24 Mar 2007

Diari AF - ratapan anak Sabah

Diari AF semalam memaparkan adegan pelajar-pelajar diminta oleh Dr. Love menceritakan latar belakang keluarga mereka. Tak pastilah pula apa tujuan sebenar dilakukan sesi ini sebab seingat saya tiada sesi serupa diadakan pada musim-musim lepas.

Aswad (Pulau Pinang):....saya ni anak yatim piatu
dB: isk! (<----teresak sekali saja tau...sedih juga baitu)

Candy:.....walaupun bapa saya sebelah ja tangan saya tetap bersyukur sebab ada bapa
dB: Doiii dogo sian!....(tus secepat kilat afundi sambil terketar-ketar tangan...menitis-nitis air mata)

Farha:.....kalau kawan yang lain ibubapa bercerai....saya pula Allah kurniakan dua bapa...dua mama
dB: aikk!! tamahak juga!....magic... macam mana tu ah...
Farha:...masa saya darjah lima ibubapa saya bercerai...bapa kahwin baru...mama kahwin baru..jadi dualah bapa saya dan dua mama saya..
dB: Oh macam tu pula....suspen aku!

Ebi :...sejak kecil saya susah...kici2 lagi sudah ikut bapa saya yang kerja buruh kasar buat simen
dB : Bagus lah tu, dilatih dari kecil..apa pula masalahnya?
Ebi: Rumah kami sekarang mana ada elektrik!
dB: *tercengang*
(dengar cerita si Ebi ni pernah sekolah Sanzac sampai Form 5...keturunan Pilipin...hmmm! konon2 ada mix spanish!)

Noni: (Diiringi lagu syahdu sentimental Jipun *motif!?*)......SATU BIJI TELUR KAMI BEBAGI LIMA ORANG!<---siapa boleh lawan!
dB: *pengsan*

Tengok channel @ 15...berpusu-pusu mesej simpati terhadap Ebi dan Noni...."Si Noni tu mama dia cina bapa bajau...sudah bacarai...tapi mama kawin baru orang Menumbok" teriak satu mesej. "Mana ada mama dia di menumbok...sana mama dia tinggal di tg aru...kerja tukang sapu di centre point...sya kanal bah durang ni" jerit satu mesej lagi! (nasib baik yang ni tidak mengaku cousin). "Mama si noni ramai adik beradik" (so!)...hhmmm....yang pasti peratus afundi Noni terus naik! Yang saya tergelak habis bila baca mesej di bawah ni...

Chatter: Kamurang ni... si Noni belum habis cakap lagi ba tu...satu biji telur tu maksud dia telur burung unta...besar bah tu cukup untuk 20 orang!

Kakakaka....

Terimalah video "Ratapan Anak-Anak Sabah" (sediakan tissue paper)


I don't know about you guys...tapi adegan si Dekna ke klinik ni betul-betul buat aku sakit perut ketawa...mengandungi unsur-unsur kelakar yang kuat..kekek


Teman tapi teramat mesra!


Saya terkejut juga bila tengok pelajar-pelajar ni tiba-tiba melukis di dinding. Sebab saya pernah suggest dulu (melalui saluran-saluran tertentu) daripada mereka melepas geram dengan memecahkan pinggan, lebih baik diganti dengan 'punching bag' ataupun 'grafitti wall'. Tapi mungkin juga ramai lagi yang suggest benda yang serupa. Apapun yang penting my wish termakbullah juga!Hehe...

2 comments:

scias said...

hahaha telur burung unta..ada kebenaran juga tu

si Ebi tu bukan pilipin..dia anak Om

si Farha nopo nga 'bajau semporna' ka boh

si noni konon the mother is chinese

apa2pun candy jugalah anak KADUS :)

dBOSfm said...

Om kah c Ebi?...syapun konpius...kalau betul..kira Om paling ensemlahkan d Sabah. Sya ada 2 org kwn mix Om + Kadazan..teda juga mcm muka dia ni..hehe...neway dia ni memang pemesbah dlm arena olahraga Sabah. Pet event dia 400 m hurdles (kira harapan Sabah dlm acara ni)...tpi semenjak cedera dia tukar p 400 m flat..seangkatan ngan Faisal Maslin (sprinter Sabah). Ada artikel pasal persediaan c Ebi ni sebelum Sukma Sabah 2002. Balik2 juga jumpa dia ni d stadium likas...tpi time tu rambut bukan menggerbang..tapi fesyen yg melekat di kepala. Tdk sangka langsung budak mcm dia ni terror baca doa!...hehe!