2 Feb 2006

Lagu rakaman versi piring hitam


Di zaman teknologi rakaman yang begitu canggih ketika ini mungkin tidak terlintas di kepala kita akan kedengaran lagu yang dirakamkan dalam versi piring hitam. Siapa pula yang ingin mendengar lagu dalam bentuk rakaman piring hitam? Bukankah rakaman digital lebih clear and crisp! Namun disebabkan teknologi rakaman yang cukup canggih inilah yang juga mampu membawa kita balik semula ke zaman grammaphon sepertimana yang dilakukan oleh penerbit album Nikki Palikat. Tak tahu pula tujuan beliau berbuat demikian. Mungkin saja untuk berseronok-seronok ataupun hendak memaklumkan kepada umum bahawa tiada yang mustahil dalam suasana canggih teknologi rakaman sekarang ini, hampir semua boleh dilakukan termasuk menggabungkan suara penyanyi yang sudah tiada di muka bumi dengan penyanyi yang masih hidup. Kalau secara visual kita pernah melihat filem diubah ke versi klasik (persembahan Aidil semasa menyanyikan lagu Tanjung Katong dalam Konsert AF3) tak silap saya inilah pertama kali sebuah karya audio diubah ke versi vintage (kurang pasti pula samada pernah dilakukan oleh mana-mana penyanyi barat). Walau apapun hasilnya agak mengkagumkan dan tidak kurang juga melucukan sehingga membuatkan saya tersenyum mendengar bunyi “krrrekek...krriikik” dan bunyi yang kurang bass juga woofernya. Nikmatilah sendiri menerusi lagu Pinta dari Nikki Palikat (yang disebut sebagai versi vintage)

dbosfm: Pernah juga saya cuba perbaiki pemain piring hitam dalam stor kami (bukan grammaphon tapi yang modern sikit), nampak gaya tak berjaya langsung jadi tikus membaiki labu pula. Entahlah kalau masih ada pakar yang boleh membaiki pemain piring hitam sekarang ini

0 comments: