MEREMANG bulu roma Marsha apabila menerima panggilan daripada orang kenamaan yang sanggup membayarnya RM6,100 semalam semata-mata untuk bertemu dan mengenalinya dengan lebih rapat lagi.Kejadian itu berlaku selepas bintang Akademi Fantasia 3 (AF3) itu menjayakan persembahan di Subang, Selangor, baru-baru ini.
“Pada mulanya, saya dihubungi seorang lelaki yang memberitahu bosnya ingin berjumpa saya. Tapi apabila lelaki itu memberitahu sejumlah bayaran yang saya akan terima hasil pertemuan itu, saya berasa takut dan terus memutuskan talian telefon bimbit.
“Sejak kejadian itu, saya memang berasa takut untuk menjawab panggilan telefon orang tidak dikenali terutama daripada orang kenamaan,” katanya.
Bagaimanapun, Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh menganggap apa yang berlaku itu sebahagian asam garam dunia seni.
“Terus terang, saya sanggup bekerja keras siang dan malam daripada mendapat wang dengan cara mudah seperti itu. “Kejadian yang berlaku itu tidak sedikit pun mematahkan semangat saya untuk terus menempatkan nama di persada seni tanah air,” katanya.
Buat masa ini, Marsha berkata, fokusnya hanya pada kerjaya seni.Justeru, apabila tersebar gosip mengenai dirinya dibuang keluarga kerana hubungan cinta tidak direstui dengan Kefli AF3, Marsha berkata, dia berharap pihak yang menyebarkan gosip itu menghentikannya dengan segera.
“Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai gosip itu.
“Apa yang penting, hubungan saya dan keluarga tetap utuh seperti dulu. Saya juga pulang ke kampung untuk bertemu keluarga ketika menjayakan persembahan bersama Felix sempena Pesta Menuai untuk RTM
“Saya terpaksa menerangkan perkara sebenar pada keluarga supaya tidak terpengaruh dengan cerita dan tohmahan seperti itu.
“Saya sedar memang ada segelintir orang yang ingin menjatuhkan nama baik seseorang artis dengan menyebarkan cerita seperti itu. Saya juga perlu lebih berhati-hati dalam mengatur langkah,” katanya.
Sejak gosip itu tersebar, kata Marsha, hubungannya dengan Kefli juga renggang.
“Saya terpaksa menjarakkan hubungan dengan Kefli kerana tidak ingin mengeruhkan keadaan.
“Kami juga sudah jarang berjumpa. Kami masih rapat lagi tapi sekadar kawan biasa saja. Buat masa ini, biarlah saya serahkan soal jodoh pada Tuhan,” katanya.
Sekalipun belum ada album, tawaran menjayakan persembahan makan malam korporat tetap tidak putus diterima anak kelahiran Tamparuli, Sabah ini.
“Saya lebih suka melihat setiap kejadian itu dari sudut yang positif.
Justeru, apabila ramai bertanya bila saya akan muncul dengan album, jawapan saya mudah saja, iaitu ada orang terpaksa menunggu 10 tahun baru dapat keluar album,” katanya. Marsha berkata, setakat ini, lima lagu sudah siap untuk dimuatkan dalam albumnya nanti.
“Setakat ini, pembikinan album berkonsep campuran itu sudah siap 60 peratus. Maklumlah, Ajai sibuk dengan pembikinan albumnya, Best Of Ajai.
“Saya juga berduet dengannya lagu Aku Cinta Aku Rindu (versi unplugged) dan ada beberapa lagu lagi dalam albumnya itu.
“Apa yang penting, Ajai tahu lagu yang sesuai dengan vokal saya dan faham tone suara saya. Saya harapkan album ini akan menjadi hit nanti. Menurut Ajai, album ini dijangka siap tahun ini juga,” katanya.
Bagaimanapun, kata Marsha, semuanya bergantung pada keadaan ekonomi negara nanti.
“Saya difahamkan pihak pengurusan Maestro, tahun ini tidak bagus untuk pasaran album tempatan,” katanya.
Dalam pada itu, kerjaya lakonan Marsha juga berjalan lancar.
“Orang mungkin tidak nampak kerjaya nyanyian saya kerana tidak ada album baru.Tapi dengan berlakon sekurang-kurangnya saya masih wujud di persada seni tempatan
“Sementara tunggu album, apa salahnya kembangkan bakat lakonan sedia ada supaya orang tidak lupakan saya,” katanya.
Marsha ditemui sempena pelancaran drama online pertama Kerana Karina 2 di Kafe Bijou, Mont Kiara, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Teraju utama Kerana Karina 2 ini berkata, wataknya pada musim kedua ini cukup mencabar dan lebih berkembang.
“Apabila dapat skrip Karina 2, saya akui susah untuk melakonkannya. Saya juga perlu mengkaji skrip berkenaan lebih mendalam lagi.
“Musim pertama dulu, Karina mungkin nampak masih naif lagi. Bagaimanapun, pada musim kedua, Karina lebih jahat dan banyak babak menangis dan marah-marah.
“Suara saya sengau pada musim baru ini kerana demam ketika itu,” katanya.
Pada masa sama, Marsha mengakui dia beruntung kerana pelakon lebih berpengalaman seperti Sazzy Falak, Zizan Nin dan Norman Hakim tidak kedekut ilmu membantunya menjiwai watak Karina dengan baik.
Selain Karina 2, Marsha juga menjadi hos untuk program Gaya Ratu untuk RTM.
“Gaya Ratu akan disiarkan Jun atau Julai nanti. Saya berpeluang menemu bual pereka fesyen terkenal tanah air dalam program ini.
“Selain nyanyian dan lakonan, bidang pengacaraan juga cabang seni yang saya minati. Apa salahnya saya merebut apa saja tawaran yang datang, demi misi menjadi anak seni versatil,” katanya.
Sumber

0 comments:
Post a Comment