



Seriband
Seperti biasa klik saja keratan akhbar untuk versi jelas dibaca
Album baru tempatan kali ini menampilkan sebuah album yang dijayakan oleh empat orang penyanyi yang mempunyai nama bermula dengan huruf "J", mereka ialah Jaslinah Mojinol, Junih Mojinol, Junis Korom dan Justin Jailip. Keempat-empatnya bergabung tenaga menjayakan album yang diberi jodol Mixed Pop Sumayau. Dari jodol album, memang tepat kesemua sepuluh lagu lagu dalam album ini berentak pop sumayau (tiada lagu sentimental). Antara lagu yang menambat hati saya ialah lagu yang berjodol "Arud" dan "Raraa Di Oi Timbang" kedua-duanya nyanyian Junih Korom. Lagu-lagu ini menampilkan sedikit kelainan dengan penglibatan vokal latarbelakang berharmoni yang agak menarik. Kebanyakan lagu-lagu dalam album ini sebenarnya dinyanyikan dalam bahasa Dusun dari suku kaum Dusun Sungoi-Lingkabau dan ada juga dalam bahasa Dusun Sonsogon. Kepada anda yang meminati irama muzik Pop Sumayau dan ingin menyanyi lagu dalam bahasa Dusun dari suku kaum yang disebut tadi, inilah peluangnya.
P/s: Klik gambar untuk versi besar, jelas dibaca.
Penangkapan seorang wanita baru-baru ini, yang mengendalikan perniagaan membuat/menjual MyKad, Sijil Kahwin, IMM13 tiruan...all in the comfort of her home...memberi ilham kartunis Langkawit menghasilkan katun di bawah
Kartunis Mz. Apple memberi idea bagaimana mengelak driving tester gatal (yang suka meramas pelajar memandu perempuan...dikhabarkan...kononnya tester berkenaan tidak kasi pass pelajar sekiranya beliau gagal meramas!...kekekek!)
Belum sempat saya post keratan akhbar tersebut, blogger SELBORN telahpun memperolehi maklumat berhubung senarai 31 peserta berkenaan yang diperolehi melalui akhbar Kosmo. Saya jangkakan pegumuman akan hanya dibuat setelah proses ujibakat KL selesai. Nampak gaya jangkaan saya kurang tepat.
Terdapat beberapa nama artis popular Sabah yang tersenarai antaranya ialah Ivye Alexander, Haider (top 20 AF3) dan sebuah nama yang dieja sebagai Teno Rodney Fabianus (adakah beliau ini Reno Roney Fabian, juara KDM Idol 2005?)
Bagi saya album ini mempunyai banyak daya tarikannya. Selain daripada rekabentuk grafik sampul yang unik dan agak berlainan, hampir kesemua sepuluh lagu yang dipersembahkan juga mempunyai kualiti yang boleh dibanggakan.. Selain “Kopusan”, lagu berjodol “Ama” yang diangkat sebagai jodol album ini tidak kurang hebatnya dengan lirik yang cukup menyentuh perasaan….”kada kaus oi ama kuma doho, tu kakal oku poh dot…oupus….dikoyu!” (wajib diputarkan sempena Mother’s Day!).Vokal Robert pula tidak kurang menariknya dan bolehlah saya klasifikasikan dalam kategori bernada tinggi. Malah semasa mula-mula mendengar lagu beliau “Kopusan”, persembahan vocal beliau dalam beberapa bahagian lagu tersebut, kadangkala mengingatkan saya kepada cara tarikan suara penyanyi kumpulan The Air Supply.
Another Idols! (sigh!)...
....and this time it's the inaugural City Idol singing contest! Organized by Kota Kinabalu City...(hopefully the next edition will involve cities from all over the world!)
Well..hopefully the real talents, especially those local pub singers, come out in full force for this 3-day event (9 - 11 April)......good luck guys!
Click here for more details and photos of the happenings in KK.
Dari kelompok jammers ini tampil sebuah kumpulan trio yang menamakan diri mereka Nokuro 29, yang muncul dengan album sulung mereka, Nokuro Tu (Kenapa Tu?). Menariknya Nokuro 29 ini ialah bahasa Dusun dipertaruhkan sebagai lingua franca curahan emosi menerusi genre muzik yang cuba mereka ketengahkan iaitu "freepop punk ska" .
Hasilnya? Bolehlah ditinjau dari dua aspek, aspek seni/karya muzik dan juga aspek teknikal. Untuk aspek pertama, jauh dari mengecewakan, malah tahap kreativiti trio ini dalam bidang penciptaan muzik amat mengkagumkan. Semuanya telah dibuktikan menerusi lagu-lagu ciptaan mereka sendiri seperti "Nokuro Tu", "Aramaiti Ska", "Koupusan Ku", "Ona Ku", "Trust Pada Bulan" (yang ini dijamin membuat pihak Dewan Bahasa pening!) dan selebihnya. Kekuatan vokal ketiga-tiganya tak perlu disangkal, masing-masing dengan keistimewaan tersendiri. Vincent memiliki vokal yang sesuai membawakan lagu "heavy" (dan memang itulah tugas beliau dalam album ini). Sementara Uyu (Trust Pada Bulan) dan Rydu (Ona Ku) pula selesa dengan lagu yang sederhana berat dan ringan masing-masingnya. Dari aspek teknikal pula (kualiti bunyi/adunan), hanya yang mampu saya katakan ialah, masih terdapat beberapa kekurangan yang perlu diperbaiki.
Trio ini mampu melangkah lebih jauh dan andaikata segalanya berjalan dengan baik, mereka mampu menyaingi kumpulan muzik lain. Dari segi penampilan imej, tidak jauh bezanya dengan penampilan imej kumpulan Peterpan, Sheila On 7, Radja dan yang lainnya. Vokal serta mutu komposisi lagu juga agak setanding. Walau apapun, segala kekurangan dalam album pertama ini besar harapan ianya akan dapat diatasi dalam album-album Nokuro 29 yang seterusnya. Semoga Nokuro 29 akan berjaya menarik perhatian lebih ramai kelompok remaja mendekati album tempatan dan seterusnya menjadi perintis serta pendorong kepada golongan jammers remaja yang lain untuk menghasilkan album.
P/s: Ucapan jutaan terima kasih (tahap gaban)...kerana menyebut sekali dbos-fm dalam kredit (terharu!)
Setelah selesai episod pertama, rakaman musik dan suara serta proses-proses pembentukan hasil akhir yang dipanggil sekeping CD atau kaset, episod ke dua yang rupanya bukan mudah, mula memaksa peluh kami membintik di dahi. 31 Mac, 1000 unit keset Nokuro29, sudah siap dipek dalam lima kotak yang menyesakkan ruang studio Bamboo Sound, beralih tangan setelah wang akhir bertukar dompet. Si Felix Don, Jude (pemuzik) dan si Rayner (cameraman BSS) mula menggeratak..” Ha…sikarang suda jadi artis oooo… mesti pandai layan peminat ooo…”. Vincent29 dan Uyu29 serta saya (seriband), dalam hati “artis apa…1 album pun belum tentu terjual… jangan2 jadi macam ‘Rimba Bara’- Sebuah band yang hampir terkenal- filem Rock…arggg.. Oh ya..si Rydu tidak dapat ikut pasal tidak dapat kebenaran keluar asrama har..har..har
Petang 31 Mac sekitar jam 4:30 ptg, karya N29 diperdengarkan secara rasmi dengan diakui sticker ori di ruang legar kedai keset Bamboo . Agak kelucuan serta sedikit gementar (campur sikit panik) bila lagu ‘Nokuro tu..’menyisip telinga orang ramai yang entah apa reaksi mereka. Bediri bulu tengkuk tedengar lagu sendiri di khalayak ramai. Haraplah konsep ini boleh diterima…. Si Dawirondu senyum lebar time kami singgah kejap. Eh…senyuman dia tidak menyeramkan tau!
