30 May 2009

Unduk Ngadau 2009

Wah, macam ramai wajah-wajah boleh tahan tahun ini :-)

29 May 2009

Drama Bambazon

Antara dialog dalam klip video di bawah (minit 5:46) berbunyi...

"Jika anak kita menjadi ratu makanya hasil padi kita tahun ini dan seterusnya akan lebih makmur. Roh nenek moyang kita akan lebih tenteram dan bahagia.."



Inilah kali pertama saya mendengar kenyataan seperti di atas. Samada betul atau tidak, it remains a big question to me. Tidak pasti sejauhmana skrip drama ini mendapat pengesahan dari pihak-pihak yang berkenaan. Setakat yang saya tahu tiada kepercayaan dalam masyarakat KD kalau menjadi ratu hasil padi meningkat dan roh akan bahagia. My word! This is very misleading especially to the non-KDs who are keen to know our culture.

This is suppose to be a very good drama, if not for some minor incorrect facts. Isu yang cuba dibangkitkan pula terlalu remeh temeh, i.e., paksa anak jadi ratu! sebab kononnya itu sebahagian daripada adat! Adoi dogo! Kenapa tidak buat skrip paksa tu anak belajar ilmu bambarayon, magavau etc! Terlalu ikut adat, tapi nama anak western "Ivy" (disebut Evi) panggil lah nama yang 'ikut adat' (tadisi) macam Onong kah, Lundus kah, Olumis kah, Udui, Putet, Andit...hehe (this is what I call poor scripting)

But on the positive sides, the videography is commandable, the kampung sceneries are so breathtaking. Lakonan para pelakon amat membanggakan juga terutama Felix, followed by Linda and then the lady who played Linda's mother (Maile). Ebi pun ok juga. Pelakon-pelakon lain tu masih kaku dan kekok. I truly enjoyed the dialog in Dusun tapi ada yang macam lambat betul bercakap (terutama si Guruh aka Ivy's father), all I see is the act of memorizing (kena banyak-banyak berlatih lagi mamai). But overall I'm still in the opinion it's a good production and really wish to see more drama of this kind.

The rest of the clips are on my YouTube channel

28 May 2009

Pelancaran album Felix

Felix dilaporkan akan membuat pelancaran album baru beliau di 1Borneo pada 30 Mei ini


I wonder macam mana sudah sambutan single terbaru beliau di radio-radio popular macam Era, Hot FM dsb (lama juga tidak dengar radio ni)

Who's the fairest

Antara wajah sumandak-sumandak yang bakal bertanding untuk merebut gelaran Unduk Ngadau 2009.


Yang muka leper tu bukan semulajadi tu ah, tapi dileperkan oleh lens kamera :-)

Tale of the smelly KK

Akhirnya ada juga pelancong yang bersuara berhubung masalah bau menusuk hidung di Waterfront KK. Selalunya pelancong-pelancong ni kalau komen tempat kita di akhbar bagi komen-komen yang manis sahaja (motif?), atau mungkin orang surat khabar yang tapis komen durang.



I think salah satu sebab kenapa masalah ni timbul, sebab KK belum mempunyai sistem perawatan air kumbahan bersepadu (centralized sewerage treatment system) macam Indah Water Konsortium di KL. Sekarang ni air kumbahan tidak terawat dilepaskan saja ke laut (mentang-mentang dekat laut). You can see the 'dark' outlet kalau tengok dari udara. This is one aspect we can consider KK masih tahap kampung. Komplen pasal restoran tu I've no commentlah sebab saya sekarang ni pun jarang sudah makan di luar (main tapau ja), asyik-asyik ada saja orang awam yang lalu lalang buat aksi "kwakk tuii!".

26 May 2009

Juara Sugandoi 2009

Just another paper clip on Sugandoi 2009


Macam ada sedikit something wrong pengadilan this year, sebab ada juga beberapa peserta lelaki yang sepatutnya layak top three.

World stage kah? Kena conquer national stage dulu gang :-)

Ebi terima kritikan

Lakonan dia dalam "Sayang You Can Dance" kaku durang bilang :-)

25 May 2009

Macam-macam sudah ada

After two issues, Bandwith, Sabah very own entertainment magazine is officially launched (masih free kah ni?)


Also launched recently is a new website called Life and Style, which to me, caters more to those yang feeling feeling high class! (unfortunately I don't belong in the category). It suppose to focus on events and subjects in Sabah, tapi nampak gaya macam baru ciput artikel on Sabah. Here's the link Life and Style. Kelas kan!

So apa lagi kamu mau? Majalah hiburan sudah ada, website pasal high class lifestyle pun sudah ada, radio online pun sudah ada (sabahan.fm kah nama dia tu?)...macam-macam adalah! Ndak cukup lagi!?

Self-released: The Frontman Company



About The Frontman Company

Once upon a time, there was The Frontman Company (TFC) basically a rock influence from Kota Kinabalu, Sabah.

Formed by Jery (guitar) and Razie (guitar). TFC include 2 vocalist Chris and Muttar, bassist Lee and drummer Hairul. TFC was formed early year 2008.

The 1st EP contains 4 songs, such as Pendam, Bangkit and Malaikat Cinta, etc and it will be self-released. It was mixed and recorded by Mr. Christopher at i-Motion Studio.

TFC’s music was influenced by Queen, Incubus, Silverchair and Dewa19. also all the music out there that we LOVE and share,THANK YOU...

Source: The Frontman Company's MySpace



24 May 2009

Reality show vs gambling

Bila rancangan pencarian bakat realiti (AF, OIAM) disamakan dengan berjudi :-)


Klik imej untuk baca. Credit to The Daily Express

The writer has very good points there. Tapi apapun bagi saya rancangan pencarian bakat realiti ni merupakan suatau fenomena. Ianya seperti satu realiti kehidupan sebenar dunia hiburan di mana dalam sepuluh muka-muka baru yang muncul dalam industri hiburan mungkin hanya satu atau dua orang sahaja yang akan berjaya. Begitu juga dengan rancangan realiti ini dalam 12 (lazimnya) yang ditampilkan hanya seorang sahaja yang juara. Walau apapun rancangan sebegini sepatutnya dijadikan sebagai satu platform untuk menampilkan atau mempromosikan diri/bakat kepada khalayak penonton yang ramai. Mana tahu ada rezeki (tidak semestinya menang) :-)

22 May 2009

Siaran langsung Sugandoi Kaamatan

Berita baik bagi anda yang duduk di luar Sabah.

Sabahan.FM akan bersiaran secara langsung dari dewan KDCA Penampang sempena pertandingan akhir Sugandoi Kaamatan peringkat negeri pada 23 Mei 2009, Sabtu ini (esok). Demikian menurut maklumat yang diterima dari salah seorang DJ siaran radio online tersebut. Mereka akan mula bersiaran dari jam 5:00 petang esok sehinggalah acara pertandingan tersebut selesai.

Jadi kepada anda yang mempunyai akses internet broadband dan ingin mengikuti siaran langsung tersebut esok, anda boleh klik http://sabahan.FM/listen.pls

Sabahan.FM boleh didengar menggunakan winamp, itunes, VLC Player atau apa sahaja audio player yang support streaming. Sila guna Open URL http://Sabahan.FM/ untuk mendengar Sabahan.FM/

Dapatkan widget Sabahan.FM di http://www.sabahan.net/widget/

Sabahan.FM dibawakan kepada anda oleh http://www.sabahan.net

21 May 2009

Telemovie 'Bambazon' 29 Mei

Fuhh...pagi ni saja saya layan habis siaran secara langsung American Idol menerusi saluran Star World. If you are AI fans you're not gonna miss the repeat later this evening. I must say this got to be the best AI result show so far. Bayangkanlah bintang-bintang lagenda dan popular seperti Lionel Ritchie, Cyndi Lauper, KISS, Queen, Rod Stewart, Jason Mraz, Carlos Santana, etc, tampil membuat persembahan. Yang paling menarik juga ialah segmen Golden Idol Awards, sketsa Kara vs Katrina (the bikini girl) is so hilarious (hopefully it is not censored!) Walaupun kemuncak show tadi begitu mendukacitakan bila Adam Lambert tewas jumlah undian (huge upset kata orang), tapi tidak kisah lah tu, cos I have a feeling he's gonna be very successful and I will always admire his vocal prowess and singing skill (no doubt about it!)

The winner is...KARA! *LOL*

Ok leave AI behind and let's get back to local scene. Masih ingat dengan telemovie 'Bambazon' yang dibintangi oleh Linda Nanuwil, Ebi dan Felix dan digembar gembur sejak tahun lepas lagi. Menurut laporan di bawah, ianya bakal ditayangkan 29 Mei ini jam 12.30 tengahari di TV2.

20 May 2009

American Idol 8: Kris vs Adam grand finale

Selesailah sudah pertarungan antara Adam Lambert dan Kris Allen dalam konsert pusingan akhir American Idol 8. Mungkin sekarang ini Americans telahpun selesai mengundi (they are only given two hours to vote) dan keputusannya akan diketahui esok yang mana kita boleh ikuti secara langsung pagi esok menerusi saluran Star World.

Musim ini kedua-dua peserta akhir dikehendaki menyanyikan sebuah lagu hasil ciptaan Kara DiGuordi berjudul No Boundaries

Adam's version






Kris' version






I think it's a little too big of a song for Kris. He sang it up to his top range.

On paper Adam should win and he's my ultimate choice but the words circling around say that Danny Gokey's (million) voters will go for Kris. Danny's pastor has even put down a notice on his Twitter urging his supporters to vote for a believer (Kris). Duhh...susah juga ni kalau ada pengaruh gereja! With that I'm all set to hear Ryan declares Kris as the winner (with my ears plugged) :-).

This Is Kaamatan

Take a listen to this song penned by Kay Kastum. He performed it together with Defoo. It's called 'This Is Kaamatan'. They recorded it in a bedroom...somewhere.




Not a bad effort, clap! clap! clap!

So guys if you have your own so-called bedroom studio recordings don't hesitate to share them with us (It's not hard to set up your own digital recording studio nowadays, is it).

19 May 2009

D-Junction's 'I Got Talent'

This is indeed the same "I Got Talent" published earlier. 19 finalists selected to compete in the final round. Besides winning some great prizes, the winner will stand the chance to sing at D-Junction backed by its resident band, Rimba. Looking at the finalists looks like Cabrini (Cabby AF7) is one of them :-).


I wonder who can sing like Adam Lambert?

And a reader mailed me some photos of Candy during Gempak Selebriti Astro in Parit Buntar Perak (16 May). Thanks to Erny! :-)


Sugandoi Dazanak

Pertandingan akhir Sugandoi Dazanak yang berlangsung baru-baru ini. I hope all these kids will reach at least SPM... :-)


...and winner of Unduk Ngadau Tawau


Hmm...why do I always see either the first or second runners up seem prettier than the winner.

17 May 2009

AF 7 - Carutan terakhir musim ini

Maka berakhirlah Akademi Fantasia musim ketujuh. Walaupun produksi tahun ini secara keseluruhannya tidak sebaik musim-musim lalu, sekurang-kurangnya peserta yang diinginkan menang (Hafiz) akhirnya dinobatkan juga sebagai juara.

