19 Jul 2006

Lotter mangsa konspirasi?

KOTA KINABALU 18 Julai – Penyokong fanatik pelajar Akademi Fantasia 4 (AF4), Lotter di sini tidak puas hati dengan penyingkiran anak kelahiran Sabah itu yang didakwa berunsur konspirasi.Pengerusi Kelab Penyokong Artis Tempatan Sabah merangkap Ahli Jawatankuasa Kelab Peminat Lotter, Mohd. Johawaliah Jamsin berkata, ia berikutan banyak persoalan timbul dengan cara pengendalian khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dikendalikan Astro.“Seolah-olah terdapat unsur sabotaj apabila SMS undian terhadap penyanyi itu dihantar tidak diterima pada malam konsert. Kes seperti ini sama dengan apa yang terjadi dengan peserta AF2 iaitu Linda dahulu.“Kami berharap pihak Astro bersikap lebih terbuka. Mereka harus dinilai daripada bakat dan bukan daripada perkara-perkara luaran yang tidak ada kena mengena,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.Lotter atau nama penuhnya Lotter P. Edwin Edin yang berasal dari Membakut menjadi pelajar ketujuh AF4 tersingkir daripada program realiti itu, Sabtu lalu kerana memperoleh undian terendah berbanding pelajar lain.Mohd. Johawaliah berkata, kelab itu dihujani ratusan panggilan telefon daripada ahli kelab terutama dari Membakut, Beaufort, Papar, #BAIK#nis dan Kota Belud yang meluahkan kekecewaan dengan sistem SMS pada malam itu yang seolah-olah menyekat undian dari Sabah.Beliau berharap pihak Astro dapat menimbangkan semula keputusan penyingkiran Lotter dan tidak mensia-siakan bakat tersendiri yang ada padanya.“Lotter mempunyai potensi besar dan telah dibuktikan melalui pujian oleh pengkritik profesional termasuk komen yang diberikan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza,” katanya.Beliau bimbang kredibiliti Astro dalam mengendalikan rancangan hiburan nombor satu negara itu akan terjejas hanya disebabkan beberapa perkara yang menimbulkan persoalan.
P/s: Masa kami undi..ok saja! Lebih-lebih lagi kalau guna butang R.

0 comments: