undangan?). She doesn't sound like a professional singer and interaction with the audience was very poor. Program Audition sepatutnya melahirkan entertainer tapi melihat persembahan beliau malam itu amat jauh dari konsep entertainer!

After Gracie, Atama came up next with his opening number Pangazou. Hah! yang ini barulah entertainer! His song "Can't Stop The Sumazau" follow up next! As usual i'd like to give 5 star to his performance!

Checking at the time it was 9:57 pm. Time inilah baru nama Linda diumumkan! Riuh gamat dewan KDCA. Mengenakan blouse berwarna hitam berlabuci yang dipadankan dengan seluar putih (hitam putihlah color dia malam itu) anggun sekali penampilan Linda malam tu! Rambut dia pula diset style ala-ala menggerbang sikit berlainan dengan set rambut yang lurus panjang (mcm rambut iklan syampu) pada penampilan di konsert-konsert sebelum ini. Untuk sesi pertama kemunculannya, Linda mendendangkan lagu Di Sini Malam Ini diikuti dengan Pudar (Rosa) - time nyanyi Pudar dia turun ke arena untuk bersalaman dengan penonton. Linda mengakhiri sesi pertama beliau dengan lagu Ku Percaya. Kecuali Pudar, dua buah lagu yang disampaikan dipetik dari album sulung beliau. Sebelum membuat persembahan Linda ada menyatakan yang beliau ada jatuh sakit sebelum ini! Kesian...

Gracie muncul kali kedua dengan fesyen baju evening dress (kemunculan sebelumnya fesyen berseluar). kali ini beliau mendendangkan medley lagu-lagu yang pernah dipersembahkan oleh beliau dalam rancangan Audition yang terdiri daripada Ingin Bersamamu (Syafinaz)/Debu Debu Cinta (Misha Omar)/Awan Terpilu (Ning)/If I Ain't Got You (Alicia Key)/Cobalah Untuk Setia (Kris)/Pilihlah Aku (Kris)/Marilah Ke Mari (lagu lama kurang pasti nama penyanyi asal)/Last Dance (Donna Summer). Sekiranya hendak diambil kira "berat dan payahnya" lagu-lagu ini saya kena tabik jugalah dengan persembahan beliau mendendangkan kesemua lagu ini! Syabas!

Atama took over the stage after Gracie. However at this point I could not stand the air cond any longer (it was extra cold since it was raining outdoor). I followed the concert from outside the hall during his performance. Standing near the main entrance I also observed a stream of crowd walking out of the hall. Atama performed Taragang Rasuk and just to warm up myself I moved to the tune of his song (keeehooii!).

Linda reappeared before a crowd that's getting smaller and smaller in size. But it didn't hamper her to torture the remaining crowd after singing Kalaulah Saja Aku Boleh Terbang. She dragged up few loyal audience from the floor to test their vocal ability singing her songs. It was fun and she's very entertaining! After the torturing session she continued with Jika Kau Kekasih and finally wrapped up the concert doing a duet with Atama in Muli Kampung (she didn't perform my favourite Kau Pergi Saja...arrgghh!).

It was a good show! A showcase featuring truly local talents. I'm eager to find out what Freddie Fernandez has to say about the talents (he was there that night) especially when a number of Dusun songs delivered! After what the boss seen that night, is Meastro interested to come out with a Dusun album?A compilation of best Dusun songs perhaps! Or he ain't seen nothing yet? One thing I noticed, the crowd (which I estimeted to be around 1,000) wasn't that eager to take photos of the singers including Linda. Are their cameras running out of battery just like mine? Anyway I managed to take some photos just before my camera ran out of battery! Oh ya...I like the stage setting as well. Those white backdrop and the parallel floor ligthings really gave awesame effects!


And the sound system? I've to give it 6 over 10!

10 Nov 2005

Linda oh Linda! Songian do muli kampung??


Fuhh!!...hari demi hari saya menantikan kemunculan album Linda d KK...lambat betul...padahal masa penerbanagan KL - KK 2 jam saja...bagi saja pekerja2 kapal terbang tu bawa...suruh dorang pass kat mana2 kedai musik d kk ni...habis cerita! Tapi berkat kesabaran akhirnya dapat juga (yang lucunya I ended up having three CDs...hehe...friends in KL hantar 2 CD xtra!!). My first thought...why only 8 tracks??!! Tapi bila tengok wajah Linda d cover tu...sedikit sebanyak hilang juga kekecewaan. Tak tahu saya...apa kena Linda kali ni...CANTEEK sangat! (eh sebelum ni bukannya tak cantik tapi pose dlm album ni ada xtra cantik sikit)...mungkinkah effect contact lense warna light brown tu?...rambut?..make up??..in fact ke tujuh-tujuh pose Linda dalam CD tu semuanya photogenic habis...cun melecun! (2 thumbs up to the ppl behind her image). Ok back to the 8 tracks....u guys dah dengar...AKU CINTA KAMU dan DI SINI MALAM INI. Bila mendengar 6 lagu yang lain...banyak kelebihan dan kekuatan lagu2 ni dari dua single Linda tadi...MULI KAMPUNG...ciptaan ATAMA (Sabah famous hip hop performer...listen to his own single on Track 6)...tak ku sangka berentak so jazzy with Linda featuring the jazzy side of her!! (tapi risau pula kalau2 lagu ni bakal diheret ke kancah kontraversi gara2 penampilan tune ciptaan the late John Gaisah...cos currently the party who claimed to be the copyright owner of John Gaisah's materials is still in dispute with Atama over some of Atama's song that "hooklink" Gaisah's singing...*sigh*). Linda also reveal her song writing talent in this album (tak taulah kalau Maestro nak jimat belanja...dah lah bagi 8 tracks ja)...anyway...ciptaan beliau tak mengecewakan...lagu KAU PERGI SAJA...mengingatkan saya pada lagu KAU ILHAMKU nyanyian Man Bai yang d cipta oleh Asmin Mudin (salah seorang pencipta terkenal Sabah yang banyak mencipta lagu utk Ziana Zain). Lagu ni menampilkan petikan gitar solo...secara keseluruhannya album Linda memang tak mengecewakan ke lapan-lapan track semuanya hebat...Kualiti begitu mengatasi kuantiti. So for your listening pleasure I choose 2 tracks...KAU PERGI SAJA (Track 13) dan MULI KAMPUNG (Track 14)