31 Dec 2005

.....HAPPY NEW YEAR 2006....


....WISHING ALL OF YOU....
........HAPPY NEW YEAR 2006!!........

GOODBYE 2005!!...
...a year that has been very kind to me
(hopefully to you too)...
...let's hope 2006 is even kinder!!!....

SEE YOU NEXT YEAR!!

30 Dec 2005

SIA (Sabah Institute of Arts) students in Hitz.TV's BLAST OFF!


Well...perhaps they take this as their college assignment as these guys are taking Diploma in Music Studies at SIA............

Name: Jiaja
Blast Off Category: Music Band
From: Kota Kinabalu, Sabah
Lineup:
Ji - Guitar, Vocals
Aja - Bass
Karuk - Drums
Jim Jaseo - Keyboards

Their Story:Brothers Ji and Aja met Karuk and Jim at the Sabah Institute of Arts. It was love at first “sound”. They knew they had something special together and didn’t waste any time getting the band up and running. One of the early problems however was the name…. it had to be something cool and catchy. Someone suggested a mash up of all their names, so it was a toss up between Jiajakarukjim and JIAJA. Thank goodness they chose well.

To vote for us: Mobile: sms BAND JIAJA to 32888 Fixed line: Dial 13712, then press 6


CATCH THEM IN ACTION TONITE AT 8:00 pm OVER ASTRO CHANEL 16

Go Jiaja GO!...Jiaja Go!!...Go!..Go!..Go!

Aiiiinaaaa!!!...punyalah romantik!!

....Jangan jealous bilaku sentuh pipinya.....
....dan saat ku rangkul pinggangnya...




29 Dec 2005

Jorrye - Hey people!! don't forget to pay attention to me..!!

....Sabahan sole contender in the on going Soccastars Malaysia (penjaring gol terbanyak - 3 gol!)


Nama : Jorrye Bin Jakiwa
Nama Samaran : JORY
Bangsa : Dusun
Agama : Kristian
Umur : 24
Tempat Asal: Kota Marudu, Sabah
Tempat Lahir: Kota Marudu, Sabah
Tarikh Lahir: 11.10.1981
Tinggi: 164cm
Berat: 54kg
No.Jersi: 11


Anak Sabah yang sedang menuntut di Universiti Putra Malaysia

Good news...for aspiring singers and song writers...

Ujibakat penyanyi:

Tarikh: 4 Feb 2006
Jam: 10 pagi
Perempuan: umur 21 - 30 tahun
Laki-laki: Umur 21 - 35 tahun
Tempat: Moe's Music, Asia City Block I, Tingkat 1, Lot 85, No.12
Tel: 088-269714

Peraduan Mencipta Lagu:

1. Hantar demo serta lirik
2. Sebarang bahasa tapi lagu Dusun/Kadazan diutamakan
3.Jumlah lagu tidak melebihi 3
4. Hantar ke "Peraduan Mencipta Lagu" Moe's Music Production, Block I, Tingkat 1, Lot 85, No.12, Asia City 88000 Kota Kinabalu

Tel:088-269714

Good luck!!

27 Dec 2005

Beberapa keistimewaan Konsert Krismas (di sebalik penonton kecil).



Kemunculan tiba-tiba ABE


Selama menonton konsert-konsert yang melibatkan artis AF3 saya asyik tertanya kenapa tak muncul-muncul kelibat Abu Bakar Ella (ABE)? Tak dijemput? Dipinggirkan? ABE sendiri sibuk? Dan setelah beberapa siri konsert yang saya saksikan tanpa kemunculan beliau sayapun seolah-olah terlupa berharap. Namun pada Konsert Krismas Bersama Marsha & Felix (atau mungkin boleh ditambah bersama ABE) di dewan Hongkod KDCA pada 24 Disember, tiba-tiba ABE muncul di pentas. Memandangkan saya tak menjangka dan agak kurang bersedia pada ketika itu kehadiran ABE memang satu kejutan (namun rupa-rupanya pengumuman berhubung penglibatan beliau dalam konsert ini ada dibuat dalam iklan konsert di akhbar Sabah Times, cuma saya sahaja tidak menyedari iklan berkenaan sebelum konsert berlangsung).. Maka bermulalah konsert tersebut dengan dialog-dialog lucu yang cukup menggamatkan dewan. Malangnya beliau tidak mendendangkan sebarang lagu pada malam itu kecuali nyanyian beramai lagu “We Wish You A Merry Christmas” (penganjur tak cukup budget bayar beliau??)

Nyanyian versi nada tinggi


Mendengar lagu Untuk Terakhir Kali versi yang disampaikan oleh Marsha semasa konsert akhir AF, saya membuat beberapa anggapan. Pertama lagu tersebut layak menganggotai kelab lagu-lagu bernada tinggi oleh penyanyi wanita tanahair sama seperti Curiga (Ning), Ingin Bersamamu (Shafinaz), Madah Berhela (Ziana), Aku Cinta Pada Mu (Siti) dan beberapa lagu lagi dendangan Aishah, Liza Aziz, Liza Hanim, Jaclyn Victor etc. Anggapan seterusnya Marsha kurang yakin dan kurang selesa membawa lagu tersebut untuk versi bernada tinggi apabila terdengar beliau merungut dalam salah satu program Diari Akademi. Mungkin ada individu atau pihak yang agak ambitious ingin melihat Marsha membawa lagu tersebut sebaik mungkin melalui projection suara soprano yang memang boleh mencapai nada tinggi. Walau bagaimanapun mungkin atas gabungan faktor cemas, gementar atau mungkin juga over excited terlihat keluarga di depan mata, beberapa hal yang tidak dijangka pula berlaku seperti terlupa lirik. Malam itu juga antara komen dari Syafinas ialah tahap mencapai nada (hitting the right pitch) kurang meyakinkan. Tak tahulah pulak apa maksud Syafinaz, sebab bagi saya as far as pitching is concerned she sounds okay tidak sumbang. Cuma yang kurangnya malam itu, selain daripada terlupa lirik Marsha terpaksa menggunakan falsetto sepenuhnya mungkin tak yakin mampu mencapai nada tepat sekiranya menggunakan suara normal. Hasilnya suara beliau kedengaran begitu “thin” dan kurang gema serta kurang tenaga. Menyedari kelemahan ini maka versi studio lagu ini dirakam mengkiut “key” muzik asal (yang lebih rendah). Yang menariknya sepanjang mengikuti perkembangan beliau menerusi beberapa siri konsert banyak perubahan yang diperhatikan dari segi vocal projection. Bahagian-bahagian lagu yang disampaikan dengan cara falsetto sebelum ini, untuk lagu Jambatan Tamapruli, Cobalah Untuk Setia dan Tunggu Sekejap sudah kurang kedengaran sebaliknya digantikan dengan suara normal, yang kuat, tebal, bertenaga dan bergema. Mungkin taklah menghairankan sangat jika sekadar mengambil contoh lagu-lagu yang disebut tadi, tapi apa yang membuat saya agak speechless bila beliau mendendangkan lagu Untuk Terakhir Kali versi konsert akhir AF atau dalam erti kata lain versi nada tinggi, but this time with that normal voice! Whatever she tried to prove she had successfully proved it! Versi ini sesungguhnya patut dirakam (mungkin belum terlambat). Selain itu juga semasa mendendangkan lagu Manusia sudah tidak kelihatan body language yang menggambarkan keperitan/terseksa mencapai nada tinggi, malah kali ini penuh selesa dan relaks (sempat pula membelai/membetulkan rambut!). Pada saya ini satu perkembangan baik daripada Marsha. Sementara beliau menunggu giliran masuk studio untuk album penuh telah ada beberapa perubahan ketara yang membuatkan saya berkata, we are in for more big surprises for her debut album!

Pulih Suara

Semenjak mendendangkan lagu rock heavy metal kumpulan Wings Hukum Karma Felix seolah-olah mengalami gangguan tekak. Malah beliau sendiri mengakui mengalami gangguan tersebut seawal minggu semasa menerima tugasan mendendangkan lagu dari kumpulan Search Fantasia Bulan Madu. Gangguan tersebut mungkin diterukkan lagu melalui projection suara “screeching” yang perlu dilakukan untuk lagu Hukum Karma. Sejak saat itu pada pemerhatian saya selama mengikuti perkembangan beliau melalui beberapa siri konsert di Sabah agak kedengaran beliau belum pulih sepenuhnya. Malah melalui versi studio Warkah Berlagu Pilu terdengar juga keseksaan masalah tekak yang beliau alami jika dihalusi pendengaran untuk bahagian akhir lagu tersebut. Percubaan beliau mendendangkan WBP di majlis Terima Kasih Sabahan pada 15 Ogos lepas agak kurang menjadi. Untuk konsert-konsert berikutnya di Sabah (juga beberapa siri konsert di luar Sabah) beliau banyak memilih lagu-lagu yang agak “selamat”. Ini menjadikan peminat atau barangkali juga pengutuk meluahkan perasaan kecewa mereka kerana tak pernah berkesempatan menikmati Felix menyampaikan lagu WBP di konsert-konsert yang disertainya sedangkan lagu tersebutlah yang sering berkumandang di radio sekaligus banyak berjasa dalam mengekalkan populariti beliau setakat ini. Ramai yang tertanya-tanya. Saya hanya beranggapan masalah tekak beliau belum pulih seratus-peratus. Penantian akhirnya berakhir juga semasa konsert amal pada 3 Disember, di mana Felix menyampaikan juga lagu berkenaan disambut dengan sorakan hadirin. Namun begitu masih kedengaran sedikit kecacatan dalam persembahan WBP ditambah lagi dengan sistem bunyi yang mengecewakan. Beliau membawa lagi lagu tersebut semasa konsert pada 13 Disember dan menunjukkan sedikit peningkatan. Namun pada konsert semalam saya berani katakan suara beliau agak pulih sepenuhnya lebih-lebih lagi semasa mendendangkan lagu WBP. Semasa hitting the note untuk korus akhir, sasaran amat tepat sekali. Begitu juga untuk lagu-lagu lain yang dipersembahkan beliau pada malam itu tidak kedengaran suara tercicir semuanya kedengaran smooth and flawless

Kejutan jumlah hadirin...hmm tak terkejutpun!


Semasa mula-mula mengetahui tarikh konsert ini (24 Disember) memang saya jelas terbayang jumlah penonton yang tidaklah seramai konsert-konsert sebelum ini. Saya sendiripun ada juga meluahkan ketidak puasan berhubung tarikh yang dipilih. Tapi mungkin pihak penganjur mempunyai alasan mereka yang tersendiri sehinggkan berani mengambil risiko. Semasa tiba pada jam 7.30 malam dewan agak lengang, tak sampai separuh kerusi yang disediakan dipenuhi. Saya beranggapan mungkin hadirin belum tiba sepenuhnya. Sempat pula saya mengira jumlah kerusi yang disediakan. Keseluruhannya adalah dalam 654 buah kerusi atau paling sesuai saya anggap saja 700 buah. Masuk jam 8:00 semasa artis jemputan mengambil pentas membuat persembahan pembukaan, keadaan sekeliling tak banyak berubah. Terkejut? Mungkin juga, sebab saya menjangkakan sekurang-kurangnya semua kerusi akan dipenuhi. Walau bagaimanapun konsert bolehlah saya katakan cukup meriah. Dewan taklah sunyi sangat malah cukup gamat lebih-lebih lagi apabila ketiga-ketiga artis pada malam itu memang cukup kelakar! (Saya tertanya-tanya juga alasan disebalik menjemput ABE pada saat-saat akhir?)