1 April sekitar 8.00 pagi dengan azam yang tinggi dan semangat berkobar-kobar, 3 kotak (600 unit) kami sumbat dalam transport rasmi si kembara EX ( non- full aksesori, keset player je) menuju puncak…KOTA KINABALU, KAMI DATANG MENCABAR ENGKAU..Destinasi pertama kami tiba, label ‘Sabah Record’ tertera megah satu bangunan 2 atau 3 tingkat(lupa) . “okey Uyu… bawa 30 unit, alala…tiada tempat, lupa bawa beg kecil,” cari punya cari nampak beg plastik celah bangku belakang. Hantam sajalah.. jangan bekas plastik ikan masin..sudah. “Bagus bawa satu kotak”, cakap si Uyu. “Kita test dululah sikit2,” balas saya.
Konpiden masuk SR , dengan peluh sana-sini ( tida berapa biasa cuaca KK) cari kunun Boss SR. Boss SR tiada, jumpa …(?) “Aaa..apa lagu? Lagu mulut (murut) ka? Boss tiada oo…tida belani ambil oo..”
Itulah yang dikatakan episod ke 2. Pemasaran, penjualan produk. Datang jauh-jauh, semangat mendidih-didih , konfiden 101% last-last dibantutkan dengan halangan yang langsung kita tiada kuasa mengubahnya.
“Lu datang lain kali lo…bila ada boss, kasi tinggal 1 keset lo… kasi dingar boss, you ada nombor pon ka? Kami melangkah longlai dari kedai keset Sabah record. Nasip kau tida usung satu kotak Uyu…har…har…har
Plan ke-2 cari OPT asia city..menurut Puan Dusiah (boss BSS) depan panggung wayang Kilan , pusing-pusing jalan kaki (pakai kereta takut susah cari paking) jumpa juga. Selepas tekan track 1 ‘Aramai Aka’…Mr Jimmy angkat ibu jari kanan, “ ini yang saya mau…musik kamu ini sebenarnya lebih bagus dari artis tempatan yang kunun top sekarang” jelas beliau sambil guyang kepala. Tekan track 3, intro distort ‘Nokuro tu..’ sekali lagi kami nampak ibu jari naik. Hati agak terubat…You mimang best Mr jimmy, 29 unit percubaan bertukar tangan. Belum selesai sain resit, 1 keset sudah ada pembeli. Huu.. itu baru harga si Vincent usung 29 unit dalam bakul plastik putih sambil jalan kaki.
Pemborong Ligo Blok H lorong Sinsuron turut ambil 30 unit percubaan.”Tapi you jangan satu minggu sudah telepon tanya harga ooo…macam orang lain…kurang2 enam bulan baru tanya oo…” kata si Amoi Ligo yang pandang saya atas bawah 2 /3 kali time masuk dalam opis diorang, macam pula saya ni budak Pilipin jual rokok yang tercalar kereta orang. Nampaknya budi bahasa ni semakin kurang bila manusia meningkat dewasa.
Hu..mencabar juga jadi jurujual. Tia apa bah…nanti kalau kita sudah pemes, hu..orang cari minta supply mesti telepon waktu pejabat saja oo… kata si Uyu menyedapkan hati dalam kepanasan KK sambil meneliti orang turunkan ikan dari bot di pasar Ikan KK. Okey..jumpa lagi..dapatkan Nokuro29 di pasaran, kalau tida dapat sila berhubung dengan pegawai pemasaran kami Si Uyu 019 8417056 (time ini tida terikat waktu pejabat…har..har..)
Seriband
P/s: Kenapa staff Sabah Records tidak telefon boss durang? Minta izin pakai telefon! Hmmm...anyways syabas atas daya usaha kamu...semoga memperolehi kejayaan!
Copyright 2009 dBOS-fm. All rights reserved.
Blogger Templates created by Deluxe Templates
WordPress Themes designed by EZwpthemes