Nampak gaya selepas Carta Hits (TV1) dan Anugerah Juara Lagu 20 (TV3) satu lagi malam penganugerahan industri muzik yang tidak kurang berprestij, iaitu Anugerah Industri Muzik (AIM) akan berlangsung pada 29 April akan datang. Yang menarik mengenai AIM kali ini ialah kontroversi yang melibatkan album studio artis-artis Maestro, Farah AF2 dan Mawi ("Yang Tercinta"), tidak tercalon gara-gara tidak memenuhi kriteria yang telah ditetapkan, iaitu mesti mengandungi sekurang-kurangnya sepuluh trek lagu dan jangkamasa keseluruhan trek ialah 40 minit (album Farah dan Mawi hanya mengandungi lapan trek dan jangkamasa untuk kesemua trek kurang 40 minit). Ada juga pihak yang mendesak agar penganjur mengubah sedikit peraturan, kalau tidakpun ujudkan satu kategori baru untuk format "EP" atau extended play (album yang mengandungi kurang dari 10 buah lagu, seperti album Mawi). Namun menurut Pengurus Am merangkap ahli komiti penganjur, Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) Jennifer Thompson, “The problem is, there are not a lot of people doing such formats. And it’s not exactly fair to change the system for just one company,” (...mmm...betul juga!). Sementara itu penjelasan dari Maestro berhubung format album 8 trek ialah untuk memenuhi cita rasa peminat tempatan di samping bagi mengurangkan kos dalam penerbitan album (purata kos penerbitan satu lagu RM5,000)
Pada mulanya, dalam hati saya berkata juga "so..what's the fuss!?... a rule is a rule!" tapi bila terkenangkan nasib artis-artis Maestro yang bakal merakam album seperti Felix, Marsha dan Yazer saya tertanya juga, tidakkah Maestro maklum akan peraturan AIM sebelum ini? Setakat ini belum ada kata putus dari pihak AIM terhadap rayuan Maestro berhubung pencalonan album Mawi. Artis-artis Maestro yang lain bakal menerima nasib yang sama sekiranya Maestro terus dengan format album 8 trek mereka dan AIM tetap dengan pendirian mereka berhubung kriteria pencalonan. Saya agak, (walaupun ada ruang) pihak AIM tidak akan mudah mengubah sistem dalam jangkamasa singkat ini di samping hendak berlaku adil kepada syarikat-syarikat rakaman yang lain. Kecuali pihak Maestro beranggapan AIM taklah penting sangat (doesn't bring any good to their artistes), mereka kenalah mengambil ikhtiar menambah dua lagi trek dalam album artis-artis mereka yang akan datang. Kalau kedekut sangat mahu berbelanja RM10,000, apalah salahnya dua slot yang kosong itu dimasukkan dua lagu terbaik artis mereka semasa konsert AF (beres, habis cerita!).
p/s: Jangan lupa Anugerah Bintang Popular Berita Harian 26 Febuary ini (errr...kurang pasti pula bagaimana pencalonan Linda)
0 comments:
Post a Comment