Good choice to win this season


Kalau saya teliti peserta-peserta yang bertanding di konsert akhir, hanya Hafiz dan Isma saja yang saya rasa betul-betul layak bertanding. Aril, Yazid dan Akim terpilih rasa saya lebih kepada pengaruh sentimen yang kuat. Penyampaian ketiga-tiga peserta ini, setakat menyanyi live, sukar untuk dibanggakan. Ketiga-tiganya menyanyi hampir tiada seni dan kemahiran. Yang paling memaksa saya menutup telinga ialah masa Akim menyanyi nada tinggi lagu beliau. Bukannya nyanyian yang saya dengar tapi teriakan secara langsung dari anak tekak. Suara serak dan sasaran nada gagal dicapai...rosak! very bad!. Sama seperti teriakan orang yang cemas ketakutan (yet the audience cheer and the media write "mempamerkan peningkatan dari minggu ke minggu"...what the heck!). But who is the best among the worse three. Vocal wise I go for Yazid, it's not that he has the finest tone but more to less issue as compared with the other two guys. However taking into consideration both the vocal and stage presentation, Aril displayed just a little good quality.


My personal ranking: 1.Hafiz, 2.Isma, 3.Aril, 4.Yazid, 5.Akim. Obviously very different from the actual result (1.Hafiz 46% (44% before voting is closed), 2.Aril 22% (22%), 3.Akim 18% (13%), 4.Yazid 9% (15%), 5.Isma 5% (8%)).

The five rejected top 20 were also given the chance to perform. Not a good song choice from Ab. Image wise...err..no comment! Having seen the rest performed...mmm...why am I not surprised over them being rejected. In fact Kelana and Faezah didn't fulfill my expectation. Cabby and Amim showed slightly better performances among the five. Hang on, one person is missing, yupp looks like Lizda didn't show up (reason?)

The nine eliminated talents were also on stage. All the ladies showed great improvements but not the guys. Stacy did perform as well and as usual a solid performance by her, but I would prefer if she wears something different or something unique that distingush her from the dancers. Like she did during the recent ABPBH.

Eventhough the stage is slightly upgraded, the overall setting is nothing much to shout about (well only if you've seen better than that before!). The same goes with the overall production e.g., sound system, lighting etc...perhaps Astro needs to send someone to Fox TV to learn about good production or for budget reason just visit 8TV for a quick study tour! :-)

15 May 2009

I Got Talent

The Rock School is organizing a talent competition called "I Got Talent!"


Pemilihan 'Huminodun' Ranau

Nah saya kenal yang tuuuna..:)

Influenza A : Pelancong disah negatif

Kalau lihat liputan berita-berita semasa, sekarang ini seolah-olah musim wabak penyakit. Yang paling top dan menakutkan ialah Influenza A (H1N1) sebelum ni digelar Selsema Babi (sampai hati juga tukang bagi nama letak nama ni sampai ketakutan orang awam mo makan sasau..hehe). Di Malaysia sendiri, heboh pasal penduduk kampung di Pokok Sena menderita penyakit misteri yang akhirnya dikenalpasti sebagai Chikungunya sejenis penyakit bawaan nyamuk (yang peliknya lambat juga pakar kesihatan mo kenalpasti penyakit tersebut). Dikhabarkan juga penyakit tersebut sedang merebak dengan pesatnya di negeri Kedah. Lepas tu di Melaka sekumpulan pelatih-pelatih JPJ yang sedang mengikuti kursus latihan dijangkiti 'menangitis' sehingga dikuarantin (I'm not very clear about this illness) but one of the sufferers had died.

On Wednesday, di Sabah seorang pelancong warga Kanada yang baru landing dari Thailand, dikejarkan dari airport ke pusat kuarantin di Likas (now I know we do have special quarantine center as in the pic below, so make sure you don't get near this place...hehe). Beliau disyaki menghidap Influenza A H1N1 alias Swine Flu alias Selsema Babi.

Credit

Mujurlah dalam berita hari ini pelancong tersebut disahkan negatif dari virus berkenaan. So kira Sabah masih bebas dan selamat dari swine flu, ndak payahlah saya keluar pakai surgical mask :)

14 May 2009

Matt Angkie - Mendongak Ke Angkasa

Lagu ini dimuatkan dalam album solo Matt Angkie dengan jodol yang sama dan diterbitkan pada tahun 2007. Kalau tidak silap ianya dicipta untuk dijadikan tema lagu program Angkasawan Malaysia (tidak pasti pula lagu mana yang telah terpilih)

Check it out!



Mendongak Ke Angkasa - Matt Angkie

###
Melangkah jalan laluan segala
Bertahun lama aku redah (aku redah)
Namun masih ada yang bisa bertanya
Aku...tak mampu menjawapnya

Korus

Mendongak ke angkasa
Aku tidak berdaya
Adakah lagi bintang bercahaya (bercahaya)

Mendongak ke angkasa
Aku tidak terdaya
Rupa-rupanya bintang berkata
Dan cahaya milik kita semua

Ulang ###

Dan cahaya milik kita semua
Mendongak ke angkasa

Lagu/Lirik: Asmin Mudin

American Idol 8: Kris vs Adam in the final

*LOL* I'm delaying some outdoor works this morning just to follow up the minute by minute live coverage of AI8, by some hard working bloggers in the US. If what's been covered is true (the show is from 9 - 10 am) we'll see Adam vs Kris in the final, exactly what I've been wishing for...good choice Americans! (and sorry to Danny's fans!)


But honestly, between Kris and Danny, it doesn't matter to me who'll be in the final so long that Adam is in :)

12 May 2009

Sugandoi KK


Kaamatan sana sini

Unduk Ngadau Keningau


Sugandoi Kuala Penyu

Papa Rich and Mama Velvet

Congrats to Rich and Velvet for their newborn son...

Rich tidak kisah persepsi orang terhadap anaknya Joshia Richael Gimbang
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

TARIKH 1 Mei menjadi satu tarikh yang cukup bermakna buat pasangan Rich dan Velvet apabila mereka menyambut kelahiran permata sulung mereka, Joshia Richael Gimbang.

Bayi lelaki seberat 3.1 kg itu dilahirkan secara normal kira-kira pukul 10 pagi di salah sebuah hospital swasta di Sabah.

Kelahiran Joshia pasti akan mengundang cakap-cakap yang kurang enak daripada pihak-pihak tertentu, apatah lagi pasangan itu baru saja mendirikan rumahtangga sekitar Disember tahun lalu.

Namun, sebagai ayah muda, Rich enggan mengulas lanjut tentang perkara itu. Kata Rich, dia tidak kisah apa saja pandangan orang tentang kelahiran Joshia.

"Saya rasa, saya tidak perlu memberikan apa-apa penjelasan dan berharap semua orang memberikan sokongan kepada saya dan Velvet kerana kami baru membina sebuah keluarga," luah Rich ketika dihubungi hari ini.

Bercerita tentang detik Joshia dilahirkan, tutur vokalis kumpulan Estranged ini, dia akui perasaan gembira itu cukup sukar untuk dijelaskannya.

"Apabila sudah menjadi bapa, ia memberi satu pengalaman baru buat saya. Saya berasa gembira dan sangat terpegun kerana selama ini saya hanya mendengar orang lain bercerita tentang pengalaman mendapat bayi dan menjadi seorang bapa.

"Jadi, kali ini, saya benar-benar dapat merasainya. Ternyata pengalaman sebenar dan apa yang diceritakan adalah berbeza," kata Rich dalam nada ceria.

Ditanya tentang keadaan Velvet ketika ini, kata Rich, isterinya yang juga merupakan finalis Akademi Fantasia musim keempat itu berada di dalam keadaan baik dan sihat.

Rich juga sempat berkongsi tentang keadaan bayi sulungnya itu.

"Joshia mempunyai wajah mirip Velvet dan bercampur sedikit dengan iras wajah saya," katanya.

Rich yang sedang menguruskan pendaftaran sijil kelahiran Joshia berkata, dia mungkin akan menghabiskan masa selama tiga bulan untuk membesarkan anaknya itu bersama Velvet di rumah mereka di Penampang, Sabah.

"Tetapi jika ada 'show', saya akan balik Kuala Lumpur...kena berulang-alik lah," tuturnya.


No matter what's been said, the most important thing is the newborn baby...kan!

9 May 2009

Carrey Oliver - Misompuru Koubasanan

Marilah kita nikmati nyanyian juara KE Next Top Entertainer 2009, Carrey Oliver (kalau mau lihat wajah beliau klik sini) menyampaikan lagu bertemakan perayaan kaamatan yang sedang hangat dirayakan di mana-mana di Sabah sekarang ini. Lagu berjudul Misompuru Koubasanan (Perayaan Kebudayaan)dalam versi blues...mmm lupa pula penyanyi asal lagu ini. Anyway here it is, check it out.



Amacam? Power? Who shall I compare with? Billy Ocean? :-)

7 May 2009

Sasuka - Terbangkan Aku Ke Bulan


Sebuah kumpulan muzik baru yang telah menghasilkan single pertama mereka berjudul Terbangkan Aku Ke Bulan. You can learn more about this group by visiting their MySpace site.

Ebi - Takkan Berhenti (single baru)

Takkan Berhenti

andai aku bisa merubah
hatimu yang dingin membeku
belum maafkan aku

ku tahu hatimu terluka
takperlu memaksa bibirmu
ucap kata cinta
ku tetap menunggu

korus:
bawalah hatiku ke mana saja kau jejak
biar jauh di mata kasihku takkan hilang
aku rela menahan rajukmu
walau sehingga
seribu hari
ku takkan berhenti
mencintai

andai waktu bisa ku ulang
tak ku pilih untuk melangkah
oh berjauhan denganmu
bagaimana bisa kupujuk
agar jantung kembali tenang
menahan tangismu
ku sayangkan padamu

(ulang korus)

masih terbayang
renungan mata mendebarkan jiwa
tak bisa kulawan rasa yang tersimpan
masih membara
bertahun lama...wooo....
hariku kan lebih sempurna
bila kita bersama

wooo.....

ku rela menahan rajukmu
walau sehingga seribu hari
ku takkan berhenti

(ulang korus)

oh biar jauh
takkan hilang
takkan berhenti

Lagu: Audi Mok
Lirik: Nur Fatimah

Sebuah lagu yang mirip material untuk Faizal Tahir. Probably Ebi's best vocal expression in a song so far.

6 May 2009

VCD komedi 'Atukoi Kopio'



Memang 'Atukoi' tu sumandak tiga orang tu :-).

Chaq - My Love (versi Melayu)

Persembahan Chaq dalam konsert prelude Mentor 3, membawa lagu saduran My Love (Justin Timberlake).




Apa macam best? Si Ajai belum ajar lagi mengkali macam mana mau kontrol nafas. Tapi memang ramai peminat, ala-ala Tomok, gerenti boleh menang ni.

4 May 2009

World Star - You go to Hollywood!!

Menonton pertandingan akhir 'World Stars Road To Hollywood' semalam, mengingatkan saya ungkapan ‘you go to Hollywood!’ dalam siri American idol, mana tidak peserta-peserta yang menang bakal mendapat tiket ke Hollywood. Kalau tidak silap inilah pertama kali kerajaan campurtangan dalam memilih artis-artis Malaysia untuk mewakili negara ke Kejohanan Dunia Seni Persembahan (WCOPA) di Hollywood, Los Angeles. Pertandingan ini yang telah sekian lama berlangsung adakalanya juga digelar the Olympic of Performing Arts, kerana melibatkan penyertaan dari negara-negara serata dunia bertarung merebut pingat dalam berbagai kategori persembahan seni. Tapi yang saya pelik sedikit, sambutan atau sokongan pertandingan ini di Hollywood tidaklah semeriah sambutan acara-acara lain di sana seperti anugerah Grammy maupun Academy. In short it is not as hype as other events and appears as if not recognized (padahal melibatkan penyertaan antarabangsa). Malah acara pertandingan juga berlangsung di hotel-hotel biasa dan bukannya di tempat-tempat berprestij seperti Kodak Theatre atau Nokia Theatre. Sebelum ini artis Malaysia mewakili negara secara tidak rasmi atas inisiatif sendiri with the hope of being discovered by some international producers, agents etc and land some record deal or whatever (but I haven’t seen such thing happen yet).

Beberapa peserta Malaysia yang pernah mewakili negara sebelum ini, sudah banyak merangkul pingat emas untuk kategori-kategori kecil (Noryn Aziz, Dina, Deja Moss just to name a few dan kalau tidak silap Syafinaz pun pernah menyertai pertandingan ini but not sure if she had won any medal). Walau bagaimanapun masih belum ada wakil negara yang menang grand title yakni anugerah keseluruhan. Bayangkanlah kalau pertandingan ini betul-betul diiktiraf sebagai olimpik seni persembahan, sudah berpuluh-puluh pingat emas Malaysia menangi dan pemenang pingat-pingat emas tersebut selayaknya dianugerahkan gelaran Dato’ ;=). Unfortunately that is not the case.

Semalam Malaysia telah memilih team untuk mewakili negara dalam kategori-kategori vokal, tarian berkumpulan, tarian solo, muzik berkumpulan, muzik solo, lakonan dan peragaan, Antara yang terpilih ialah dua nama popular, Bob dan Siti Sarah (kategori vokal). Tapi peserta yang saya impress sangat ialah Norhasmidar yang mempunyai suara mirip-mirip Julie Andrew (bintang The Sound of Music). Menurut si Tody
zirgcarl.blogspot, Hana Harara dan Suib yang bertanding dalam kategori vokal adalah dari Sabah (walaupun KK tidak terpilih sebagai salah satu lokasi ujibakat). Malangnya mereka tidak dapat tiket ke Hollywood. Harap-haraplah KK akan terpilih tempat ujibakat tahun depan. Ramai tu bakat-bakat terpendam Sabah yang berkobar-kobar dan meluap-luap semangat mau mencuba nasib. Walaupun tidak menjanjikan ‘stardom’ but it’s a good opportunity to showcase your talent apa lagi kalau berpeluang pergi Hollywood. Siapalah bah yang ndak mo pok pi Hollywood kan, to me it’s a big prize itself, menang atau tidak tu belakang kira.

3 May 2009

Drama AF7

Kelaskan drama prinsipal Tiara masa konsert AF7. Selepas nama Claudia dan Aishah diumumkan tersingkir, dia pun kelihatan ala-ala bingung dan marah seolah-olah berkata to her colleagues ‘Aper ni?! Biar betul!? Teruk lah pengundi-pengundi Malaysia ni, bodoh, dahlah singkirkan Aril last week. I balik rumah karang habis husband I tengking, husband I kan dari Sarawak. Ni tak boleh jadi ni, I must do something!” and then bangkit dan berjalan ke hulu ke hilir, talk to some crewlah, AClah and boss Astro Ria lah sebelum naik ke pentas buat pengumuman (betul-betul macam scene TNA Wrestling..hehe). So bad, no orchestra accompanying the whole scene *LOL*



So there you go, ‘Tadika Fantasia’ did it again for the third time. Another AFMASUK and why am I not surprised. But since I had practically abandoned AF, why bother! Ramai mengatakan undian yang masuk musim ini betul-betul merundum. I’m not so sure how true it is, but one thing for sure AF had lost one of its active voters, in the form of myself..hehe.

Bagi saya kalau betullah AFMASUK ni diujudkan secara jujur, tiada motif lain selain daripada memberi peluang semula kepada pelajar yang tersingkir, ada baiknya juga AF mengadakan saluran undian percuma secara online seperti yang dilakukan oleh OIAM baru-baru ini to determine the number of grand finalists.

