30 Apr 2009

Album baru Felix temui peminat 2 Mei ini

Credit

Album baru Felix yang berjudul "Aku Juga Iya" akan mula menemui peminat pada 2 Mei ini, sempena Pesta Kaamatan di Kuala Lumpur. Demikian menurut info terbaru dari D'Sulap Entertainment, studio produksi yang menerbitkan album beliau. Beliau seterusnya dijangka akan mengadakan siri jelajah ke merata tempat bagi mempromosi album berkenaan. Album "Aku Juga Iya" mengandungi lapan trek kesemuanya, termasuk dua buah trek lagu Dusun dan sebuah trek lagu instrumental. Pakej album yang mengandungi CD trek audio dan bonus video klip "Aku Juga Iya" akan dijual dengan harga RM27.90.

1 comments:

SciaS said...

mcm mahal kan?
tapi kalo best...berbaloi lah mengkali...

congrats to Felix!!