1. Macam Di KK - Janrywine 2. The Land Below the Wind - EUB 3. Resort Burung Garuda - Petrus Edwin 4. Main Tapuk Tapuk - Elmar 5. Kueh Salah Bikin - Koboi 6. Cakap Mak Bapa Kira Belakang - Piton 7. Penganuan - Ampal 8. Pucung Kuyuk - Dodi 9. Awang Sumandak - Ries 10. Suzita - Amoster
Terkeluar
1. Bujang Terlajak - Kamis 2. Cikgu Jubaidah - Nick Electrica 3. Anak Kampung - Jimi Palikat
Pop Etnik
1. Somsomido - Justin Stimol 2. Tupusku Dika - Oliver Muji 3. Tanak kampung - Jimi Palikat 4. AKada Maya Dogo -A my Joba 5. Lydia Sumandak Mantad Kiulu - Amoster 6. Ika No Id Ginawo - Abraham 7. Pinoko Tadauku - Alex 8. Muli Oku Bye Bye - Dunstan Peter 9. Tusin - Omar 10. Bintanok - Bintanuk Group
Setelah kita dikejutkan dengan sebuah lagu bertajuk "Aku Ingin Dilubangi" (kekek)..mari kita dengar pula lagu yang memuji keindahan sebuah negeri ni..tak lain dan tak bukan negeri kita sendiri :=).
The Land Below the Wind...The Land of Kinabalu - by The Eastern Union Boys (pre-studio version)
Here comes the sun Brightened up the day Shining all over this land Where...nature and beauty are here to stay
And the friendly faces Of the various races Shaking hands in perfect harmony Light up the colours of this wonderland
# And it’s ‘The Land Below the Wind...The land of Kinabalu’ Hand in hand we welcome you We will be glad to show you the way... To ‘The Land Below the Wind...The Land of Kinabalu’ Warmest smiles everywhere We’re giving you...the best of our care!
White sandy beaches Tropical breezes Join in the dances in all of the places Never feel alone in this paradise
On to your adventures Greet the rare...wild creatures Explore the mountain down the crystal blue sea Everything’s waiting here for you to see
And it’s ‘The Land Below The Wind...The Land of Kinabalu’ Warmest smiles everywhere We’re giving you...the best of our care!
Music
Repeat #
End
....studio version siap tahun depan durang bilang..
*LOL*...tidak pernah terlintas di kepala saya ada tajuk lagu macam di atas tu. Kalau akhbar-akhbar online kita kemarin tidak publish laporan di bawah, haram..saya tidak tahu ada lagu tajuk macam tu. So maknanya akhbar-akhbar kita ni pun berperanan juga promote lagu-lagu dari seberang ni kan :(
Radio dan stesen tv siar lagu lucah 28/11/2011 3:19pm
JAKARTA — Semua stesen radio dan televisyen di wilayah Jawa Barat diarah untuk tidak menyiarkan lagu atau klip video mengandungi lirik yang boleh dianggap lucah.
Pengharaman itu dibuat oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia cawangan wilayah Jawa Barat (KPID) berikutan permintaan daripada Majlis Ulama Indonesia (MUI) , majlis perundangan wilayah (DPRD) dan masyarakat.
"Sehingga tahun ini, kami menerima 263 aduan melalui pelbagai media termasuk SMS, surat, emel, panggilan telefon dan rangkaian media sosial lain mengenai kandungan siaran radio dan TV,” kata pesuruhjaya KPID Jawa Timur Nursyawal yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris Jakarta Post pada Isnin.
Lagu-lagu yang dianggap lucah termasuk ”Mobil Bergoyang”, ”Cinta Satu Malam”, ”Hamil Duluan”, ”Aku Ingin Dilubangi” (hahaha...tiada pula ni lagu di YouTube) dan ”Mari Bercinta 2”.
Salah satu lagu yang tersenarai hitam, but I found nothing wrong with this song. Cun pula video dia ni
P/s: Masa pembukaan dan penutupan Sukan SEA baru-baru ni saya tertunggu-tunggu juga persembahan lagu-lagu dangdut dari artis-artis dangdut sensasi Indonesia (maklumlah kan "ingat Indonesia..ingat dangdut"). Tapi nampak gaya macam kena tapuk pula durang...hehe(motif?).
Bila saya tinguk ni map di bawah sa takajut juga bah nampak kawasan yang di tuntut oleh Negara China (garisan merah)
Main kaitu..punyalah jauh dari persisiran pantai China, kawasan yang durang tuntut tu. Macam mencecah luar pantai Sarawak pun ada. I wonder, what makes them think they can claim up to the distance? Is it because the sea is called South China Sea, so durang pun feeling-feeling itu laut durang? Bagus tukar ja nama tu laut pi Samudera Sea kah..ataupun Nusantara Sea. Their current territory or negara durang punyalah besar tu..wonder what else do they want. Sa tunggu ja ada peperangan ni (hehe) isu ni pun sudah mula mengeluarkan sedikit percikan bunga api lately. Amerika pun baru ja set up their naval military base di utara Australia last month (or was it early this month). Sajalah tu kan mo tulung negara-negara yang teraniaya. May the greed lost! (you know who the greed here).
Kalau tengok map di atas kawasan tuntutan Malaysia dan Brunei adalah yang paling rasional.
SELEPAS tampil bersama single pertamanya tahun lalu, kini Pollo atau nama sebenarnya Deffny Pearl Tanggar, muncul bersama sebuah album penuh mengandungi 10 lagu.
Istimewa, album solo pertama Pollo ini turut memuatkan singlenya, bertajuk ‘Punah’ ciptaan komposer Benedict Gaidi @ Gidik yang turut berduet dengan Pollo dalam lagu ‘Mongudut ko’.
Selain itu, album Pollo yang diterbitkan dalam bentuk audio CD ini juga terdapat sebuah lagi lagu berbahasa Melayu dengan tajuk ‘Enggan Mengakui Cinta’ hasil ciptaannya sendiri dan dinyanyikan berduet dengan Jekley G.
Lapan lagu lain yang terkandung di dalam album ini adalah dalam bahasa Dusun, Honggo Janji Nu, Sabab Sala’ Ku, Mongudut Ko, Adi Koupusan Ku, Sundu Piginawaan, Sinding-Sinding Kalangadan, Tusak Tusak Piupusan dan Haro Po Kosiwatan.
Komposer dan penulis lirik lain yang terlibat, Jack Beech Malamak dan juga ibu Pollo, Muren Sigoh dan dirakamkan di IT Korner Production milik penyanyi dan pemuzik berpengalaman, Dewin Tumas.
Menurut Pollo album yang diberi judul “Adi Koupusanku” merupakan satu daripada impiannya dan kemuncak kepada penglibatannya dalam bidang seni suara sekian lama.
“Saya memang minat menyanyi sejak kecil, ditambah lagi ibu bapa saya juga aktif dalam bidang nyanyian dan hiburan,” katanya.
“Saya juga banyak belajar dan mendapat dorongan sepenuhnya daripada mereka dan adik beradik saya,” tambah penyanyi berusia 22 tahun ini.
Mengenai pengalamannya dalam bidang nyanyian, Pollo memberitahu dia mulai menyanyi sebagai ‘pemazmur’ di Gereja St. Philip Tamparuli, ketika itu masih bersekolah di sekolah menengah.
Seterusnya Pollo menimba pengalaman menerusi pelbagai pertandingan nyanyian yang disertai antaranya KE Next Top Entertainer (KENTE) 1 sebagai finalis dan juga Sugandoi Kaamatan.
Antara pencapaiannya dalam pertandingan Sugandoi, johan Sugandoi Kaamatan Terbuka Malaysia, johan Sugandoi KKIP, johan Sugandoi Peringkat Negeri USDA serta pernah mewakili daerah Tamparuli dan Inanam ke Sugandoi peringkat negeri.
Selain itu, Pollo juga menduduki tempat ketiga Sugandoi Pertisa Peringkat Negeri anjuran Persatuan Artis Tempatan Sabah (Pertisa) pada tahun 2009.