1 May 2009

OIAM 3 - Established artiste won

HOW FRUSTRATING! I voted non-stop, using the fix line until 10.20 pm, right after Esther sang her second song (the sms lines seemed hard to get through at that moment). Now I realised how unfair it is for the decision to have three grand finalists, especially when the voting counter is re-set to zero. 8TV should have planned earlier, just like they did in season one, instead of giving the tasks to viewers. Re-setting the voting counter back to zero is just unfair. In season one it was a pre-planned non-elimination, hence the accumulated weekly votes (correct me if I'm wrong) the one who was leading in that week (in this case Suki) had greater chance of winning.

Right after the winner was announced I unconcsiously switched over channel and not sure if there was announcement made on who was placed second and third. The game was just not fair. I just hope Monkey Bone the label who managed OIAM3 winner, will give Esther the chance to cut an album *sigh*.


Video klip persembahan Esther mendendangkan single terbaru Menggapai Mimpi.



Really, really love her vocal delivery (very der Anitar Baker kan..hehe), cuma part yang pulling away the mic tu spoil sikit. But I have to admit I'm equally annoyed by the dress. Stylist manalah punya angkara tu?!

And here's the second song. I couldn't enjoy her performance during the live telecast as I was so worried for a wardrobe malfunction :-).


I changed the word from recycled artiste to established artiste (refering to Tomok) for this entry. Rupa-rupanya Tomok is very much active with his band The New Boyz. Album terbaru mereka (album ketujuh pula tu mind you!) diterbitkan dalam 2007 tapi langsung tiada sambutan. Dalam album terbaru tu Tomok sebenarnya sudahpun mengalami transformasi seperti yang ada sekarang, cuma ramai orang tidak perasan (it shouldn't be a new thing and nobody should've been surprised bagai nak rak, kalau ramai yang notice perubahan beliau sebelum ini). I think dia ni mau mengikut jejak langkah Rich untuk kambali menimbulkan kumpulannya yang agak tenggelam. Infact lagu-lagu dalam album baru durang banyak juga yang bagus and very current (you can sample them on their MySpace site), heran juga ya tiada sambutan langsung. So tengoklah nanti bagaimana keadaan selepas Tomok bergelar juara. Rasanya macam tidak perlu juga buat album solo si Tomok ni, sebab album dengan The New Boys pun masih perlu dipromosi. Baik lagi buat album solo si Esther dan Aweera dulu...hehe :)

Peratusan undian akhir

Tomok 39.3% (101,509)
Esther 33.29% (90,451)
Aweera 27.41% (71,703)

Jadikan wakil Sabah juara

Pertandingan akhir One In A Million bakal berlangsung malam ini. Setakat ini persoalan samada Esther benar-benar layak ke peringkat akhir masih belum terjawab kerana semuanya bergantung kepada keputusan undian untuk menentukan samada hanya dua ataupun tiga orang peserta akhir. Bagi saya dua atau tiga tiada bezanya, kerana kedua-duanya masih tetap bergantung kepada undian SMS yang dikumpul sepanjang minggu (yang bermula sejurus selepas konsert minggu lalu)dan masih tetap memerlukan undian SMS seterusnya selepas keputusan dibuat. Jadi sekiranya anda mahu wakil Sabah sekali lagi menjulang kejuaraan OIAM musim ini teruskanlah mengundi.


Sememangnya agak sukar membicarakan peluang sebenar Esther menjuarai pertandingan ini, kerana kita semua maklum bakat yang terbaik tidak semestinya memenangi pertandingan yang menggunakan undian SMS sebagai penentu juara. Sudah banyak bukti sebelum ini. Bagi mereka yang betul-betul celik seni dan mampu membezakan peserta yang terbaik dan kurang baik, keputusan-keputusan sebelum ini amat mengecewakan. Diharapkan malam ini keputusan seperti musim-musim lalu tidak berulang, kerana dari kelompok mereka yang bakal beraksi nanti Esther memang layak bergelar juara.