KB lokasi utama penggambaran
Antara barisan pelakon terlibat
PENGGAMBARAN Misteri Balan Balan The Movie telahpun bermula pada 2 Disember lalu dengan berlatarbelakangkan sekitar Bandaraya Kota Kinabalu dan Tanjung Aru.
Seramai 36 krew produksi telah dibawa daripada Kuala Lumpur oleh Mar Production Sdn Bhd, diketuai oleh penerbitnya Datu Omar Ali Datu Aliuddin dan pengarah Amith Abidin Aw, Fdam
Kali ini Misteri Balan Balan The Movie memilih Kota Belud lokasi utama penggambaran tersebut yang akan memakan masa lebih kurang 36 hari termasuk lokasi di Kuala Lumpur. Menurut Amith Abidin, sebanyak RM1.2 juta untuk kos perfileman dan RM300,000 kos promosi akan digunakan. Dana yang diperolehi daripada Finas sendiri dan Mar Production. Jika mengikut jadual tayangan Misteri Balan Balan The Movie pada tahun depan.
Sementara itu, Penerbit Mar Production, Datu Omar Ali Datu Aliuddin berkata, pembikinan filem lebih sukar daripada membuat telemovie berbentuk vcd dan drama berepisod. Memang sukar tetapi ini adat orang berkarya. Kalau bukan orang kita yang hendak memperkenalkan budaya dan adat resam Sabah, siapa lagi akan berbuat demikian," jelas Datu Omar ketika ditemui di perkarangan Hotel Megah D'Aru, Tanjung Aru baru-baru ini, sebelum krew produksi itu berangkat ke lokasi di Kota Belud untuk penggambaran selama 20 hari.
"Ini merupakan penampilan awal Mar Production mengorak selangkah menerjuni bidang perfileman, sebelum ini hanya membuat slot drama untuk RTM, TV3 dan Astro," Sabah mempunyai keunikan dan keindahannya tersendiri, bermula daripada adat tradisi, suku kaum, budaya dan cara penghidupan yang begitu unik. "Amalan cara kampung dan bergotong-royong masih diamalkan sesetengah masyarakat di kawasan luar bandar. Kerana keunikan inilah membuat saya terpanggil untuk membuat filem yang berbentuk cerita mistik dan misteri yang memang kita sedia maklum ia kisah benar dan berlaku di Sabah," kata Datu Omar Ali.
Barisan pelakon utama turut mengekalkan Nasir Bilal Khan sebagai Jalal Maran, Julia Hana membawa watak Diana Dina, pelakon baru Rosita Che Wan sebagai kakak Julia Hana, Cico Harahap (Daniel), Dato Aziz Singah (Prof Aziz). Sementara pelakon dari Sabah pula Bobby Sukiran (Ramona), Norsahar Ahmad (Doktor Midin), Asmawan Adol (Pegawai), Abu Bakar Ella (Bakarela) dan pelakon veteran Uji Rashid dan Mustapha Maarof. Pelakon tambahan seperti Linda AF2, Marsha AF3, Felix AF3, Azharina Azhar serta orang-orang kampung dari Pekan Kota Belud.

Sumber: Hiburan Harian Ekspres (8 Dis 2006)
2 comments:
dB.. kemarin cico & julia hana ada di kb ehehe...
uiseh? c linda, pilik, marsha & azharina pun ada ka? biar betul?
Ya kah Yan..bah apa lagi..SERaAANG!
Mmm..entahlah apa peranan durang c pilik ni..ntah2 menyanyi saja.
Post a Comment