Berikutan kejayaan menerbitkan album solo sulungnya ini, Pollo berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya serta terutama para komposer yang memberi kepercayaan kepadanya untuk menyanyikan lagu-lgu ciptaan mereka.
Manakala album MTV karaoke pula akan menyusul tidak lama lagi.
“Terima kasih juga kepada IT Korner yang memberi kerjasama penuh semasa proses merealisasikan penerbitan album ini,” kata Pollo yang sekarang sedang menuntut di UNITAR dalam bidagn Sarjana Muda Pendidikan.
Pollo juga menyampaikan penghargaan kepada George Duat yang menghasilkan rekaan kulit untuk albumnya itu.
“Saya berharap juga album ini mendapat sambutan yang baik daripada kalangan pendengar dan peminat lagu-lagu tempatan,” katanya yang berkeyakinan lagu-lagu nyanyiannya itu sesuai untuk semua golongan usia pendengar.
Sementara itu, Gidik sebagai seorang daripada komposer terlibat dalam album Pollo berkeyakinan, penampilan penyanyi muda ini menyerikan lagi persada seni hiburan tempatan.
Gidik juga berharap semua peminat seni hiburan tempatan terus menyokong semua artis termasuk penyanyi-penyanyi baharu supaya mereka dapat pergi lebih jauh dalam bidang ini.
Di samping itu kata Gidik, menerusi lagu juga bahasa ibunda dapat dimartabatkan dengan penggunaan diperluas.
“Tanpa sokongan semua, tentunya menjadi halangan untuk artis-artis tempatan kita maju. Hindarkan daripada membeli produk cetak rompak yang hanya akan memudaratkan industri hiburan serta mereka yang terlibat dalam industri ini,” tegasnya yang juga ahli Pertisa.
Credit: The New Sabah Times
Lagu dia yang mengungguli carta Pop Dusun minggu lalu
Tersangkut juga sikit-sikit tune lagu "First of May" (Bee Gees) :=).
Baca newspaper hari ni, ada juga yang menjadi korban jalanraya...korban mati lemas kemarin semasa perayaan Hari Raya Korban..hmm. Saya pula tengah syok-syok memandu tiba-tiba muncul seekor ayam melintas jalan...ndak sempat full brake...terus terdengar bunyi 'gedebuk..buk' di bawah kereta. Feel guiltylah juga..mo buat macam mana tu ayam tiba-tiba ja muncul..padahal drive bukan laju sekitar 60 km/j ja.
Apa pun mari dengar versi re-mix lagu Murut "Bukit Layang-Layang"...dengar cerita ramai yang minat lagu ni.
A friend SMS hari tu "ko taukah ada penggambaran filem X-Men di KK? Sekarang ni adegan durang kasi langgar keretapi sama lori tangki...habis malatup..punya real" dia bilang. Saya pun balas di mana? Bila?...kekekek rupanya he was talking about the tragedy on Monday, he was one of those trapped in traffic jam for almost two hours.
Memang ngeri, Sampai ter-shit-rit..shit-rit ni sumandak dalam video nampak.
The big question is what the heck was the tanker driver doing? (we haven't heard any word from those drivers yet). Ada bilang yang bawa tu tanker is the trainee driver who is not familiar with the crossing (tinggi sikit sudah bah tu crossing sejak kana upgrade...but even kancil buli limpas smoothly). Actually the chances of kena langgar train at those crossings is very..very low..tapi apa buli buat sudah nasib (teringat pula cerita "Final Destination"...palis-palis ja lah). Sampai masuk berita antarabangsa ni tragedy..CNN and CCTV flash "6 injured in explosion after train collides with tanker in Malaysia"..haha!
dBOS-fm simply stands for The Best of Sabah Infotainment. It has been around since 2005 and created primarily to promote and support Malaysian artistes of Sabah origins.
All songs presented here are merely for preview and personal review. If you like the songs, please buy the original version of the respective song/album. Do support our local artistes.