Oleh Boyd PV
(boyd_pv@yahoo.com)
RATA-RATA penggemar lagu-lagu KDM menyukai trek Sayang Kinabalu dendangan artis Skyline, Kimin Mudin (betul, dia adalah abang long kepada komposer Asmin Mudin). Penangan lagu itu begitu kuat khususnya di kalangan pendengar-pendengar luar bandar. Malah kanak-kanak pra-sekolah pun gemar menyanyikan bait-bait lagu ini. Ia turut menjadi pilihan pengunjung pusat-pusat karaoke di Sabah. Terhibur mendengar lagu Sayang Kinabalu, mungkin ramai yang lupa bahawa lagu ini sebenarnya terkandung dalam album pertama Kimin Mudin (Kimin Mudin Vol. 1) yang dipasarkan lima tahun lalu (2001). Dan dua minggu lepas, album kedua Kimin Mudin (Kimin Mudin Vol 2), menjengah pasaran. Penulis melihat jarak kedua-dua album ini terlalu jauh dan soalan berkaitan dijaukan kepada Kimin, yang ditemubual Hiburan Ekspres Rabu lalu.
“Tidak dinafikan jarak album pertama dan kedua saya terlalu jauh. Tetapi bercakap mengenai rakaman album, kita sebenarnya bercakap soal business (perniagaan). Saya melihat itu sebagai strategi pasaran syarikat rakaman yang menaungi saya. “Graf jualan album Kimin Mudin Vol 1 memang perlahan tetapi terus meningkat. Kalau saya tidak silap, angka jualannya kini mencecah 5,000 unit dan masih ada permintaan,” kata Kimin yang hadir di pejabat Daily Express di Tanjung Aru, bertemankan adik bongsunya, Asmin.
Bagaimanapun, menurut Kimin, banyak permintaan untuk dia muncul dengan album terbaru. Kerana itulah selepas menggumpulkan material yang sesuai, album berkonsepkan pop itu diterbitkan. Album Kimin Mudin Vol 2 memuatkan 10 buah lagu. Dan apa yang menarik dalam album ini ialah ia turut memuatkan sebuah trek yang merupakan kesinambungan kepada lagu hits Sayang Kinabalu. Lagu itu diberi judul Palis-Palis Jauh Jauh ciptaan sepenuhnya oleh Asmin.
Membaca tajuknya saja anda mudah meramal bahawa lagu ini mengekalkan unsur humor sepertimana trademark lagu Sayang Kinabalu. “Memandangkan ia adalah kesinambungan kepada Sayang Kinabalu, tidak boleh tidak, ia harus mempunyai ciri-ciri yang tidak jauh bezanya,” kata Kimin yang sudah berpuluh tahun mencipta lagu. Sekalipun mengekalkan rentak sumazau, melodi Palis-Palis Jauh Jauh berbeza dengan Sayang Kinabalu. Lagu ini bagaimanapun masih mengekalkan elemen percintaan berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu dan disampaikan menggunakan pendekatan humor. Lebih menarik, Palis-Palis Jauh Jauh adalah lagu duet Kimin dan Asmin.
Lagu-lagu lain yang dimuatkan dalam album ini ialah Ika, Sondihon, Kinolohingon, Langadku, Joget Biasalah Tulun Tokou, Rikot Noh, Langadon, Tipu-Tipu Lomiding dan sebuah lagu Melayu, Janganlah Begitu. “Lapan lagu dalam album ini adalah ciptaan saya. Sesetengahnya berusia 20 tahun (Ika dan Tipu-Tipu Lomiding) tetapi diberi nafas baru oleh Asmin selaku penerbit album ini,” jelas penyanyi ini yang mengakui muziknya banyak dipengaruhi oleh penyanyi genre puisi nombor satu Indonesia, Ebbiet G Ade. Bagaimanapun, nama Kimin Mudin begitu sinonim dengan lagu Sayang Kinabalu walaupun penyanyi ini mempunyai himpunan lagu-lagu yang menarik lewat album pertamanya. Mungkinkah kekuatan lagu Sayang Kinabalu, ‘membunuh’ lagu-lagu lain dalam album itu?
Selepas mendiamkan diri seketika, Kimin menjawab;”Saya fikir itulah yang berlaku, Sayang Kinabalu memang agak lambat diterima pendengar tetapi ia semakin popular. Secara peribadi, saya menyukai kesemua lagu dalam album pertama tetapi pendengar nampaknya lebih menyukai Sayang Kinabalu.” Satu kemungkinan yang harus difikirkan oleh Kimin ialah kekuatan lagu Sayang Kinabalu akan turut membayangi lagu-lagu dalam album kedua termasuk Palis-Palis Jauh Jauh. “Bagi saya, pembikinan album adalah satu percaturan. Untung batu timbul, untung sabut tenggelam. Walau bagaimanapun, syarikat rakaman, malah saya sendiri yakin kepada formula yang sudah pernah saya gunakan untuk album pertama. Saya tidak nafikan, kekuatan Sayang Kinabalu akan terus membayangi perjalanan kerjaya nyanyian saya dan peminat akan terus membandingkan produk terbaru saya dengan Sayang Kinabalu. Tapi tempoh lima tahun itu cukup lama. Saya bimbang, jika tiada album baru, peminat akan menyangka saya tenggelam hanya selepas satu album. Sekarang tibalah masanya untuk saya tampil dengan album baru. Jaminan yang dapat saya beri untuk album kedua saya ialah ianya dibuat dengan teliti dan bukan semata-mata untuk menambah koleksi. Kalau koleksi yang menjadi keutamaan, mungkin satu album setahun adalah pendekatan yang sesuai.”
Tidak bimbang persaingan dengan penyanyi yang jauh lebih muda dan membawakan genre muzik yang lebih segar dan mengikut peredaran zaman? “Setiap penyanyi mempunyai kelompok penggemar mereka sendiri. Saya tampil dengan album bukan untuk bersaing dengan sesiapa sebaliknya saya ingin berkongsi muzik saya dengan peminat di Sabah. Kalaupun benar andaian kekuatan lagu Sayang Kinabalu ‘membunuh’ lagu-lagu saya yang lain, sekurang-kurangnya peminat akan terus mengaitkan Sayang Kinabalu dengan Kimin Mudin.”

0 comments:
Post a Comment