TANAK KAMPUNG!...clap!..clap!..clap!..
Lagu Tanak Kampung ciptaan dan nyanyian Jimmy Palikat merupakan lagu yang paling popular di blog ini sepanjang tahun lalu. Kalau dihimpunkan jumlah klik untuk lagu ini, bukan lagi popular tapi boleh dianggap Super Popular (hehe). Lagu yang mula diperkenalkan pada bulan Januari tahun lepas, terus mengungguli carta sepanjang tahun terutama sekali untuk kategori Etnik Pop. Saingan terdekat lagu ini dalam kategori yang sama ialah lagu Hiti Noh Pitongkiadan dendangan kumpulan adik beradik The Divine Masters (namun kalau mengikut jumlah klik, lagu di nombor kedua ini jauh ketinggalan di belakang).
Untuk gabungan kesemua lagu-lagu yang dimuatnaik pada blog ini, Tanak Kampung berada di puncak carta selama 20 minggu. Hanya tiga buah lagu sahaja yang berjaya memintas sementara kedudukan teratas Tanak Kampung dalam kategori ini, lagu-lagu tersebut ialah Kisah Kita – Stacy (6 minggu di kedudukan nombor satu), Biarkan – Linda (4 minggu), Resort Burung Garuda – Petrus Edwin (14 Minggu) dan versi melayu lagu tersebut Anak Kampung (4 minggu). Walaupun dipintas oleh lagu-lagu yang disebutkan tadi, Tanak Kampung hanya jatuh samada ke anak tangga nombor dua atau tiga (hebatkan..hehe).
Let’s take a look at the Top 80 songs last year.