Info konsert

Pengacara: Abu Bakar Ellah
Lagu Felix : Warkah Berlagu Pilu, Nokosuwai Ginawoku (iringan liveband), Pupus dan Aku Semut Merah.
Lagu Marsha: Tunggu Sekejap, Bossanova, Manusia, UTK, Jambatan Tamparuli
Lagu bersama: Hati Ini Telah Dilukai, We Wish You A Merry Christmas dan Pilihlah Aku
Persembahan pembukaan: Dua buah band yang berkonsepkan lagu-lagu rock dan grunge (nama kumpulan kurang jelas)
Konsert bermula: lebih kurang 8:30 mlm
Konsert berakhir: jam 10:00 malam
Anggaran penonton : 500 – 700!

26 Dec 2005

Marsha table calendar

For those of you who are interested to buy the calendar you can just e-mail Shawn at admin@marshalondoh.com

Thanks!

20 Dec 2005

Marsha vs Siti...dan isu "reject song".

Tentu ada yang tertanya-tanya kenapa saya memutarkan lagu Untuk Terakhir Kali (UTK) versi Siti Nurhaliza di sini. Alkisah lagu ini pada awalnya diberi kepada Siti untuk dimuatkan dalam salah satu album beliau yang akan datang tapi konon-kononnya Siti tak mengambil lagu ini atau dalam istilah yang popular beliau REJECT lagu ini. Pada mula mendengar gosip ini saya ambil masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri, sama seperti gosip-gosip lain yang tidak berasas, amat sukar saya mempercayainya. Tambahan lagi apabila mendengar Marsha menyanyi lagu ini saya langsung tidak terbayangkan Cik Siti kita membawa lagu tersebut (imaginasi saya lebih berpihak kepada suara penyanyi Indonesia Hetty Koes Endang yang mendendangkan lagu ini). Penafian saya terhadap gosip ini berkahir setelah saya sendiri mendapat atau menjumpai bukti khabar angin ini dalam bentuk versi rakaman Siti, lantas saya putarkan versi tersebut di sini.

Persoalannya, entah berapa lagu yang pernah di reject oleh penyanyi-penyanyi popular tanah air seperti Siti yang jatuh ke tangan penyanyi-penyanyi lain. Ini kerana lazimnya syarikat rakaman atau label di mana Siti bernaung mempunyai simpanan atau himpunan lagu-lagu baru dalam “bank lagu” mereka hasil sumbangan dari para pencipta samada yang bernaung secara eksekutif di bawah syarikat rakaman tersebut ataupun pencipta freelance. Sebagai penyanyi tersohor negara, saya percaya Siti berpeluang besar mencuba atau melakukan “fitting” dari himpunan lagu-lagu tersebut dan sebagai penyanyi tersohor juga Siti mungkin diberi keutamaan melakukan fitting terlebih dahulu sebelum penyanyi-penyanyi lain (pencipta manalah yang tak mahu lagu beliau didendangkan oleh Cik Siti). Atas alasan ini saya percayai bukan hanya lagu UTK sahaja yang di reject malah tidak mustahil ada antara lagu yang dihasilkan oleh pencipta seperti LY atau Pak Ngah, yang dinyanyikan oleh beberapa penyanyi-penyanyi wanita yang heboh dikatakan sebagai “klon" Siti suatu masa dulu, pernah juga dilakukan “fitting” oleh Siti. Bagaimana pula dengan lagu-lagu “single" pertama artis-artis AF yang lain? Malah ini bukanlah pertama kali isu reject song sebegini ditimbulkan. Sebelum ini juga saya pernah terserempak artikel yang mengatakan lagu jazz popular Akhirnya Kini Pasti dendangan diva Anita Sarawak konon-kononnya adalah lagu reject Sheila Majid (?) Begitu juga dengan lagu popular Di Bawah Pohon Asmara dendangan Jaclyn Victor kononnya juga lagu reject Siti (?). Tidak kurang juga lagu Felix Warkah Berlagu Pilu kononnya adalah antara himpunan lagu yang dilakukan “fitting” oleh Naser Wahab sebelum ini.

Istilah reject agak angkuh bunyinya dan boleh memberi impak psychology negatif kepada pihak-pihak tertentu termasuk peminat lagu berkenaan Dalam memperkatakan isu ini juga, persoalan seterusnya bagaimana pula hak Sharon Paul pencipta lagu tersebut? Tidakkah beliau juga berhak menarik balik lagu ini daripada penyanyi tertentu sekiranya beliau telah terjumpa penyanyi yang betul-betul layak menyanyikan lagu ciptaan beliau? Mungkin ada cerita lain yang lebih menarik di sebalik situsai/kejadian ini. Namun yang menariknya walaupun UTK dikaitkan dengan reject song lagu tersebut telah sampai ke tahap atau peringkat di mana Siti telah merakam lagu tersebut. Menyebabkan saya bertanya, betulkah di reject? Kerana inilah buat pertama kalinya saya terjumpa sebuah lagu yang digembar-gembur sebagai lagu reject boleh dibuktikan atau didapati dalam bentuk versi rakaman oleh penyanyi “fisrt choice” lagu tersebut. Justeru istilah reject sewajarnya dipertikaikan. Malah berdasarkan bukti ini, sebaliknya saya melihat UTK dari sudut yang sama saya melihat lagu-lagu seperti Gadis Melayu, Seroja (versi Jamal Abdillah), Antara Anyir Dan Jakarta dan Dia (versi Sheila Majid), I Will Always Love You (versi Whitney Houstan), I’ll Be There (versi Mariah Carey) dan beberapa lagi lagu popular yang diistilahkan sebagai cover version.

Walau apa pun alasan isu ini ditimbulkan, samada atas dasar motif positif (memberi publisiti besar-besaran kepada lagu) atau negatif (cuba menjatuhkan maruah pihak-pihak tertentu) minat saya terhadap lagu ini tidak berubah. Saya tetap kagum dengan cara persembahan atau versi Marsha. Penghayatan, penjiwaan serta curahan emosi beliau begitu meresap dalam lagu ini. Vocal arrangement beliau agak teknikal dan begitu kreatif. Beliau memulakan lagu dengan nada suara yang sayu dan sayup. Kemudian diikuti dengan sentuhan falsetto untuk first round chrous. Untuk second round chorus beliau meningkatkan “gear” lagu dengan menaikkan sedikit volume suara sebelum shift to full blast pada akhir-akhir lagu dengan menampilkan her rich, deep and thick resonant voice (mirip susunan vokal Whitney Houstan dalam lagu “I Will Always Love You” dan juga Celine Dione untuk lagu “My Heart Will Go On”). "Ketebalan" suara Marsha seakan-akan kedengaran berperingkat....from thin to thick! Satu penampilan vokal yang saya agak kurang nikmati dalam versi Siti. Namun dari segi sebutan anda tahu siapa pemenangnya. Sebutan Marsha untuk perkataan "menjelma" seakan kedengaran seperti "mencelma", "tinggal" seakan "tingal" dan "t" seakan "ch", "biar" - "biaOr", "andai" - "andaOi". Sebaliknya sebutan Siti tidak dinafikan amat jelas.

dbos-fm:
Hairan juga bagaimana lagu Saiful "Ku Juga Mencintai Dirimu" boleh dimainkan di corong-corong radio termasuk stesen radio milik RTM sedangkan lagu ini adalah lagu saduran Mandarin dari sebuah kumpulan yang popular dari negara Taiwan? Sebab kalau tak silap, kan dah ada peraturan yang tidak menggalakakan lagu saduran. Ini bertujuan meningkatkan karya asli dan kreativiti pengkarya tanah air.

19 Dec 2005

Lagu dari juara KDM Idol

Ya...dia laitu..."ensem boi" durang bilang...nama dia Reno (bukan Rhino ok!). Lagu dia yang sentimental dan romantis bertajuk "Milangad-Langad Toh" sedang dimainkan di blogsite Markiemarc. Lagu ni sudah lama bertakhta di carta lagu2 Dusun. Tapi lagu yang saya putarkan di sini lagu yang fun dan uptempo berjodol "Sayang Kinabalu" ciptaan Umbut (Asmin Mudin) yang juga menulis sekali liriknya (jimat kos habis!). Best juga ni lagu, mampu memikat pendengaran saya. Check it out on Track 36.


Dalam perkembangan lain Carta Hits Sabah FM minggu ini adalah seperti berikut:

1. Thoo Phat ft Siti Nurhaliza - Dua Dunia (4?)
2. Dina - Cinta Datang Lagi (5)
3. Marsha - Untuk Terakhir Kali (10)
4. Ricardo - Lambang Cinta (7)
5. Farah Waheeda - Jangan Kau Pergi (2)
6. Saiful - Ku Juga Mrnyintai Dirimu (1)
7. Mawi - Aduh Saliha (6)
8. Ruffedge - da Bomb (3)
9. Felix - WBP (8)
10. Fazley - Kerna Asmara (9)

Nampaknya kedua-dua kuda dari Sabah Marsha dan Felix tersungkur minggu ini.

15 Dec 2005

Another song from Sabah Idol

Take a listen to the 3rd song picked by dBOS-fm from Sabah Idol album on Track 35...entitled "Hilang"...check it out!

14 Dec 2005

Gara-gara artis AF3......majlis formal jadi havoc!





Sekali imbas tajuk ini mungkin sudah biasa dipaparkan di dada akhbar. Saya kurang pasti suasana sebenar yang berlaku setiapkali terbaca tajuk akhbar yang hampir-hampir serupa seperti tajuk hari ini. Yang pasti semalam semasa berlangsungnya Malam Duta Perpaduan di dewan Hongkod KDCA, bintang-bintang AF3 yang terdiri daripada Felix, Marsha, Yazer dan Ekin betul-betul menjadikan suasana yang mulanya kemas teratur bertukar menjadi havoc! Majlis yang diadakan khusus untuk melantik Duta Perpaduan Negeri Sabah (yang dahulunya dikenali sebagai Ratu Perpaduan) adalah satu majlis yang dianjurkan oleh salah satu agensi kerajaan. Sudah semestinya bila kita bercakap mengenai majlis anjuran kerajaan seperti Malam Pembukaan/Penutupan Bulan Kemerdekaan dan sebagainya, kita terbayangkan suasana yang kemas, teratur, berprotokol dan begitu formal di mana hadirin lazimnya terpaksa mengikut mood majlis yakni kena bersopan santun. Pada permulaan majlis, memang begitulah suasana yang terpapar di depan mata lebih-lebih lagi majlis dihadiri oleh beberapa orang-orang penting kerajaan, datuk-datuk, datin-datin dsb. Barisan AJK penganjur siap berpakaian seragam kemas. Tiba-tiba lebih kurang jam 8:57 malam sejurus selepas majlis utama hendak dimulakan (sebelum itu hadirin, sambil menjamu selera, telahpun dihiburkan oleh beberapa persembahan pentas pembukaan oleh artis-artis tempatan Sabah) kelihatan para hadirin yang duduk di meja makan ruang arena berterabur dari berbagai arah menuju ke dua sudut di hadapan. Rupa-rupanya mereka menuju ke meja makan yang diduduki oleh bintang-bintang AF. Marsha, Ekin dan Felix duduk semeja di sebelah kiri pentas manakala Yazer duduk berasingan di meja sebelah kanan pentas.



Saya merasakan pihak penganjur memang tidak menjangka langsung suasana begini akan berlaku disebabkan konsep majlis yang formal dan mengharapkan hadirin akan bersopan santun, sebab itu mereka berani menempatkan bintang-bintang AF3 di meja makan lagipun saat itu sebenarnya para hadirin sepatutnya sedang sibuk menghadapi juadah (dan tak mungkin akan meninggalkan meja). Keadaan ini menjadikan suasana agak kelam kabut, percubaan beberapa AJK penganjur untuk menyuraikan hadirin pada awalnya tidak berjaya. Pengacara hampir tidak tahu apa nak dikatakan sehinggalah salah seorang AJK naik ke pentas berbisik sesuatu kepada pengacara. Pengacara lalu membuat pengumuman agar hadirin bertenang, jangan mengganggu artis AF3, beri mereka peluang makan dan menyeru agar hadirin balik ke meja masing-masing kerana sebentar lagi acara utama malam itu akan bermula. Walaupun masih ada beberapa hadirin yang degil keadaan agak reda sedikit Majlis juga tertunda beberapa minit hanya kerana pengacara terpaksa menunggu para hadirin yang keras kepala selesai berposing dengan artis2 AF3!(personally I feel the crowd’s action is so disgusting!). Selepas disuraikan entah untuk kali ke berapa barulah suasana tenang dan membolehkan pengacara dengan suara lantang memulakan acara rasmi, “dari dewan Hongkod KDCA Jabatan Perpaduan...bla...bla..bla....dengan bangganya mempersembahkan Malam Amal Duta Perpaduan!!!” (hanya sepertiga penonton bertepuk tangan yang selebihnya, termasuk saya seolah-olah tercengang atau masih terkejut dengan aksi hadirin yang mengerumuni artis AF3).

Artis-artis AF3 mula menguasai pentas sementara majlis menunggu keputusan Duta Perpaduan diumumkan. Dimulakan dengan Ekin yang tampil dengan pakaian evening dress berwarna hitam dengan corak-corak berwarna light brown (dari jauh persis fabrik yang selalu digunakan untuk membuat pakaian tradisional di Sabah) beliau mendendangkan singlenya Jangan Berjanji (malangnya ramai yang tidak menyedari keujudan lagu ini sedangkan telah lama di upload di radioblog sini). Ekin seterusnya menyampaikan lagu Joget Sayang di Sayang dengan menarik naik seorang jejaka bernama Jeremy yang seterusnya menjemput seorang gadis lengkap berpakaian tradisi naik ke pentas untuk menari bersama. Sejurus selepas gadis tersebut memperkenalkan diri beliau sebagai Ratu Perpaduan tahun lepas Ekin, yang menampakkan sedikit keyakinan malam itu, seolah-olah agak segan untuk terus berbual dengannya apatah lagi bergurau dengan si ratu (as if saying “opps! I took the wrong person!) maka terjadilah scene yang agak awkward di mana Ekin hanya menumpukan perhatian pada Jeremy dan menari berduaan di satu sudut pentas sedangkan si ratu macam terpinggir jauh berdiri keseorangan di atas pentas sambil hanya menggoyang-goyangkan sedikit badannya mengikut irama lagu. Selesai, Ekin kemudiannya memanggil Yazer. Seperti biasa mereka secara casual berbicara dan bergurau senda seakan-akan hanya mereka berdua sahaja malam itu! Keadaan ini sedikit sebanyak memakan banyak masa. Pasangan tersebut lalu meneruskan persembahan dengan lagu Pulanglah, keasyikkan mendengar lagu ini terganggu dengan dialog2 jenaka YAKIN sepanjang menyanyi lagu tersebut (pada saya untuk sebuah lagu yang serius, dialog2 jenaka tak perlu kerana hanya merosakkan kemerduan lagu). Yazer kemudiannya mengambil pentas dengan lagu Merah Warna Cinta. Yang menariknya vokal Yazer dikawal baik sekaligus mengurangkan bunyi “rusty rock” yang pada pendapat saya elok juga dikurangkan dalam lagu ini. Beliau seolah-olah menyedari penyampaian vokalnya yang agak rusty dan kasar untuk versi studio lagu ini lalu melakukan sedikit “vocal refine” untuk persembahannya malam itu. It works! Lagu beliau seterusnya ialah “Azam Bertekad” yang dinyanyikan oleh beliau untuk lagu tema rancangan Soccarstar sebuah rancangan tv realiti yang baru di Astro. Yazer kemudiannya menjemput Marsha yang muncul dengan figure hugging evening dress berwarna magenta. Selesai bergurau senda dengan Yazer (kelakar habislah joke dorang ni) Marshapun memulakan persembahan dengan lagu Cobalah Untuk Setia. Excellent! Itu sahaja yang dapat saya ucapkan untuk persembahan lagu ini. Beliau keseluruhannya menggunakan normal voice siap dengan tarikan “big note” tersendiri pada akhir-akhir lagu. Cukup meningkat, matang dan ketara perbezaannya dengan cara penyampaian beliau semasa konsert AF ke 8. Selesai lagu pertama Marsha mengambil peluang turun ke pentas beramah mesra dengan penonton. Saat ini jugalah hadirin macam semut yang berlarian mengerumuni gula. Malam itu Marsha memang kelakar habis. Lagu beliau seterusnya tak lain dan tak bukan Untuk Terakhir Kali. Sistem bunyi yang cukup canggih malam itu menyerlahkan lagi kekuatan vokal beliau lalu disambut dengan tepukan gemuruh oleh penonton (untuk kedua-dua persembahan ini saya berikan 4.7/5!).


Akhir sekali seperti biasa muncul kelibat Felix. Mengenakan jaket dan potongan seluar fesyen tanpa tali pinggang berwarna hitam di samping kemeja berwarna putih. Cukup segak penampilan jejaka ini (ala-ala male model). Beliau memulakan persembahan dengan lagu Warkah Berlagu Pilu yang menampakkan peningkatan dari persembahan beliau pada 3 Dis lepas. Cuma kalau boleh Felix kena kurangkan bergerak ke sana sini ketika menyampaikan lagu ini kerana aksi tersebut menampakkan beliau kurang penghayatan. Persembahan beliau yang kedua cukup menaikkan bulu roma! Menyampaikan sebuah lagu sentimental dari kumpulan Dewa (malangnya tak jelas tajuk lagu) hanya dengan iringan gitar solo yang dimainkan sendiri oleh beliau. Beliau cukup selesa dengan lagu ini, justeru suara beliau begitu smooth and flawless tanpa cacat cela. Keindahan lagu serta penyampaian beliau diserikan lagi dengan kehadiran suara latar yang di sampaikan ala soprano opera oleh Marsha tanpa muncul di pentas. Ini menjadikan hadirin tercari-cari dari mana datangnya suara tersebut. Felix meneruskan persembahannya dengan lagu Teratai sebelum mengakhiri persembahannya berduet dengan Yazer untuk lagu Pupus. Sepanjang persembahan Felix, kerap muncul peserta-peserta Duta Perpaduan di pentas menghulurkan bunga kepada beliau. Kecuali lagu unplugged beliau dengan iringan gitar solo, persembahan Felix yang lain hampir2 sama dengan persembahan2 beliau yang sudah2. Saya juga perasan Felix sering “clear his throat” menggambarkan beliau masih menghadapi masalah pada tekak (kesian!), sebab pada pendapat sesetengah pihak...clearing your throat too often on stage is not a polite or appropriate thing to do...tapi kalau memang kita dah ada masalah tekak nak buat macam mana kan! Artis2 AF3 kemudiannya tampil berempat menyanyikan lagu Pilihlah Aku. Semasa mereka turun ke arena maka berterabur habislah para hadirin berebut-rebut mengambil gambar menjadikan suasana semak, sesemak-semaknya!! Selesai persembahan artis AF3 jam sudah menunjukkan pukul 11:36 malam. Majlispun meningkatkan “gear” kerana dewan semakin lengang gara-gara hadirin terus meninggalkan dewan selesai persembahan artis2 AF3. Kamipun beredar tanpa menunggu keputusan. Harap2 peserta favourite kami wakil dari Tamparuli bakal menjuarai Duta Perpaduan! Sekian!

12 Dec 2005

Mas AF2 juga berlakon dalam Diva

Bekas pelajar Akademi Fantasia Musim 2 dari Tawau Sabah Asmah Ghani atau lebih dikenali sebagai Mas turut terlibat dalam menjayakan filem terbaru arahan Erma Fatimah yang diberi jodol Diva. Demikian menurut Mas ketika ditemubual melalui telefon oleh DJ Carta Hits Sabah FM semalam. Namun begitu, disebabkan kesuntukan masa tidak dinyatakan dengan terperimci peranan yang dipegang oleh beliau selain daripada menyatakan wataknya hanya sebagai pelakon pembantu. Menurut Mas lagi penggambaran filem tersebut telahpun selesai dan tayangannya akan diadakan pada pertengahan tahun depan. Mengenai album penuh beliau, menurut Mas sekiranya ada rezeki album beliau akan muncul juga menemui peminat walau bagaimanapun semuanya terpulang kepada pihak Maestro. Ditanya berkenaan gossip yang kononnya Mas telah menemui seseorang Mas menafikannya dengan menjawab "saya menemui seseorang hampir setiap hari dalam urusan show". Mas juga sempat berjenaka apabila ditanya perkembangan yang lain "perkembangan yang lain ialah badan semakin berkembang...mungkin disebabkan hati cukup gembira sebab anak-anak sudah duduk dengan saya sekarang ini di Kuala Lumpur" sambung Mas lagi. Yang nyata komunikasi Mas sekarang ini bukan lagi seperti Mas yang kita lihat semasa di akademi dahulu. Beliau sunguh petah dan yakin berbicara sambil memberikan jawapan yang bernas serta memuaskan hati, tidak bercakap tergagapp-gagap malah banyak diselang seli pula dengan gurauan dan jenaka. Saya masih ingat satu babak semasa Aznil menemuramah beliau dalam Imbasan Akademi tahun lalu. Sedang Aznil begitu bersemangat, bersungguh-sungguh menyusun ayat dengan rapi mengemukakan soalan kepada Mas (sambil diberi perhatian sepenuhnya oleh Mas), Mas hanya menjawab "Huhh!??...apa tu bang? Ulang....kurang dengar!" Aznil tergelak habis hingga tak mampu mengulang balik soalan tersebut! Bagitulah perbezaan yang ketara antara Mas dahulu dan sekarang.
Carta Hits Sabah FM
1. Too Phat ft Siti Nurhaliza - Dua Dunia (?)
2. Marsha - Untuk Terakhir Kali (10)
3. Dina - Cinta Datang Lagi (9)
4. Saiful - Ku Juga Menyintai Diri Mu (7)
5. Ricardo - Lambang Cinta (?)
6. Farah Waheeda - Jangan Kau Pergi (?)
7. Mawi - Aduh Saliha (6)
8. Felix - Warkah Berlagu Pilu (8)
9. Fazley - Kerna Asmara (9)
10.Elyana- Tak Tercapai Akal Mu (3)
Nombor dalam kurungan ialah kod lagu. Untuk mengundi taip SHF (kod lagu) dan hantar ke 39330

9 Dec 2005

Filem dari Sabah bakal ke pasaran luar negara

Filem Anak Yang Hilang papar kisah masyarakat

Dalam kita masih ternanti-nanti kisah lagenda Pangazou diangkat ke layer perak, penggemar filem khususnya di Sabah, dikejutkan dengan pelancaran sebuah filem berwajah Sabah sepenuhnya, Anak Yang Hilang di Kota Belud, sekitar dua minggu lepas. Filem terbitan Advent Unic Production itu digarap oleh Maslan Maginda, satu nama yang secara relatifnya masih hijau dalam industri perfileman di negara ini. Hiburan Harian Ekspress berbesar hati apabila dalam kesibukannya mengarahkan filem itu, anak watan Kota Marudu itu sempat mencuri sedikit waktu untuk ditemuramah. Dalam perbualan hampir satu jam di Tanjung Aru Plaza baru-baru ini, Maslan rancak bercerita mengenai filem pertama arahannya itu. “Idea untuk menghasilkan ini timbul setelah saya mengikuti beberapa kursus dan bengkel perfileman di Ibu Negeri,” kata Maslan yang sebelum ini turut menimba pengalaman dalam bidang lakonan apabila membintangi telemovie berjudul Cinta Gadis Tamapruli. Banyak bergaul dengan mereka yang berpengalaman dalam bidang ini mendorong Maslan memberanikan diri mengangkat skrip Anak Yang Hilang ke layer perak. “Tempoh penggambaran untuk filem ini tidak lama, Cuma 10 hari sahaja dan 99 peratus penggambaran pula dibuat di Kota Belud. Selebihnya kami buat di Kota Kinabalu,” jelas Maslan mengenai filem itu yang kini memasuki fasa akhir penggambaran. Selaku penerbit dan pengarah, Maslan tentu mempunyai sebab kenapa lokasi penggambaran filem ini lebih tertumpu di Kota Belud. “Ia sebenarnya lebih kepada soal lojistik dan untuk menjimatkan kos. Lagipun, banyak sudut menarik di Kota Belud. Kerana itu, saya tidak nampak apa perlunya saya pergi jauh sedangkan latar yang saya perlukan untuk filem saya ada di Kota Belud,” kata Maslan yang kini menetap di Pekan Koboi itu.

Tidak lengkap catatan mengenai sesebuah filem kalau tidak bercerita mengenai barisan pelakon yang membintanginya. Dan memandangkan perbualan kami tertumpu kepada sebuah produksi yang diwajibkan memasuki panggung seluruh Malaysia, penulis cukup teruja untuk mencari nama-nama besar dalam senarai pelakonnya. Namun keseronokan itu bagaikan tidak kesampaian apabila senarai nama yang diserahkan tidak membariskan nama-nama pelakon terkenal dan Maslan sendiri mengakui perkara itu. “Saya tidak nafikan, pelakon-pelakon yang saya ambil untuk filem ini semuanya anak tempatan dan muka baru. Sebahagian besar daripada mereka memang anak kelahiran Kota Belud sendiri. “Tapi saya tidak nampak perkara itu akan menjejaskan nilai komersil filem saya kerana saya sudah menilai kemampuan mereka ketika sesi uji bakat dahulu. Saya percaya dengan bakat yang mereka miliki dan kepercayaan itulah yang saya pegang ketika menawarkan watak kepada pelakon-pelakon dalam filem ini. “Sebenarnya, kita di Sabah tidak ketandusan pelakon berbakat Cuma mereka tidak berpeluang untuk mengetengahkan bakat yang ada. Anak Yang Hilang juga adalah salah satu usaha saya untuk mencungkil bakat-bakat lakonan Sabah.” Filem ini menyaksikan gandingan pelakon baru Peter Ginsu dan Masriah Kamsim sebagai pendokong watak utama. Ia turut menyaksikan komposisi pelakon daripada etnik seperti Dusun, Melayu, Iranun dan sebagainya.

Dalam filem ini, Maslan cuba mengupas sebuah kisah yang lazim dalam masyarakat. Ia memaparkan pergolakan yang berlaku dalam keluarga Saman dan Wanti apabila anak bongsu mereka, Banji (lakonan Peter) berhijrah ke Bandar dengan sokongan kewangan darpada keluarganya. Di Bandar, Banji bertemu dengan Sunita (lakonan Masriah). Konflik bermula apabila Banji mula hanyut dengan arus kehidupan kota dan tersasar daripada matlamat asalnya. Lama tinggal di bandar, Banji mula dihimpit masalah kewangan dan terpaksa merempat apabila dia dihalau oleh tuan rumah tempat dia menyewa. Kesudahan filem ini menyaksikan Banji kembali ke pangkuan keluarganya. Setelah menghabiskan harta keluarga, masihkah Banji diterima keluarganya? Persoalan ini akan terjawab apabila filem ini menemui penonton tahun depan. Melihat kepada sinopsis filem ini, ia adalah cebisan kisah masyarakat yang berlaku di sekeliling kita dan temanya pula bukan sesuatu yang segar. Namun bagi Maslan selaku penulis skrip/lakon layar filem ini, meskipun isu seperti ini sudah acapkali diketengahkan, ia masih relevan dengan kehidupan masyarakat hari ini. “Anak Yang Hilang sarat dengan mesej yang wajar kita renungkan sedalam-dalamnya terutama sekali apabila kita memikirkan mengenai kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam masyarakat hari ini. Filem ini melontarkan persoalan berhubung unsur kerohanian dalam diri kita baik sebagai anak, ibu bapa, anggota masyarakat dan sebagainya. Jika nilai-nilai kerohanian tidak hadir dalam diri kita maka kita akan sentiasa tunduk kepada tuntutan nafsu. Apabila ada di antara anak-anak kita yang tersilap langkah dan akhirnya insaf, bersediakah kita untuk menerima mereka kembali?” soalnya.

Persoalan seperti ini sering menjadi satu stigma dalam masyarakat kita dan filem ini membuka minda penonton untuk berfikir ke arah itu. Dijadual menemui peminat di Malaysia pada pertengahan tahun depan, Anak Yang Hilang khabarnya akan turut meneroka pasaran luar negara. “Mengikut perancangan, kami akan berusaha memulakan tayangan filem ini di luar negara. Itu adalah strategi kami dan saya yakin ia akan terlaksana.” Kenapa filem ini tidak menemui penonton di Malaysia terlebih dahulu? “Ini strategi kami. Memasarkan filem ini di Malaysia memerlukan kos yang tinggi kerana adanya Syarat Wajib Tayang yang diperkenalkan oleh Finas. Tayangan serentak di seluruh Negara memerlukan kami membuat beberapa salinan filem itu dan ini sudah tentu memerlukan kos yang tinggi.” Ditanya mengenai kos pembikinan filem ini, Maslan memberitahu kos keseluruhan akan mencecah angka juta. “Bagaimanapun, kos untuk penggambaran dan suntingan ialah RM120,000.” Katanya. Sebuah produksi yang jatuh dalam kategori filem Indie, Anak Yang Hilang diharap mampu menjadi pemangkin kepada industri perfileman di negeri ini setelah penghasilan telemovie tempatan tidak lagi serancak dulu.

Oleh Boyd PV & Gindanau Sakat (Hiburan Harian Ekspress)

dBOS-fm: Sekali imbas, kenyataan dari pengarah filem ini cukup “ambitious”. Kurang pasti negara luar mana yang dahulu bakal menyaksikan filem ini di panggung mereka.. Berdasarkan tahap keyakinan Encik Maslan wajarlah saya ucapkan syabas! Kepada beliau. Sayapun tidak sabar menonton filem ini, harap-harap ianya menjangkaui jangkaan yang ada dalam imaginasi saya! Sebab selama ini banyak telemovie-telemovie produksi Sabah mengecewakan dari segi kualiti juga jalan cerita. Rata-rata belum ada yang mampu menandingi drama-drama juga cerekarama yang di siarkan di stesen tv kita. Itu belum lagi dibandingkan dengan filem-filem (untuk siaran layar perak) yang dihasilkan di negara kita. Jadi saya haraplah Anak Yang Hilang bakal membuat kejutan atau boleh pecah tradisi, walaupun tajuk/tema serta penglibatan pelakon-pelakon baru dalam filem ini membuatkan saya terbayang rancangan Kisah Benar yang disiarkan di TV3.

8 Dec 2005

Where have all the talented kids gone??

Once upon a time there were six young boys named, Madlan, Mogs, Awin, Blaqe, Faridz and Lee who came from Kudat. Together they formed a group called KIDZ. This is not the bubble gum boys group, who attracted the crowds more with their looks and dance moves instead of their talents. These kids played the musical instrument…yupp…the real adult size instruments. Some businessperson in Kudat realised their extraordinary talents or probably see the dollar and cent as well, and took a bold step introducing them to record companies in KL. They managed to cut a deal with Warner Music (WEA) and along came their debut album simply entitled KIDZ. The album which comprised of ten tracks involved some prominent names in the music industry such as Ajai, Loloq, Arab, Fauzi Marzuki, just to name a few. A song composed and written by Ajai and Nurul entitled Demi Cinta eventually turned out to be the killer song of the album. It received frequent air plays over radio stations and rules the music charts on radio and TV (TV3’s Juara Lagu). The KIDZ appeared in most stage shows in Sabah, mostly at government organized events in Kudat, of course they’ve become the proud of Kudat! They were the Akademi Fantasia stars back then. Unfortunately, they are slowly fading away (or has it got to do with them who have grown up and the term Kids is no longer appropriate? Or they focus more on academic? I just hope to get the answer). Whatever it is, I wish to see they make a come back. They’re still young; if my prediction is correct they are like 18 – 20 years old this year. Their talents shouldn’t go to waste, especially the lead singer Blaqe. Although he sounds a cross between Ekamatra’s Rahmat and Alleycats voice, I still believe he has a distinctive voice. Back in June this year, I stumbled upon a group of boys at Buhavan Square Donggongon, who were shooting a video clip for their new single. One of them spotted a platinum blonde hair!! (not the albino type OK!). Once asked, they are indeed the KIDZ. That was in June, their new album should be around by now!?? Just eager to find out how Blaqe sounds nowadays. Well, if any of you miss them just take a listen to Track 33 “Demi Cinta”.

7 Dec 2005

Gracie bakal muncul dengan single pertama

Hari ini saya cedok bulat-bulat artikel siBoyd, dari ruangan hiburan Daily Express untuk dikongsi bersama dengan member-member di luar Sabah yang tertanya-tanya "Any news about Gracie? what happen to her?...I hope my votes don't go to waste!"....ahaksss!!

Gracie bakal muncul dengan single pertama

Oleh Boyd PV (Ruangan hiburan Daily Express)

Lama tidak mendengar perkembangan terbaru Gracie, artis yang dicungkil bakatnya lewat program realiti Audition 2. Seakan menyepi, tidak banyak tulisan mengenai artis yang bernaung di bawah Articulate TV (ATV) ini. Kerinduan peminat terhadapnya bagaimanapun terubat apabila Gracie muncul dalam program raya di kaca TV baru-baru ini. Hakikatnya anak kelahiran Negeri Di Bawah Bayu ini tidak duduk diam.Walaupun tidak banyak diwar-warkan, Gracie khabarnya gigih mencari ruang dan peluang untuk mengetengahkan dirinya dalam industri hiburan di Negara ini. “Saya akui buat masa ini saya ini saya belum berpeluang untuk terbabit dalam projek besar yang boleh memperkukuh nama saya dalam bidang ini. Kejayaan saya dalam Audition 2 adalah satu permulaan yang baik tetapi bukan satu jaminan. Kerana itu, saya perlu berusaha lebih gigih untuk memahat nama,” kata Gracie ketika dihubungi di Kuala Lumpur baru-baru ini. Bagaimanapun, Gracie bersyukur kerana gelaran juara pilihan juri yang diperolehinya lewat program yang disiarkan di NTV 7 itu membuka laluan untuk dia terus mengorak langkah. “Saya sebenarnya masih menunggu peluang untuk tampil dengan album penuh. Namun sementara menunggu peluang itu hadir, saya terlebih dahulu akan muncul dengan single pertama agar peminat tidak melupakan kehadiran saya. “Apapun, semuanya masih dalam perbincangan. Setakat ini, itu sahaja yang dmaklumkan kepada saya oleh peengurus projek, Kak Ramona (Rahman). Komposer juga masih belum diputuskan tetapi dalam senarai kami ialah Hattan dan Loloq,” katanya yang berharap untuk menyempurnakan rakaman single itu dalam masa terdekat ini. Umum mengetahui Gracie bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian tetapi juga lakonan. Untuk mengembangkan bakat lakonannya, Gracie khabarnya akan melakukan screen test untuk drama 13 episod yang bakal ditayangkan di RTM.” Saya suka kalau dapat berlakon dalam drama itu kerana penggambarannya akan turut dibuat di Kota Kinabalu. Saya tak kisah membawa peranan pelakon pembantu sekalipun kerana sebagai pendatang baru, saya kena bermula dari bawah dan tidak boleh terlalu memilih. Persaingan dalam bidang ini begitu sengit,” Jelas Gracie yang turut dilamar produksi teater Puteri Guning Ledang (PGL) yang akan dipentaskan di Istana Budaya tahun depan. “Kalau semuanya berjalan lancar dan selari dengan jadual seni saya, sudah tentu saya tidak akan menolak kerana terbabit dalam projrk besar seperti pementasan teater PGL tentu satu pengalaman yang menyeronokkan. Apa lagi ia satu peluang untuk saya bekerjasama dengan nama-nama besar. “Masalahnya, sekarang ini saya perlu menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga kepada projek single saya. Tapi kalau jadual latihan PGL tidak bercanggah dengan jadual rakaman, saya akan melibatkan diri dalam pementasan teater PGL. Dalam hal ini, saya perlu berhati-hati mengatur jadual kerana tidak mahu nanti yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran. “Apapun saya dan Kak Ramona akan ke Istana Budaya Ahad ini untuk berbincang lebih lanjut dengan mereka mengenai pembabitan saya dalam teater PGL,”kata Gracie yang turut sibuk dengan tugas sambilannya di sebuah firma broker insurans di Ibu Negara. Sebagaimana ketika Hari Raya dulu, Gracie sekali lagi akan muncul di kaca tv untuk sebuah program sempena Krismas 25 Disember ini. “Pembabitan saya dalam program RTM itu sudahpun disahkan dan sekarang in saya sibuk dengan latihan untuk rakaman vokal yang akan dibuat pada 10hb ini. Saya gembira untuk terbabit dalam program itu yang akan turut menampilkan juara Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor,” kata Gracie yang akan kembali ke Sabah Krismas ini untuk bersama keluarganya.

P/s: Untuk Track hari ini nikmatilah "Cinta Jarak Jauh" (Track 32) oleh Masitah Muntir peserta akhir Idola Sabah dari Tawau...lagu ini menjadi pilihan terbaik kedua dBOS-fm....ENJOY!!

6 Dec 2005

Sunudai Oku...dicantikkan dengan iringan Orkestra

Semasa menghayati kesemua lagu dalam album pertama Nikki Palikat saya sangat tertarik dengan lagu pada trek ke 11, sebuah lagu Dusun berjudul "Sunudai Oku" ciptaan pak ciknya Jimmy Palikat dan lirik oleh Florentia. lalu sayapun ulang berkali-kali lagu ini. Sekali dengar memang tidak banyak perbezaan antara lagu ini dengan lagu-lagu sentimental Dusun yang lain. Tapi bagi saya yang menaikkan sedikit lagu ini pada kelasnya yang tersendiri ialah gubahan muziknya yang menggunakan iringan full scale orkestra simfoni, mengingatkan saya kepada lagu-lagu Inggeris seperti My Way, Unchained Melody dan yang peling dekat barangkali ialah konsep lagu2 sentimental kumpulan The Air Supply dan juga petikan piano ala Nora Jones. Kualiti adunan bunyipun hampir-hampir menyamai kualiti rakaman untuk lagu-lagu Inggeris nyanyian penyanyi2 barat. Iringan penyanyi latar yang sayup-sayup kedengaran (well mixed and well balanced) mencantikkan lagi lagu ini. Kadang-kadang terbayang juga lagu ini dipersembahkan dengan iringan full scale symphony orchestra di Ceasers Palace Las Vegas, Monte Carlo atau Royal Albert Hall....ahakss (talking about wild imaginaton!!)

Mungkin pencipta2 lagu tempatan boleh mengambil sedikit pembelajaran dari lagu ini terutama dari segi susunan muziknya. Sebab pada saya banyak lagu2 sentimental Dusun yang berpotensi digubah sedemikian rupa, tapi kebanyakannya hanya digubah menggunakan konsep iringan 4-piece band. Kalau adapun yang cuba menggunakan gubahan konsep orkestra, bunyi synthesizer yang digunakan untuk mengubah muzik amat ketara kedengaran. Tapi saya tidak nafikan masalah utama, tak lain tak bukan ialah "budget" yang kecil!. Namun begitu di Sabah sendiri terdapat beberapa buah orkestra seperti yang ditubuhkan oleh DBKK, philharmonic dan juga orkestra milik UMS. Mungkin kalau rundingan dilakukan dengan mana-mana orkestra ini saya rasa tidak menjadi masalah besar. Apa kata diadakan satu persembahan pentas khas lagu2 KDM dengan menjemput kumpulan simfoni orkestra sebagai pengiring persembahan! Mungkin boleh diadakan sempena bulan Pesta Kaamatan tahun depan!



p/s: Lagu ini sesuai digunakan untuk tarian irama ballad berpasangan di arena ballroom..:))

5 Dec 2005

Bintang-Bintang AF3 Menyerikan Majlis Makan Malam Amal

Satu majlis makan malam amal bertujuan untuk mengumpul dana bagi membaiki bangunan fizikal sekolah serta menampung perbelanjaan Ko-Kurikulum Sekolah Kebangsaan St. Paul Kolopis Penampang Sabah, telah diadakan di Pusat Kebudayaan Penampang pada 3 Disember 2005. Antara artis-artis yang terlibat dalam majlis tersebut ialah Felix, Marsha, Atama dan juga tidak ketinggalan penyanyi evergreen Sabah, Peter Dicky Lee. Acara pentas dimulakan dengan persembahan tarian-tarian tradisional dari sekumpulan pelajar. Penyanyi evergreen Peter Dicky Lee kemudian menghiburkan hadirin dengan sebuah lagu lama Inggeris "Fall In Love" dan juga lagu hits Kadazan beliau "Iziau, Iziau, Iziau". Pengalaman sebagai penghibur amat terserlah bukan sahaja dari gaya persembahan dan vokal beliau yang memang bertenaga tapi juga dari cara penampilan pakaian beliau yang mengenakan jaket suit ala penari ballroom. Penghibur Hip Hop tempatan Atama muncul di pentas menyampaikan tiga buah lagu antaranya Can't Stop the Sumazau dan Throw Your Hands in The Air. Berpakaian agak simple, kemeja T putih dan jeans sesuai dengan konsep genre beliau sebagai penyanyi rap/hip hop. Kemunculan bintang-bintang AF3 Sabah mungkin dinanti-nanti oleh hadirin ini jelas apabila tepukan gemuruh diberikan kepada Marsha sejurus beliau muncul di pentas. Mengenakan baju berwarna biru yang dipadankan dengan seluar putih (untuk sesi pertama), Marsha mendendangkan 2 lagu solo Bossanova dan Jambatan Tamparuli sebelum memanggil "dalingnya", Felix untuk berduet dalam lagu Hati Ini Telah Dilukai. Marsha sempat pula menarik ke pentas dua pasangan untuk menari bersama-samanya semasa mendendangkan lagu Jambatan Tamparuli. Felix menguasai pentas seterusnya, Mengenakan jaket labuh dan seluar berwarna gelap, beliau memulakan persembahan dengan lagu Warkah Berlagu Pilu (akhirnya terdengar jugalah saya beliau menyanyi lagu ini di depan mata..hehe) keupayaan beliau mengawal suara dengan baik berjaya menutup sedikit kecacatan dalam mendendangkan lagu ini. Lagu seterusnya yang beliau dendangkan ialah sebuah lagu yang popular di sekitar awal 80 an nyanyian Flybaits (penyanyi utama Fredo) "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta" sebelum mengakhiri sesi pertama beliau (boleh tahan juga dia nyanyi lagu ini). Marsha muncul untuk sesi keduanya dengan mengenakan pakaian evening dress hitam bersekuin, cun habis! Beliau memulakan sesi kedua dengan lagu Inggeris "Imagine Me Without You" sebelum mendendangkan lagu berhantu "Untuk Terakhir Kali". Sistem bunyi yang tak begitu standard menyukarkan Marsha (dan juga Felix) mengejar tempo lagu mereka tapi tidaklah ketara sangat. Felix kemudiannya memenuhi sesi kedua beliau dengan lagu popular Dusunnya "Nokosuwai Ginawo Ku" yang disampaikan dengan iringan live band.
Secara keseluruhannya jika dibandingkan dengan konsert-konsert terdahulu yang melibatkan bintang2 AF nyata konsert kali ini agak muram sedikit. Penonton dalam anggaran 1000 orang seperti malas bertepuk tangan. Mungkin konsep, sambil menonton sambil makan, menyebabkan sebilangan besar penonton tak sempat tepuk tangan, maklumlah makanan yang lazat2 terhidang di meja. Walau apapun majlis yang diacarakan oleh pengacara Otto, tetap dianggap meriah.






2 Dec 2005

Pre-Listening To Nikki's Album

I've pre-listened to Nikki's Maharani album at nikkimusic. Wow! memang kelas! terutama bagi mereka yang meminati irama black music. Suara memang lantang dan tersendiri...ada bunyi suara Adibah Noor, Anita Sarawak, Mariah Carey...dan sedikit2 lenggok Beyonce Knowles. Betul jugalah pendapat para pengulas, sebutan Nikki memang kelas lima bintang, tiada pelat2 Inggeris, walaupun orangnya speaking habis! Tidak ketinggalan juga sebuah lagu Dusun "Sunudai Oku" ciptaan...ehemm...siapa lagi kalau bukan abangnya Jimmy Palikat.

1 Dec 2005

Felix....Another Great Song!

Tidak hairanlah bila ada permintaan untuk lagu Felix ini dimainkann di sini. Lagu tersebut memang menarik. Saya suka susunan musiknya yang ringkas tapi ada ciri-ciri universal (Felix Universe! Hehe) tanpa bunyi dentuman dram, hanya iringan keyboard dan petikan gitar. Irama dan musiknya yang sentimental melayangkan imaginasi kita ke suasana pub/lounge yang hanya dipancari kerlipan disco ball di mana lagu ini sedang dipersembahkan, dan dalam samar-samar kelihatan beberapa pasangan sedang menari irama slow dance..….Waaachoiii!!.....before you go any further….check out the song on Track 28…enjoy!!

30 Nov 2005

Idola Sabah....Harapan Seterusnya??


Mungkin inilah projek pencarian bakat yang terbesar di Negeri Sabah, selain daripada usaha yang pernah dilakukan oleh RTM Sabah dalam program-programnya. Usaha yang dilakukan oleh Penampang Studio (yang diterajui oleh Tony Francis Gitom, pengarah dan penerbit filem) dalam mencari seramai mungkin bakat-bakat baru di Negeri Di Bawah Bayu sememangnya harus diberi pujian. Program ini bukan sahaja mengenengahkan bakat-bakat dalam bidang seni suara tapi secara serentak melibatkan juga pencarian bakat-bakat baru dalam bidang penciptaan lagu serta penulisan lirik. Ini bermakna lagu-lagu ciptaan serta lirik terbaik yang terpilih bakal dinyanyikan sendiri oleh finalis Idola Sabah. Walaupun kedengaran juga suara-suara sumbang yang mengkritik proses perlaksanaan program ini namun yang pasti segalanya telah berjalan lancar dan kalau mengikut mukadimah yang diberikan oleh peneraju program pada label kaset Idola Sabah nampaknya beliau berpuashati dan mungkin juga objektif program ini telah tercapai dengan jayanya.

