Dulu budak kilang, kini Juara Mentor
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed
SIAPA sangka daripada budak kampung, Fiq kini menjelma sebagai idola dan rocker baru dalam dunia seni.
Tidak perlu lihat dari sudut yang dalam, cukuplah perubahan rona rambut Fiq daripada hitam kepada merah. Ia membuktikannya dia sedang melalui zaman peralihan menjadi seorang glamor.
Fiq atau nama sebenarnya, Mohd Firdauz Abdul Halim, 24, mengakui kesusahan yang dilaluinya akibat sukar mendapatkan kerja mendorong dia menggenggam segunung harapan bergelar penyanyi.
Mungkin ramai tidak mengetahui anak kelahiran Sandakan, Sabah itu pernah menjadi menganggur dan hanya lepak di rumah menjaga adik-adik selama bertahun-tahun lamanya.
Untuk tidak menyusahkan keluarga, Fiq mengikut seorang rakan berhijrah ke Kuala Lumpur dan mendapat kerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Bandar Sunway pada 2004. Bagaimanapun, Fiq hanya mampu bekerja sehari kerana tidak tahan.
"Saya tidak putus asa dan terus merayau-rayau mencari kerja. Mujurlah rakan-rakan sudi membantu dan menumpangkan saya di rumah mereka. Selepas puas meredah, akhirnya saya mendapat kerja di sebuah kilang lain di Bandar Sunway, tetapi hanya bertahan kira-kira sebulan, sebelum saya ambil keputusan balik kampung.
"Kemudian, saya mengikut seorang kawan ke Alor Setar, Kedah pula mencari pekerjaan. Nasib memang selalu tidak menyebelahi saya. Saya masih gagal mendapat pekerjaan yang sesuai sehinggalah menyertai uji bakat Mentor musim kedua," kata anak sulong lima adik beradik itu.
Anak pasangan Abdul Halim Buang dan Noraini Sikim itu berkata, lagu Tiada Lagi membawa tuah kepada dirinya kerana dipilih ke peringkat kedua sehinggalah berentap di Kuala Lumpur dan akhirnya merangkul gelaran juara.
Bakat bekas pelajar Sekolah Menengah St Michael, Sandakan itu mula dihidu apabila buat pertama kalinya menyanyi di khalayak ramai ketika majlis kenduri kahwin seorang sepupunya di Bukit Garam.
Dengan memilih lagu Hidup Bersama nyanyian asal XPDC, Fiq mula sedar dia memiliki bakat terpendam dalam bidang nyanyian, tetapi mana mungkin menyimpan impian bergelar seorang rocker terkenal. Dia hanyalah budak kampung yang hanya mampu melepaskan rindu menyanyi di majlis kenduri kahwin.
"Saya teringin membantu keluarga kerana ayah saya bekerja sebagai buruh dan ibu pula hanya suri rumah.
Dengan rezeki yang diterima menerusi Mentor 2, sekurang-kurangnya saya dapat membantu meringankan beban mereka.
"Saya tak sanggup melihat kesusahan ibu bapa saya lagi. Saya mahu kongsi apa yang saya peroleh dengan keluarga saya."
Menyentuh mengenai wang tunai RM50,000 yang diraihnya, Fiq berkata dia ingin mendermakan sedikit kepada rumah kebajikan anak yatim dan sebahagian lagi akan digunakan untuk membantu keluarga.
Kini, belum pun sempat menarik nafas rehat selepas enam bulan berjuang dalam Mentor 2, Fiq bersama Nieyl, Kat dan Ayu akan berkurung dalam studio bagi menyiapkan rakaman sebuah album yang akan berada di pasaran awal tahun depan.
"Saya merakamkan tiga lagu, dua lagu baru dan sebuah lagi lagu saduran mengikut kehendak penerbit. Buat masa ini, saya sudah menyelesaikan rakaman lagu Kejoraku Bersatu pada malam Rabu lalu. Saya juga akan berduet dengan mentor saya, Amy Search menerusi sebuah lagu baru," katanya yang kini bernaung dengan EMI Malaysia.
Di sebalik kegembiraan mencapai impian minggu lalu, Fiq akan berentap pula dengan Ima, juara pertandingan nyanyian Bintang Cari Bintang dari Indonesia, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 Disember ini.
Kata Fiq, dia akan cuba melakukan yang terbaik dari sudut persembahan supaya dapat memberikan saingan sengit kepada bakat baru dari negara jiran itu.

SUMBER
0 comments:
Post a Comment