2 Jul 2006

Bila badut sarkas jadi pengkritik

Pemilihan lagu yang kurang sesuai kepada beberapa pelajar seperti Salima, Diddy, Haziq, Amirul dan Faizal, menjadikan Konsert AF4 untuk minggu kelima sedikit hambar. Konsert kali ini juga sekaligus menyaksikan pemergian Salima satu-satunya pelajar wanita bertudung yang berjaya menjejakkan kaki ke Akademi. Persembahan beliau yang ala kadar mendendangkan lagu Kelly Clerkson “Because of You” gagal meraih undi yang cukup untuk membantunya kekal bersama-sama pelajar lain di Akademi. Kehadiran AC Mizal dengan kostum Cek Mat Poinya (CMP, sebuah watak dalam show beliau “AC Di Sini”) pula seolah-olah menjemput badut sarkas sebagai pengkritik justeru memperlihatkan sebuah senario olok-olok (tidak serius)

Ulasan persembahan pelajar

1. Diddy (Biar Betul) – Sekali lagu menampilkan persembahan yang menarik seperti juga dengan persembahan-persembahan beliau sebelum ini. Mungkin juga beliau ini menganggap konsert mingguan AF sebagai salah satu sesi persembahan beliau di Bora Ombak (digambarkan melalui aksinya meminta sahutan penonton). Cuma yang tidak kena kali ini ialah bila beliau kelihatan keperitan dan terseksa pada bahagian korus lagu yang mungkin agak tinggi untuk tahap beliau.

2. Lotter (Bila April)– Hmm...pada pendapat saya alang-alang Lotter disuruh duduk lebih baik saja bagi gitar sebagai gimik (kalau tak silap saya, beliau juga boleh bermain gitar). Aksi beliau duduk sepanjang mendendangkan lagu ini macam kurang sesuai dan agak tense sedikit penampilannya. Walau apapun dari segi vokal tidaklah teruk sangat (kecuali satu bahagian korus akhir yang hampir-hampir tidak kesampaian). Lagu ini sebenarnya ada iras-iras lagu “More Than Words” salah satu lagu kegemaran Lotter (mengikut biodata beliau). Secara peribadi saya lebih menyukai tone suara beliau untuk lagu ini, seandainya Lotter suntik lebih penjiwaan, penghayatan serta melembutkan sedikit bahagian-bahagian tertentu pada lagu ini. Khidmat Amirul sebagai penyanyi latar begitu mencuri pendengaran (brilliant)

3. Salima (Because of You) – Lagu ini agak susah juga bagi seseorang yang baru mempelajarinya. Korus lagu dengan baris lirik “because of you..!” yang perlu dinyanyi berulang-ulang memerlukan kecekapan “mencuri” nafas (mungkin untuk tahap seperti Salima ada baik juga bahagian ini dinyanyikan saja oleh penyanyi latar). Penghayatan dan penjiwaan Salima untuk lagu ini agak kurang. Mungkin berkait rapat dengan faktor bahasa. Key lagu juga direndahkan justeru kedengaran sebuah muzik yang agak sepi tanpa elemen dramatik.

4. Haziq (Juwita Citra Terindah) – Secara amnya, Haziq gagal membawa lagu ini dengan baik. Cukup tersiksa kelibat beliau menyanyikan lagu ini. Tekak seolah-olah hampir-hampir tercekik pada bahagian bernada tinggi lagu ini. Aksi tarian beliau melompat-lompat juga agak janggal.

5. Amirul (Lagu Zaman) – Satu lagi contoh paling ketara kesilapan memberi lagu. Semuanya serba-serbi tak kena. Amat jelas kedengaran suara menggigil. Vocal support agak lemah dan vibrator suara tak stabil. Namun kesungguhan beliau menjiwai lagu ini harus diberi pujian walaupun kurang menjadi.

6. Velvet (Sangkar Cinta) – Kecuali sepatah perkataan yang Velvet tak tersebut (terlupa?) tiada kecacatan lain, dari segi vokal pada persembahan beliau. Mungkin dari sudut persembahan pentas serta penghayatan wajah beliau, sedikit sebanyak mengundang kritikan negatif. Pengkritik Juliza Adzilan seakan-akan kurang menyokong Velvet. Jelas kelihatan wajahnya macam dikerutkan (mimik muka yang lazim diguna untuk meluahkan perasaan benci) semasa memberi komen negatif kepada Velvet (saya perhatikan semasa Juliza memberi komen berbunyi negatif kepada Faizal dan Farhan kelihatan wajahnya tersenyum dan ceriah seakan berkata dalam hati “sayang awak!”...hmm!) Memandangkan ada scene dalam Diari AF di mana Velvet terlupa lirik lagu, saya berpendapat reaksi beliau yang seakan-akan bingung di pentas hanyalah sekadar berhempas pulas mengingati lirik, kalau tidakpun mungkin sedang menghafal step koreografi.

7. Faizal (Terharu) – Seperti Diddy, Faizal cuba membawa lagu ini dengan bersahaja. Malangnya kurang berjaya. Kelihatan juga betapa seksa dan peritnya beliau menarik suara sehingga kelihatan urat-uarat pada leher.

8. Farhan (Biarlah Rahsia) – Pembukaan serta penutupan lagu ini dilakukannya dengan baik dan berkesan, sehingga kecacatan suara beliau pada bahagian akhir korus lagu, tidak disedari (atau mungkin memang sengaja tidak diendahkan sangat) oleh pengkritik. Kecacatan suara yang saya maksudkan ialah bilamana Farhan terseksa dan hampir-hampir tak mensasari nota dengan tepat (walaupun key lagu ini sebenarnya telah direndahkan)


Pilihan terbaik minggu ini

1. Farhan/ 2.Velvet /3. Diddy/ 4. Lotter / 5. Faizal / 6. Salima. /7. Haziq/ 8. Amirul

Vokal terbaik: Velvet
Persembahan terbaik: Farhan


P/s: Lagu Bila April (Lotter) dan Sangkar Cinta (Velvet) boleh didengari di radioblog

3 comments:

Rose said...

Memang konsert yang paling membosankan.

kesian juga pd. velvet. Drp 5 konsert, hanya sekali sahaja beliau diberikan lagu slow... lain masa, dia seakan di dera dgn lagu2 rancak sedangkan ada pelajar yg tdk pernah sekali pun diberikan lagu rancak setakat ini... hai!!! astro... ada adegan tdk adil lagi ke???

dBOS-fm said...

Ya betul tu...harap2 Velvet dpt bertahan lama...so mungkin lepas ni banyak lagu slow yg menguji kemampuan suara dia..mcm lagu "I'll be there" by Mariah Carey kah..

Anonymous said...

ntah apa2 pengkritik perempuan tu..teringin nak dengar pengkirik tu menyanyikan lagu sangkar cinta :)