Dari dua persembahan pentas oleh artis-artis IS yang sempat saya saksikan, nyata sekali mereka yang terpilih cukup berbakat besar. Mutu suara penyanyi terutamanya penyanyi wanita agak memberangsangkan. Apa yang saya faham hanya finalis sahaja berpeluang terlibat dalam persembahan pentas dan juga rakaman album. Bercakap tentang album saya sempat mendengar sepuluh lagu yang dirakamkan dalam album Idola Sabah Sehati Sejiwa Waris Sabah (Bahagian 1). Lagu-lagu yang dipersembahkan kesemuanya hasil ciptaan peserta mencipta lagu dan menulis lirik dalam program tersebut. Dalam menghayati kesemua lagu-lagu tersebut nampak gaya tidak semua lagu-lagu yang terpilih mencapai tahap kualiti yang boleh dibanggakan. Di samping itu pembikinan albumpun kata orang ala kadar sahaja. Walaupun ada seorang dua penyanyi yang kedengaran agak sukar menghayati lagu yang dipersembahkan (mungkin lagu kurang sesuai dengan jiwa mereka) namun secara keseluruhan kualiti vokal penyanyi layak diberi pujian. Lagu-lagu yang menjadi pilihan dBOS-fm menurut turutan dari yang paling disukai sehingga yang kurang disukai adalah seperti senarai berikut

1. Mungkin (Artis: Bidah Malanjang - Kota Marudu/Komposer: Lydia Dulima)
2. Cinta Jarak Jauh (Artis: Masitah Muntir -Tawau/Komposer: Noemy Eldo Michael)
3. Hilang (Artis: Nordawati Daud -Sandakan/Komposer:Khairul, Maskor, Sarah Iman)
4. Bohong (Artis:Ednestha Francis -Tuaran/Komposer: Alex Boyd Alam)
5. Hilang Tak Bertanda (Artis: Nainah Nasip-Sandakan/Komposer: Yuan Eddie Misban)
6. Sunudai Oku Koupusan (Artis: Wilton Hamdih Gudil-Kota Belud/Komposer: Andrew Poninting)
7. Mimpi Indah (Artis: Carrey Chrystoph Oliver-Tambunan/Komposer: Andrew Poninting)
8. Koupusan Ku Iziau (Artis: Stefhannie Robert-Tawau/Komposer: Noemy Eldo Michael)
9. Kau Tetap Di Hatiku (Artis: Ruthnetta Romedius-Tuaran/Komposer: Khairul, Maskor)

Satu lagi lagu bertajuk Idola Sabah merupakan lagu nyanyian beramai-ramai ala-ala lagu AF Menuju Puncak.

Bermain jugalah persoalan di fikiran saya, ke manakah artis-artis Idola Sabah ini seterusnya? Adakah mereka telah mencapai impian setakat ini atau hanya mengambil peluang menimba seberapa banyak pengalaman sebelum menyertai Akademi Fantasia? Tunggu dan lihat sajalah. Saya hanya memilih tiga lagu teratas dalam senarai untuk dimuatkan di radioblog ini. Walau bagaimanapun untuk hari ini hanya lagu Mungkin yang sempat di upload. Dua lagi lagu masih dalam proses digitizing. Enjoy the song on Track 27….check it out!

29 Nov 2005

"A" Rating for Nikki's Maharani??

Well that's what every review of Nikki's debut album agreed. The album was launched yesterday but probably will reach Sabah next year!. In case you're asking which Nikki, I'm talking about Nikki N. Palikat one of the ex-Malaysian Idol 1 top 12 from Sabah. The other one is Rydee. Well Nikki is considered one of the low profile ex-MI1. When five of the top seven recently reported to sign up a record deal, there was no mentioned at all about Nikki (If i'm not mistaken Nikki was the 6th contestant voted out, means she's in top six!). Perhaps when the event took place she was somewhere out there struggling to decide whether to continue her study or to become a recording artist. Well it is obvious now she opts for the latter (err...no comment!). The good news is she's not in the same bunch as the rest and selectively picked by Ning's Associates to be the first artist under it's management! Gee...there must be really something about her that attracted Ning Baizura. Cos to me if there were a newcomer to be the first artist under Ning's Associates management she's got to be Yani another Sabahan who was a protege to Ning in "Mentor" (or perhaps Ning reserve her to be the next one). Well back to the album if what's said by the album reviewers make sense there should be no reason for the album sale. What is more intereting, reviewers also give thumbs up to Nikki's Dusun song and even said that her pronunciation is superb! Well all I can say is BRAVO!! to the two Ns, Nikki and Ning...and can't wait to get a copy of the album.

Some info about Nikki
*Born in Michigan USA...err...looks like Marsha is not the only one
*Ex-student of St. Francis Convent
*Studied at UMS matriculation in Labuan (befote decided to become a recording artist)
*Father is from Tambunan
*Younger sister to Jimmy Palikat (one of the well known local singer from Tambunan)

P/s: I'm just wondering what happen to the other Sabahan ladies...Gracie and Faezahwati (1st
and 2ndrunner up respectively of NTV7's reality show Audition 2)

28 Nov 2005

MASCULINE Tetap Gah...walaupun penonton sedikit!

The stage and the free standing crowd!

Secara peribadi inilah konsert yang ditunggu-tunggu. Penampilan penghibur-penghibur gergasi seperti Search, KRU, Adam, Wings, XPDC dan Atama sepatutnya mampu untuk menjadikan Stadium Likas sesak dan padat dengan penonton. Mungkin ini jugalah yang dibayangkan oleh penganjur konsert tersebut MillenTrack Sdn Bhd. Namun hakikatnya keadaan yang sebalik pula terjadi, jumlah kehadiran penonton amat mengecewa dan menyedihkan. Tidak sampai sepertiga memenuhi ruang berdiri bebas di padang yang disedia khas untuk pembeli tiket berharga RM 40 dan tidak sampai separuh “grand stand” Stadium Likas yang dikhaskan untuk ruang tiket RM 20. Dari anggaran kasar saya jumlah penonton yang hadir tidaklah melebihi seribu orang. Tidak tahu mana silapnya. Mungkinkah kurang atau terlalu lambat publisiti dilakukan untuk konsert ini. Saya mengetahui konsert inipun secara tak sengaja dari papan iklan di Centre Point lebih kurang seminggu dari tarikh konsert. Iklan promosi konsert hanya terpapar di dada akhbar Daily Express pada 24, 25 dan 26 Nov iaitu dua hari sebelum konsert berlangsung! (seolah-olah dilakukan last minute!).

Namun begitu kekurangan penonton tidak sedikitpun melemahkan konsert ini. Persembahan dirasmikan dengan Lagu Negaraku….semua penonton diarah berdiri (hmmm…tak perlulah diarah). Tetapi bukan saja berdiri malah penonton siap menyanyi lagi! Konsert kemudiannya dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Atama yang penuh bertenaga menyampaikan empat buah lagu dari Album sulung beliau teramasuklah “Can’t Stop The Sumazau” dan “Taragang Rasuk”. Walaupun kebanyakan penonton terdiri daripada mat-mat rock namun sorakan tetap gemuruh untuk Atama dan penonton tetap “sporting” memberi tindakbalas setiap kali diminta Atama. Inilah kali pertama saya menyaksikan Atama membuat satu persembahan yang cukup “grand” lengkap diiringi dengan dancers yang agak ramai termasuklah sekumpulan male dancers yang memakai pakaian tradisi suku kaum Murut. Adik perempuan beliau Amber Rose juga muncul menyanyi di pentas ketika lagu Ika No Butia didendangkan. Hanya menerusi persembahan Atama sahajalah penonton berpeluang menyaksikan kemunculan wanita di pentas seperti Amber Rose dan female dancers yang lain (mungkin ini jugalah sebab konsert ini gagal menarik perhatian ramai…kalau undang Ella sekali kan best!).

Kumpulan KRU dan Adam menyusul kemudian menyampaikan enam buah lagu termasuk lagu hits mereka “Terhangat di Pasaran”, “Tak Tahu” (Adam) dan sebuah lagu Inggeris dari Maroon Five “This Love” (berhempas pulas jugalah Yusry nanyi lagu ini kedengaran jugalah sumbangnya sikit2). Yang pasti suara Adam agak tenggelam dek suara abang2nya.…hmmm! Norman juga sempat berseloroh perihal jumlah penonton yang begitu sedikit. Ada pula tu Norman memberi idea kepada penganjur supaya membenarkan penonton2 di grand stand supaya turun bersama-sama ke padang depan pentas. Mungkin ini disebabkan penonton di grand stand lebih hyperactive dan lebih happening daripada yg berada di depan pentas! Tapi idea KRU itu tidak diendahkan. Sejurus selepas KRU memberikan idea tersebut, hujanpun mula turun lalu keadaan sebaliknya pula berlaku penonton depan pentas bertempiaran lari ke grand stand....hehe!. Disambut dengan sorakan dan menjadi sebahagian daripada persembahan pada malam itu.

Walaupun hujan, persembahan tetap diteruskan dengan penampilan kumpulan XPDC. Riuh habislah stadium apabila pengacara misteri (hanya suara yang kedengaran) mengumumkan nama XPDC. Penyanyi utama Ali, sempat pula memberi cadangan supaya floodlight stadium dipadamkan, sebab menurutnya suasana terang benderang tak sesuai dengan konsep rock (lampu limpah tersebut sebenarnya ada dipadamkan sebentar ketika KRU membuat persembahan tapi dihidupkan semula mungkin atas sebab2 keselamatan) sekali lagi cadangan XPDC tidak diendahkan oleh pihak penganjur! Stadium menjadi riuh gamat bukan disebabkan oleh persembahan XPDC tetapi kemunculan “the head bangers” yang agak ramai juga memenuhi ruang khas VIP (dikosongkan semasa konsert) sambil mengangguk-anggukkan kepala mereka mengikut irama heavy metal XPDC! Dahsyat..macam kerasukan! Mungkin risau keadaan bakal tak terkawal jika dibiarkan, pasukan keselamatanpun lalu mengarahkan headbangers ni balik ke tempat duduk masing2 dan dipatuhi dengan sopan sekali tiadalah kecoh-kecoh. Sebanyak tujuh buah lagu dipersembahkan oleh XPDC termasuklah Hidup Bersama, Apa Nak Di Kata dan Semangat Yang Hilang.

Head bangers yg kerasukan!..hehe

Kumpulan Wings pula muncul seterusnya degan penyanyi utama mereka yang masculine…Awie. Awie sempat juga berseloroh berhubung denga kerugian yang bakal ditanggung oleh penganjur gara2 jumlah penonton yang kecil, “saya tahu sebab sayapun orang bisnes” kata Awie…yer ler tu businessman saja yang tahu! Antara lima lagu2 yang dipersembahkan termasuklah Jaket Biru dan Sejati.

Kemunculan Search memang dinanti-nantikan. Tapi nampak gaya keriuhan penonton hanyalah ketika Search muncul di pentas, lepas tu semasa Amy mula menyanyi penonton2 seakan-akan sepi jika dibandingkan dengan persembahan2 rockers sebelumnya mungkin penonton keletihan atau terpukau, entahlah. Yang pasti Amy kurang bercakap atau berinteraksi dengan penonton. Mungkin juga diarah berbuat demikian, supaya tidak melengah-lengahkan masa, memandangkan malam semakin lewat (Search hanya mendendangkan empat buah lagu termasuk Pelesit Kota, Bisa dan Mentari Merah Di Ufuk Timur)

Secara keseluruhan persembahan-persembahan artis memang MASCULINE habis! Tapi sayang begitu sedikit penonton! Namun begitu walaupun jumlah penonton kecil stadium tetap gamat dan riuh manakan tidak yang hadir kebanyakannya mat-mat rock yang memang gemar menjerit, tak suka duduk diam dan begitu responsive. Berbeza dengan beberapa konsert yang saya hadiri sebelum ini, walaupun full house tapi suasana agak sunyi sepi dengan hanya sedikit tepuk tangan penonton sehingga sering kedengaran permintaan juruacara “tepuklah”! Tetapi tidak pada konsert Masculine. Yang menarik juga malam itu laungan “Aramaiti”! begitu sinonim dengan semua artis. Malah rockers seperti Ali, Awie dan Amy begitu ngam dan sesuai sekali melaungkan “Aramaiti”! dengan nada dan suara garau rock mereka! Oh ya…system bunyi dari Prosoundpun cukup kelas!!

24 Nov 2005

Two Three The Cat Is Running...Lagu Inggeris Ampal

Sebut saja nama "comedy man" Abu Bakar Ellah (ABE), saya rasa hampir semua orang mengenali beliau bukan saja di negeri Sabah malah juga di seluruh Malaysia. Beliau yang juga biasa dikenali sebagai Ampal, gara-gara watak yang dibawa beliau dalam telemovie "Orang Kita", pernah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan Sinaran anjuran TV3 sedikit masa dulu. Pernah juga saya terserempak dengan beliau ni beberapa kali di KK tapi segan pula hendak tegur sebab dia ni kadang-kadang nampak serius! Lalu saya teringat pengakuan Harith Iskandar selebriti yang terkenal sebagai pelawak ketika diajukan soalan perwatakan sebenar beliau yang agak bertentangan dengan karakter beliau samada di pentas atau filem ....jawab Harith... "I'm actually a serious person, being funny is just my job!" (oh macam tu pula). Lepas tu bila nampak dia berlawak sayapun susah mau ketawa

Anyway...kepada mereka yang ada mengikuti carta Sabah Urban English Chart di radio Ahad lepas mungkin telah terdengar lagu Inggeris ABE yang tersenarai masuk carta dan berada di tangga ke 8. Secara peribadai inilah kali pertama saya mendengar ABE mendendangkan lagu Inggeris. Lagu beliau "Orang Kita" dan "Menggatal Telipok" kekal tersenarai dalam lagu-lagu lagu kegemaran saya. Berbalik kepada lagu Inggeris ABE, kalau anda nak tahu. beginilah liriknya (dicedok dari album beliau

Joget Pantun Inggeris (Lagu/Lirik Abu Bakar Ellah)

Hey...hey...hey together, together...
together together we dance to the song x2

Two three the cat is running
is not the same as the yellow one
Two three that I can find
Is not the same as you the one

Smoking cigar chinese tobacco
The smoke come out with flower flower
I would like get to know you
Are you now having an owner

The sun don't come out early the morning
If it is not because of the shining star
If it is not because of you wanting
I would not be standing here

Golden banana I bring to the sea
One is cook in the wooden box
I can pay the gold you give me
But bring the good in the coffin box...

kakakaka!....mcm tulah lirik dia, memang funny, sebutan Inggeris ABEpun boleh tahan, berhati-hati betul dia sebut. Perkataan "together", dia sebut betul2 part "th'' tu...bukan mcm P.Ramlee atau Anita Sarawak dalam lagu "Dengar Ini Cerita" durang sebut "they" jadi "dei"....si Marsha pula dalam lagu "Underneath Pokok Kelapa"...."cause there's no other boy but this one" jadi "kos dey no ader boi but dis wan!"....tapi bagi sayalah kalau lagu tu memang bertema humor sebutan mcm P.Ramlee, Anita Sarawak atau Marsha tidak salah malah lebih menyerlahkan unsur2 lucu dalam lagu tersebut....hmmm...tapi lain org lain style dialah kan!! Mungkin juga ABE mau nyanyi ni lagu kepada pelancong2 asing...takut pula nanti durang nda faham! Selain daripada tu ada banyak lagi lagu2 yang lucu2 dalam album ABE macam lagu "Harimau"...dimulai dengan lirik "matilah hari-hari mau..."..hehehe...Ampal!..Ampal!....dahsyat!

It's on Track 25....check it out!!

22 Nov 2005

Konsert!...Konsert!..konsert!

1. Konsert Mega Maskulin

Saya pun kurang pasti kenapa dinamakan Maskulin..mungkin orang yang tegap2 ja dibenarkan masuk!..hehe!

Tarikh: 26 November (Sabtu Ini)
Tempat: Stadium Likas
Masa: 8:00 pm
Artis: Adam Af2, KRU, Atama, XPDC, Search
Tiket: RM 20, RM 40
Vendor: Prosound Asia City

2. Konsert Amal Mengumpul Dana Sekolah St. Paul Kolopis

Tarikh: 3 Dis
Tempat: Pusat Kebudayaan Penampang
Jam : 7:00 mlm
Artis: Marsha, Felix dan Atama
Tiket: RM 15 dan RM 100 boleh di dapati di Pejabat Am2, Supermarket Chua Kah Seng dan SK St. Paul
Keterangan Lanjut:
016-8411757 (Mr. Ronald)
016-8493248. 012-8267741, 019-5314925, 019-8622491, 019-8027199

3. Malam Amal Bersama Duta Perpaduan Anjuran Jabatan Perpaduan Negara

Artis: Felix, Marsha, Yazer dan Ekin
Tempat: KDCA
Masa: 7 pm
Tarikh: 13 Dis

Tiket: RM 20
Keterangan lanjut:
012-8698993 (Mr. Honorius)
019-8127565 (Winnie)

4. Konsert Krismas Bersama Marsha & Felix

Tarikh: 24 Dis
Jam: 7:30 pm
Tempat: KDCA
Artis: Marsha dan Felix
Organizer: MB Venture
Ticket : RM 30


17 Nov 2005

The Roots Tangle With Controversy....???


Well…I've been waiting for ATAMA's My Tribal Roots to conquer radio stations all over the nations but it looks like something is blocking its way. Watching Atama making appearances here and there I never thought something is going wrong until an article appears on paper recently reporting a dispute between him and the party who claims ownership of John Gaisah’s songs. I guess this is probably one reason why I still haven't heard songs from this album played over XFresh.FM (Atama once mentioned that fans will soon be able to listen My Tribal Roots over the made-for-teen radio station). I don't feel like debating whose right and whose wrong but just feel bad that this thing happens cos it really hinders the promotional effort of ATAMA’s brilliant debut album. I hope both parties can reach a solution as soon as possible and really wish My Tribal Roots to penetrate Malaysian market to be enjoyed by all Malaysians. I wanted to play my favourite “Taragang Rasuk” here over my own FM.… tapi nanti aku pula yang kena saman…ahakss!! Anyway for those who haven't got the opportunity listening to ATAMA’s song I choosed the track called “Can’t Stop the Sumazau” (Track 6) for your listening pleasure. It's a fun catchy tune with his father's voice ( Ambrose Mudi) singing the part “just raise your hands…fling your feet we’ll show you how…”. If u listen to the lyrics carefully it's actually a soft bullet shooting at the other party! And talking abt the lyrics...errrr...I guess it's the first time I hear such words like "ass" and motherf..*toot* included in a locally made lyrics....made in Sabah pula tu..!!...yaaaa...ampun!). Anyway if you want to know more about Atama and his brilliant album! just click here....

15 Nov 2005

Clarice - Adaa.


This is another one of my favourite Dusun songs performed by the pretty Clarice John Matha. The backup harmony is superb, brilliant and excellent (sometimes I feel as if the recording is made with the help of vocal machine). Having that in mind I'm dying to see this song performed live (unplugged) together with the backup vocalists on stage. Click Track 16 for "Adaa" which means "Don't"......sit back, relax and enjoy!!

14 Nov 2005

Felix AF3 Dengan Lagu Dusunnya...

Memang pernah hangat diperkatakan sepanjang berlangsungnya Akademi Fantasia Musim 3 berhubung pembabitan Felix merakamkan suara dalam sebuah album sebelum memasuki program realiti ini. Banyaklah suara-suara sumbang dari pihak yang suka mengutuk beliau (terutama di saluran Astro @ 15) menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana seorang yang telah dianggap sebagai artis professional bertanding dengan peserta amatur. Bagi saya kes Felix ini samalah dengan kes Jaclyn Victor yang juga pernah merakamkan sebuah album sebelum menyertai program realiti Malaysian Idol. Malah Jaclyn bolehlah dianggap sebagai penyanyi profesional kerana profesion beliau sebelum menyertai MI memang sebagai seorang penyanyi pub (sepenuh masa) berlainan dengan Felix yang hanya berkecimpung separuh masa. Namun begitu pembabitan mereka dalam program realiti yang disertai tidaklah melanggar mana-mana syarat disebabkan mereka tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman. Yang menariknya lagu Felix yang berjuduk "Nokosuwai Ginawo Ku" terus melonjak di carta hits lagu-lagu Dusun yang disiarkan di Saluran Sabah VFM sedangkan lagu tersebut sebelum ini hampir tidak mendapat perhatian. Begitulah hebatnya penangan AF3 dalam mempopularkan pesertanya. Just click Track 15 for Felix's song...sorry the quality isn't that good...kalau nak kualiti yang bagus...cari saja kaset ini di kedai2 kaset atau tamu. Harga tak mahal RM 14.50 sahaja. Malangnya hanya boleh didapati dalam bentuk kaset....

11 Nov 2005

The Soulful Jestie Alexius

Selama ini saya berpendapat penyanyi2 lelaki tempatan Sabah yang mendendangkan lagu Dusun kebanyakannya mempunyai gaya persembahan atau lontaran suara yang seakan-akan stereotype (walaupun 'tone" suara tidaklah semuanya sama). Rata-rata menggayakan suara ala-ala Tom Jones atau Engelbert Humperdink. Lagu-lagu yang didendangkan pula seakan-akan serupa dan sesuai dinyanyikan oleh mana-mana penyanyi. Kadang-kadang dalam hati pernah juga saya berkata..."kalau macam ni bagus saya dengar John Gaisah saja". Namun kehadiran penyanyi Jestie Alexius sedikit sebanyak memberikan sedikit kelainan dalam corak persembahan lagu-lagu Dusun. Pertama kali mendengar lagu "berhantu" beliau "Kosorou Kopo Nangku Doho" saya cukup terpegun. Alunan suara beliau begitu mengasyikkan. Beliau menampilkan satu "vocal delivery" yang agak berbeza dengan penyanyi2 lain sebelum ini. Persembahan vokal yang penuh emosi dan penjiwaan (sehingga ada bahagian yang seakan-akan "berbisik") lazimnya hanya sering kedengaran pada lagu2 yang dinyanyikan oleh penyanyi2 Latin....seperti Enrique Iglasius, Mark Anthony, Ricky Martin etc dan memang jarang dihidangkan dalam lagu2 Dusun. Gaya persembahan beliau yang agak berbeza samada dari segi persembahan vokal juga gubahan lagu berjaya membawa beliau lari dari kelompok stereotype. Tidak hairan lagu ini bukan sahaja mendapat tempat di hati penggemar lagu2 Dusun dari kalangan masyarakat Dusun sendiri malah berjaya juga menarik penggemar2 musik dari kaum2 yang lain. Saya amat terkejut apabila mendapati lagu ini tersenarai dalam koleksi lagu2 favourite my non-Dusun friend yang selama ini jarang mendengar dan ambil perhatian kepada lagu2 dalam Bahasa Dusun. Bila saya tanya kenapa? Jawapan beliau...melodi dan nyanyian lagu ini cukup romantik!! Itu belum lagi dapat terjemahan...sekali faham maksud lagu ni lagi2lah minat...sampai hafal!! hehehe...just click Track 12 for the song that I've been talking about...this is the acapella version...the original version actually is performed in slow rock....ENJOY!!

10 Nov 2005

Linda oh Linda! Songian do muli kampung??


Fuhh!!...hari demi hari saya menantikan kemunculan album Linda d KK...lambat betul...padahal masa penerbanagan KL - KK 2 jam saja...bagi saja pekerja2 kapal terbang tu bawa...suruh dorang pass kat mana2 kedai musik d kk ni...habis cerita! Tapi berkat kesabaran akhirnya dapat juga (yang lucunya I ended up having three CDs...hehe...friends in KL hantar 2 CD xtra!!). My first thought...why only 8 tracks??!! Tapi bila tengok wajah Linda d cover tu...sedikit sebanyak hilang juga kekecewaan. Tak tahu saya...apa kena Linda kali ni...CANTEEK sangat! (eh sebelum ni bukannya tak cantik tapi pose dlm album ni ada xtra cantik sikit)...mungkinkah effect contact lense warna light brown tu?...rambut?..make up??..in fact ke tujuh-tujuh pose Linda dalam CD tu semuanya photogenic habis...cun melecun! (2 thumbs up to the ppl behind her image). Ok back to the 8 tracks....u guys dah dengar...AKU CINTA KAMU dan DI SINI MALAM INI. Bila mendengar 6 lagu yang lain...banyak kelebihan dan kekuatan lagu2 ni dari dua single Linda tadi...MULI KAMPUNG...ciptaan ATAMA (Sabah famous hip hop performer...listen to his own single on Track 6)...tak ku sangka berentak so jazzy with Linda featuring the jazzy side of her!! (tapi risau pula kalau2 lagu ni bakal diheret ke kancah kontraversi gara2 penampilan tune ciptaan the late John Gaisah...cos currently the party who claimed to be the copyright owner of John Gaisah's materials is still in dispute with Atama over some of Atama's song that "hooklink" Gaisah's singing...*sigh*). Linda also reveal her song writing talent in this album (tak taulah kalau Maestro nak jimat belanja...dah lah bagi 8 tracks ja)...anyway...ciptaan beliau tak mengecewakan...lagu KAU PERGI SAJA...mengingatkan saya pada lagu KAU ILHAMKU nyanyian Man Bai yang d cipta oleh Asmin Mudin (salah seorang pencipta terkenal Sabah yang banyak mencipta lagu utk Ziana Zain). Lagu ni menampilkan petikan gitar solo...secara keseluruhannya album Linda memang tak mengecewakan ke lapan-lapan track semuanya hebat...Kualiti begitu mengatasi kuantiti. So for your listening pleasure I choose 2 tracks...KAU PERGI SAJA (Track 13) dan MULI KAMPUNG (Track 14)

9 Nov 2005

Oh Adam!...Rangkap Ke Dua!...Rangkap Ke Dua!


Begitulah lebih kurang rangkap yang terdapat dalam single Adam Tak Tahu. Tak payahlah saya perkenalkan siapa Adam, sebab ramai yang sudah mengenali jejaka dari Inanam Sabah ini melalui program reality TV Akademi Fantasia Musim 2. Mujur jugalah dalam AF musim 2 sedikit penekanan diberikan terhadap kebolehan menari peserta uji bakat, kalau tidak besar kemungkinan Adam tidak terpilih sekiranya criteria ujibakat adalah berasaskan kekuatan suara semata-mata. Tak silap saya salah seorang pengadil yang menguji bakat Adam masa tu ialah koreografer yang tak asing lagi iaitu Cory (seterusnya menjadi koreografer bersama dengan Linda Jasmine untuk musim kedua AF). Walau bagaimanapun sepanjang AF 2 berlangsung Adam begitu banyak menunjukan peningkatan. Sesuatu yang menarik tentang Adam (selain daripada bakat menari beliau) walaupun tone suara beliau tidak begitu “full of color” (sekadar meminjam perkataan Cikgu Adnan Abu Hassan) tetapi jarang sekali tercicir dari landasan nada yang betul dan mampu mencecah nada tinggi tanpa terseksa. “Stage stamina” beliau agak baik, bijak mengatur langkah dan pernafasan untuk mengatasi masalah kesemputan di atas pentas. Namun di sebalik kelebihan tadi ada juga suara-suara sumbang yang mengatakan beliau “klon” Yusry (KRU). Saya rasa ini semua gara-gara minat beliau yang cukup kuat terhadap kumpulan ini sejak dari kecil lagi, sehingga seolah-olah “terkenan” Yusry (Semasa pertama kali mendengar lagu “Terhangat Di Pasaran” amat sukar saya membezakan mana part Yusry dan mana part Adam) Secara peribadi kalau boleh saya ingin melihat beliau lari dari ciri-ciri Yusri. Mungkin inilah juga yang cuba dibuktikan oleh Adam dalam album sulung beliau. Setelah meneliti persembahan Adam dalam album tersebut, berani saya katakan Adam ada identiti tersendiri terutama ketika membawa lagu-lagu yang bukan dicipta oleh KRU. Mungkin dalam album2 akan datang Adam kena kurangkan sentuhan dari KRU untuk beliau lebih tonjolkan identity beliau tersendiri. Lagu2 ciptaan Ajai, Adnan, Alvy Durin malah ciptaan Adam sendiri tidak kurang hebatnya. Nikmatilah lagu yang dicipta oleh Adam sendiri “Ku Bertanya” (Track 8) yang lahir dari memori putus cinta belaiu dengan seorang gadis (ehemm…gadis yg tinggal di Lido tu ker??...itu cerita sebelum AF…mungkin menyesal kot gadis tersebut kerana ex-bf dah menjadi jejaka terhangat di pasaran sekarang ni…hehe!)

8 Nov 2005

Incredible Duo - The Double Take

If you are into jazz and fusion kind of tune you don't wanna miss this Sabahan duo. I guess I don't have to say more since much has been said about them by local, national as well as international press. If you like Nora Jones there's no reason why you shouldn't like Mia Felancia. Listening to Roger Wang's playing the guitar (arguably Malaysia's best finger-style guitar player) you can't stop imagining as if two people or rather 20 fingers are playing the tune.The good news is they've just launched a Christmas Album on the 7th November and it was reported that they are making an attempt to have a largets jazz concert by a duo on the 11th December at Stadium Negara KL (hope they succeed!!!). However, having followed their career right from the very first album, I'm kind of puzzle why Roger doesn't sing in their albums. Trust me he really got the voice.A cross between Engelbert Humperdink and Tom Jones!! He should give it a try in one of their future albums. If you are interested to find more about this great duo just visit Roger's blog . From there you'd be linked further to more detail information about this amazing duo, including samples of their music and songs.

7 Nov 2005

Makan Malam Bersama Marsha

We arrived at the venue at 6:30 pm but upon reading the signboard it says EM Restaurant (huh?!) Instead of asking the crowds, we drove straight ahead for about 4 km when I finally decided to call Mr. Bernard. Luckily his hp number is still listed in my “dialled no list”. We made a U turn once told that we had actually come to the right place (it was formerly known as Mojilip Seafood Restaurant)


Having arrived at the venue I walked straight to the AJK to make payment. Without looking around I noticed somebody was approaching us…surprise! surprise! It was Marsha . I didn’t expect to see her so soon. She approached to shake hands with us… ….without wasting anytime…apa lagi ambil gambarlah! Kelam kabut jugalah. Hampir-hampir terlupa nak buat bayaran.


Hadirin malam tu adalah lebih kurang 150 orang. Majlis bermula lebih kurang 7:30 malam dengan ucapan-ucapan ringkas dari orang-orang penting Marsha FC (dah tak concentrate dah siapa yang berucap..sebab mata asyik curi curi jeling Marsha) 2 ucapan ja. Then it’s dinner time! (well..hmmmm..i hate to say this..but the food was disappointing!! ). Someone was singing Seroja while we’re having dinner. After three people sang, Marsha took her turn, singing Imagine Me Without You, I Turned To you (Christina Aguillera), Reflection (Christina Aguillera) and a duet with someone called Cikgu Zul in a song originally performed by Ziana Zain n Awie (“Merah”??....not so sure about the correct title). Kelas habis suara Marsha….hebat!…walaupun sound system teruk sangat. I liked her rendition of “Reflection”.


Singing "Imagine Me Without You!"


Then sesi melayan/bergambar dgn peminat dari meja ke meja…satu meja hanya diperuntukan 5 minit ja…(alahai kedekutnya1)….bergambar sakanlah peminat ngan diva kesayangan ni…ada pula meja yang terlebih quota 5 minit. Not so sure if Marsha really sings a Dusun song as requested by the MC cos we have to leave early…kamerapun habis bateri! Overall it was an exciting an enjoyable evening with Marsha (minus the food of course). A good effort by Marsha FC for her to get closer with her ardent fans...THE END!

1 Nov 2005

An evening with Marsha (Part 1)

Date: 6 Nov 2005

Time: 7 pm

Venue: Mojilip Sea Food Restaurant, Tuaran Sabah

Fee: RM 20 (adult), RM 12 (children under 12)

Contact : 019-8318029 (Gaman/Bernard)

28 Oct 2005

Like Father Like Son...t!

While searching for Linda’s debut album (*sigh* still no sight of it here!) at one of the stores in KK I heard this catchy hip hop rap tune played very loud….Opochot!!...it was a full Dusun rap song.!! I thought it was Atama…well you know…nowadays .it’s kind of “remember Dusun rapper…remember Atama!”..but this one sounds a bit different, the vocal is more solid. Curious, I approached the counter to find out…my oh my! The CD says Aldro John Gaisah…yepp...the sir name n look say it all…he’s the son of a great Dusun singer.…the late John Gaisah (pssst! We r related u know…geee...now I know where I got the talent from….ahakkss). Anyways I read an article about him in Daily Express recently….what I learnt from the article is that he’s 24 years old., the youngest (?), he was still an infant when his father passed away, he’s undertaking teacher training course at Kent College (so bakal Cikgu Aldro...lah ni)…and….errr….ladies u don like hearing this…he’s married with one child (if I were him I just keep quiet…haha!).
So what can we expect from a son of a great singer! Well for one he doesn’t sound (read: vocal tone) like his father (I guess its good news for him). However performing wise the”style” is quite similar except for the rap song. You can’t avoid comparing…so I’ve to say the senior is still uncomparable! (except perhaps u want to question his ability singing rap song!) I was expecting more hip hop songs but looks like there r only two the 1st track “Superstar” n the final track “Kah Di Apa Ku (Taragang Rasuk)”….ikut2 Atama juga kah ni?…no lah…just kidding it’s totally different. The rest are standard Dusun ballad, rock blues, cha cha and joget…mind u! talking about versatility….habislah Felix!!..kah kah…just kidding...luckily there's no dangdut. I choose the first track *Superstar* for your listening pleasure…over to the side bar guys!.....eh..bukan bar yg ada jual 10-3!…side bar d tepi tu lah!!