14 Jul 2006

Gosip cinta DJ Selina-Felix AF3

SMS romantis pengganti diri?

Oleh BOYD PV

Hiburun Harian Ekspres

boyd_pv@yahoo.com


Belumpun reda gosip panas mengaitkan bintang AF2 Linda Nanuwil dengan Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Masidi Manjun, terdengar pula gosip percintaan hangat bintang AF3 Felix Agus dengan seorang personaliti radio Sabah V fm, DJ Selina Light. Hubungan intim mereka dikatakan berputik sejak penghujung tahun lalu apabila Felix bertandang ke RTM Kota Kinabalu. Pertemuan kali pertama di stesan penyiaran itu dikatakan mencetuskan bibit-bibit cinta. Malah ada peminat medakwa pernah beberapa kali terserempak dengan Felix dan Selina di pusat beli belah di Kota Kinabalu. Ada pula yang mendakwa mereka kerap berbalas kiriman SMS romantis, lagak orang bercinta sakan. Sejauh mana benarnya gosip ini? Sejak awal bulan lepas, Hiburan Harian Ekspres kerap diasak dengan pertanyaan daripada pembaca yang inginkan kepastian mengenai gosip hangat itu. Namun semakin perkara itu cuba didiamkan, semakin yang galak membuat pelbagai andaian. Untuk mendapatkan jawapannya , penulis cuba menghubungi Felix. Malangnya, panggilan penulis hanya dijawab pleh mesin. Beberapa pesanan ditinggalkan tetapi tidak pernah mendapat maklumbalas. Kiriman SMS juga tidak pernah dijawab.

Gagal mendapatkan komen Felix, penulis mendekati DJ Selina Light. Pertemuan berlangsung di Amy’s Kitchen, Jalan Gaya, Kota Kinabalu minggu lepas. Diminta mengulas gosip itu. Selina sekadar tersenyum – mengiyakan tidak, menafikan pun tidak. “Saya tidak terkejut dengan gosip ini kerana sebelum inipun saya sudah pernah dengar orang berbicara mengenainya. Malah saya sendiri pernah ditanya soalan itu.” Sebagai artis, Felix cukup dikenali. DJ Selina juga mempunyai nama yang kuat dalam bidang penyiaran. Sudah tentu gosip cinta mereka mengundang rasa ingin tahu peminat. Lagipun, sebelum ini, Felix kerap dikaitkan dengan Akma, teman seangkatan nya di AF3. Kini, tiba-tiba pula Felix dikaitkan dengan DJ Selina. “Saya sebenarnya tidak tahu nak kata apa dan rasa kekok kerana belum pernah ada wartawan tanyakan soalan ini kepada saya. Saya fikir perkara-perkara seperti ini terlalu peribadi untuk diperkatakan.” Terlalu peribadi, ungkapan seolah membayangkan ada sesuatu di antara Selina dan Felix. “No comment,” katanya sambil ketawa manja. Anda dan Felix dikatakan sering bertemu apabila bintang AF3 itu berkesempatan pulang ke Sabah. Malah, ketika berjauhan SMS dikatakan menjadi pengganti diri. Komen anda. “Saya keberatan untuk memberi sebarang komen . Saya ini perempuan, tak manis jika saya berbicara mengenainya. Lagipun apa kata peminat Felix nanti.” Di luar sana , peminat mula bercakap mengenai hubungan anda dengan Felix.

Hiburan Harian Ekspres ingin memberi anda peluang untuk menjelaskan mengenai gosip yang semakin hangat mengaitkan anda dengan penyanyi itu. “Beginilah, saya memahami tugas anda sebagai wartawan. Tapi sebagai seorang perempuan, ada baiknya jika saya tidak bercakap mengenai perkara ini.” Hiburan Harian Ekspres sekadar inginkan jawapan “ya” atau “tidak” daripada yang empunya diri. Dan sekali lagi, Selina menjawab: “no comment.” Selina memberitahu dia lebih selesa bercakap mengenai kerjayanya sebagai penyiar di Sabah V fm dan bukannya gosip cinta. No comment adalah jawapan yang selamat. Tapi ada kalanya ia mengundang lebih banyak spekulasi. Usaha Hiburan Harian Ekspres untuk mengorek kisah cinta mereka tidak berjaya, sekurang-kurangnya buat masa ini.Penulis berharap sangat untuk dapat berbual dengan Felix dalam masa terdekat bagi meleraikan persoalan daripada peminat-peminatnya yang mahukan kepastian.

Diajak bercerita mengenai kerjayanya, Selina kembali bersemangat. “Saya mula bertugas di RTM Kota Kinabalu pada 19 April 2005,” kata DJ berdarah campuran Kokos dan Cina ini. Dilahirkan di Sabah dan dibesarkan di beberapa tempat di Malaysia dan Singapura, Selina fasih bertutur dalam bahasa Cina (Kantonis, Mandarin dan Hakka), Melayu dan Inggeris. Selain bertugas di konti Sabah V fm, Selina menerbitkan rancangan popular stesen penyiaran itu, Local Top 10, sebuah carta lagu-lagu Inggeris tempatan. “Saya mengambil alih program itu daripada DJ Constan ketika dia bertukar tempat kerja ke Traxx FM. Pada mulanya, agak kekok juga mengendalikan rancangan yang sedia mempunyai ramai pengikut itu. “Rasa bimbang pun ada kerana takut tidak menepati jangkaan peminat sedia ada rancangan itu.””Tapi selepas beberapa minggu mengendalikan, saya semakin selesa dan bersyukur kerana peminat rancangan itu dapat menerima cara saya.” Local Top 10 memang mempunyai ramai peminat tetapi ada juga yang tidak berpuas hati kerana senarai lagu-lagu yang bertanding dalam carta agak statik sejak beberapa bulan lepas dengan lagu-lagu yang sama mengisi carta. Komen anda selaku penerbit?

”Itu saya akui tetapi pendengar perlu maklum, tidak ramai penyanyi tempatan kita merakamkan lagu-lagu dalam bahasa Inggeris. Apabila tidak ada lagu-lagu diterima, lagu-lagu yang sedia ada akan kekal dalam carta. “Kerana itu saya mengalu-alukan mana-mana penyanyi atau kumpulan yang ada merakam lagu Inggeris agar menghantar CD kepada saya untuk kami nilai dan jika sesuai, saya boleh calonkan dalam carta.Lagu itu mestilah ciptaan sendiri dan lirik mestilah dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Kalau bahasa rojak, kami tidak akan terima.”Jadi apa tunggu lagi, ini peluang anda untuk menyertai carta popular Local Top 10. Hantarkan CD anda ke RTM Kota Kinabalu untuk perhatian DJ Selina. Dalam pada itu sekiranya anda ingin memberikan maklumbalas terhadap dua pelajar dari Sabah di Akademi Fantasia 4, Lotter P Edwin Edin dan Velvet Lawrence Aduk, anda boleh menghantar komen anda kepada penulis. Selepas enam minggu di Akademi, anda tentu mempuyai banyak perkara untuk diperkatakan mengenai kedua pelajar itu. Hantarkan komen anda kepada ke alamat boyd_pv@yahoo.com

0 comments: