12 Jun 2007

Cerita artis Malaysia bawa mikrofon sendiri



Tersenyum juga saya membaca kisah Misha Omar yang dilaporkan membawa mikrofon (dan juga sound engineer) beliau sendiri ke mana-mana konsert yang beliau terlibat. Kalau di barat fenomena artis membawa mikrofon yang mereka anggap sesuai atau sebati dengan diri mereka, ke sana sini, bukanlah suatu cerita baru. Malah bukan hanya artis rakaman, artis yang sekadar menyanyi di pubpun sering juga dikaitkan dengan cerita-cerita sebegini. Sehingga ada pihak pengeluar mikrofon yang melantik artis-artis tertentu sebagai duta jenama mikrofon mereka (konon-kononnya jenama mereka telah menjadi pilihan artis tersebut). Nampak gaya gelagat artis barat dengan mikrofon pilihan mereka sendiri telah menular pula di negara kita. Walaupun bukan suatu kejutan tapi yang saya tersentak sikit ialah bila nama Misha Omar pula yang dikaitkan dengan mikrofon beliau yang berharga RM 11,000!. Bukan bermaksud hendak memperkecil-kecilkan beliau cuma saya sering jangkakan kalau adapun artis Malaysia yang berbuat demikian mungkin dari kelompok mereka yang telah mengukir nama di luar negara seperti Datuk Siti, Amy Search (yang ni memang cerewet pasal kualiti bunyi), Anita Sarawak, M.Nasir, KRU, Ning Baizura, Jaclyn Victor atau lebih tepat menggunakan istilah "penyanyi yang bukan calang-calang" (Sheila Majid juga pernah dilaporkan berbuat demikian but I guess she qualifies sebab amat dikenali di Indonesia) . Apapun, seperti komen dari Ramli M.S (berhubung fenomena ini), memang tak salah kalau mengguna mikrofon dan sound engineer sendiri pokoknya artis tersebut bagus dan mampu. Kalau semua artis Malaysia berkemampuan seperti Misha Omar apa salahnya, sound engineer juga yang untung kata orang menguntungkan industri. Cuma mungkin trend sebegini adakalanya sukar diterima oleh sesetengah pihak dan bakal menjadi bahan sasaran senda gurauan. Selepas ini jangan hairan kalau keluar pula berita Mawi menggunakan mikrofon dan sound engineer sendiri!


Filem Dukun terus dinanti

Kalau artis Malaysia dilaporkan membawa mikrofon sendiri ke mana-mana, artis Indonesia pula dilaporkan membawa bomoh persendirian mereka ke sana sini. Sampai begitu sekali dong!. Motif? Mungkin anda semua boleh jangkakkan.

Dan bercakap mengenai bomoh/dukun, here's the trailer of the much awaited local film 'Dukun' terbitan Astro/Shaw.




Filem ini sebenarnya telahpun mendapat kelulusan dari Lembaga Penapis Filem Negara dan diberi rating 'U'. Namun begitu penayangannya di panggung tertangguh sebanyak dua kali iaitu pada bulan Disember tahun lalu dan Mac tahun ini. Berbagai alasan diberikan. Tapi pada pandangan saya alasan yang kedengaran agak logik ialah, pihak keluarga yang terbabit menuntut bayaran hakcipta filem tersebut. Yang menariknya walaupun filem ini berkisar kepada kes popular Mona Fandey, seorang dukun bersama-sama sekutu beliau membunuh Adun Batu Talam Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993, nama-nama mereka tidak pernah disebut-sebut. Kalau baca laporan akhbar kebanyakannya menyebut ..."filem ini 'dipercayai' berdasarkan kisah Mona Fandey". Seolah-olah pihak penerbit enggan atau mengelak untuk mengkaitkan cerita filem ini secara langsung dengan trajedi tersebut walaupun mempamerkan kenyataan "berdasarkan kisah benar". Adakah pihak keluarga terbabit menuntut bayaran hakcipta bila diperhatikan ada persamaan yang begitu ketara? Mungkin jugakah rundingan dengan keluarga terbabit sedang rancak berlangsung sekarang ini?

P/s: kalau tajuk filem ini diubah kepada "Lapan Keratan" lagi best berdasarkan laporan yang menyebut mangsa terbabit dikerat lapan!

Vote for Infinatez!

0 comments: