27 Dec 2006

Mari layan lagu instrumental



Adakalanya terasa bosan juga mendengar lagu dengan vokal dan sekali sekala teringin juga mengubah selera mendengar lagu irama instrumental seperti tiupan saxophone Kenny G atau Dave Kozz dan petikan piano Richard Clayderman. Justeru itu saya tampilkan sebuah album instrumental terbitan tempatan bertajuk Koleksi Terbaik Instrumental Jazz M.Y. Album ini sebenarnya telah berada di pasaran sejak tahun lalu (2005) lagi. Ia menghimpunkan koleksi sepuluh lagu-lagu popular tempatan Sabah (dari pelbagai bahasa) yang dipersembahkan secara instrumental melalui permainan alat-alat muzik seperti accordian, viola dan piano. Memandangkan agak kurang album instrumental sebegini dihasilkan di Sabah, kehadiran album ini begitu saya alu-alukan. Saya muatkan lima lagu dari album ini di radioblog "Instrumental"

1 comments:

motocross gear said...

Aku ingat lagu ni lebih sesuai jadi instrumental, tapi kalau kalian ada idea lagu & lirik, boleh cuba. Cuba 3 lagu dulu (policy cadangan utk playlists sesi gubahan: setiap satu ...