4 Dec 2006

Fiq akhirnya bergelar JUARA! Tahniah!

Fiq juara Mentor 2
04-12-2006 12:43:56 AM
Radin Sri Ghazali

SHAH ALAM: Kemantapan vokal dan persembahan bertenaga yang ditunjukkan oleh Fiq akhirnya berjaya menambat hati para juri dan penonton, sekali gus melayakkannya muncul juara program realiti TV, Mentor 2 peringkat akhir yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam ,di sini malam ini.

Mohd Firdauz Abdul Halim atau Fiq , 24 tahun mengetepikan dua saingannya iaitu Nieyl dan Kat menerusi pemilihan tiga orang juri dan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada para penonton.

Fiq mendapat 114.3 peratus undi mengetepikan Nieyl yang mendapat 98.2 peratus undian juri dan SMS para penonton dan Kat yang mendapat 74.5 peratus undian juri dan SMS para penonton.

Sebanyak 50 peratus pemilihan juara Mentor itu dibuat oleh empat juri iaitu hakim Roalan Aziz, Liza Hanim dan diketuai Zainal Abidin manakala 50 peratus lagi menerusi undian SMS para penonton di rumah.

Dengan kemenangan itu, Fiq menggondol hadiah berupa kontrak bersama syarikat rakaman EMI Malaysia, wang tunai RM50,000 dan sebuah trofi.Amy Search yang menjadi mentor Fiq sepanjang enam bulan program pertandingan nyanyian itu diadakan pula menerima imbuhan berupa wang bernilai RM20,000.

Sementara itu, Nuriylia Zailani atau Nieyl, terpaksa akur dengan kehebatan Fiq dan muncul naib juara dengan mendapat hadiah berupa wang tunai sebanyak RM20,000 dan sebuah trofi. Sementara itu, mentor Nieyl pula iaitu penyanyi Nurul menerima wang tunai sebanyak RM10,000 hasil kemenangan protegenya itu.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Kat yang mendapat hadiah wang tunai RM5,000 dan sebuah trofi. Manakala mentornya Datuk Siti Nurhaliza menerima wang sebanyak RM5,000.

Walaupun dikomen sekasar-kasarnya oleh Roslan Aziz pada awalpersembahannya, Fiq tetap menggungguli malam akhir tersebut."Saya bersyukur kerana mampu memperolehi kemenangan ini terutamanya setelah mendapat dorongan yangtidak berbelah bagi daripada Amy.

"Sememangnya persembahan pertama saya agak lemah, namun saya bertekad untuk bangkit dan melakukan yang terbaik," ujar peserta yang berasal dari Sabah ini. "Saya amat berpuas hati dengan Fiq. Malam ini merupakan titik permulaan perjalanan yang jauh dan dahsyat untuk Fiq sebagai seorang penyanyi," ujar mentornya, Amy Search.

Ternyata pengorbanan Amy yang tidak menghadiri separuh akhir kategori balada Muzik-Muzik demi membuat penyediaan untuk peringkat akhir Mentor mendatangkan hasil yang amat bermakna.


SOURCE

0 comments: