[quote] ...Tanpa berselindung, dengan titisan air mata di pipi, anak kelima daripada enam adik beradik ini mengatakan dia tidak sempat pun mengambil peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya diduduki tahun lalu. Ini kerana Stacy terpaksa berkorban untuk adiknya yang masih lagi bersekolah.
"Saya tidak sempat ambil SPM kerana waktu itu keluarga hadapi masalah termasuk masalah kewangan. Jadi saya ambil keputusan nekad berhenti sekolah dan berkerja untuk beri peluang kepada adik saya ke sekolah.
"Sebelum berhenti sekolah pun saya sudah buat dua kerja, satu bekerja di kelab dengan menyanyi dan juga sebagai pelajar di sekolah St. Micheal Penampang," cerita Stacy dalam nada terharu.
Bagaimanapun, jelas gadis berusia 18 tahun ini, dia berazam untuk menghabiskan baki pelajaran yang ditinggalkannya dulu demi menjadi seorang yang berilmu.
"Siapa kata saya tidak mahu ambil SPM? Kalau boleh saya mahu habiskan pelajaran tahun ini tetapi terlibat dengan AF pula, jadi saya akan ambil SPM tahun depan," azam Stacy yang dikongsi bersama dengan media beberapa detik selepas kemenangannya... [/quote]
2 comments:
hi there...
what!dia tak abis skol ka..kasian..berkorban tuk family kan..
i adore her so muchh!
Hi..
Yupp...betul tak habis skol. Begitulah alkisahnya..:)
Post a Comment