MELIHAT gambar yang mengiringi artikel ini, anda tentu akan bertanya siapa gerangan pemuda berkulit hitam manis ini. Itu tidak menghairankan kerana sekalipun jejaka ini terlibat secara langsung dalam membangunkan industri muzik tempatan, dia lebih banyak terbabit dalam kerja-kerja di belakang tabir penghasilan album artis-artis tempatan.
Pemilik nama penuh Cristopher Charles Pereira, di kalangan mereka yang terbabit dalam industri ini, dia lebih dikenali dengan nama Decipher, seorang rapper yang kerap muncul dalam album artis KDM. Untuk memenuhi permintaan ramai pembaca, Hiburan Ekspres menemuramah Decipher yang ditampilkan sebagai rapper dalam album kedua Lydia Kalidin menerusi lagu Tupusku. Berumur 26 tahun, Decipher berasal dari Labuan dan mempunyai latar belakang yang kuat dalam bidang muzik. Setelah menduduki peperiksaan SPM pada 1997 di SMK Labuan, Decipher melanjutkan pelajaran setahun selepas itu dengan mengambil Diploma Kejuruteraan Bunyi di School of Audio Engineering, Kuala Lumpur.
Ditanya kenapa memilih kejuruteraan bunyi sebagai bidang pengajian, dia memberitahu: "Sejak dari bangku sekolah, saya cukup berminat untuk mengetahui bagaimana muzik itu dibuat. Kerana itu, selepas mendapat keputusan SPM, saya ke Kuala Lumpur untuk mencari ilmu berkaitan." Jangkamasa kursus tidak lama dan pada tahun 2000, Decipher mula bekerja dengan sebuah syarikat audio-visual, di Kota Kinabalu. Empat tahun menimba pengalaman bersama majikan pertamanya, halatuju Decipher berubah apabila ditawarkan bekerja sebagai Penolong Jurutera Bunyi di RAM Production, sehingga sekarang. "Di sini, saya terbabit dalam semua kerja berkaitan rakaman," katanya yang turut terlibat dalam pembikinan beberapa buah album artis tempatan termasuk Atama, Kinabalu Kings, Richado, Johathan Tse, Roman Dewi, No Regrets, Arah Kiri dan Radio Gravity.
Selain Atama dan Kinabalu Kings, nama-nama lain yang disebutkannya dijangka akan membuat impak dalam industri tempatan sedikit masa lagi. Selain daripada melakukan kerja belakang tabir, Decipher juga pernah membuat penampilan sebagai rapper dalam beberapa buah album artis KDM termasuk Max, Sekar Madusa, Lydia Kalidin, Atama dan Esther Appolonius. Lebih menarik, Decipher juga bakal bergelar artis rakaman tidak lama lagi apabila album solonya berada di pasaran pada 2007 nanti. Memilih konsep hip hop sebagai sandaran, dia kini sedang dalam proses memilih material yang sesuai. Penulis berpeluang mendengar sample muzik untuk album sulung Decipher dan komen awal penulis ialah album ini bakal memberi saingan kepada album hip hop tempatan yang sedia ada di pasaran ketika ini. Muziknya segar dan jika Decipher dapat mengilhamkan lirik yang sesuai, tidak mustahil album itu akan menjadi satu alternatif yang terbaik. "Album solo saya akan memuatkan antara 12 dan 15 buah lagu. sesetengah lagu ini saya cipta sudah agak lama tetapi diberi nafas baru sesuai dengan peredaran masa," katanya.
Sebagai jurutera bunyi, Decipher melihat kualiti album-album tempatan hari ini semakin baik. "Dengan kepakaran dan teknologi yang semakin meningkat, kita mampu menghasilkan album setaraf dengan yang dikeluarkan di semenanjung." Ditanya samada seseorang artis tempatan perlu memahat nama di Ibu Negara sebelum mereka dapat diterima oleh peminat di sini, Decipher mempunyai pandangannya sendiri. "Kuala Lumpur adalah pusat perkembangan industri muzik di negara ini. Tidak boleh tidak, hakikat itu perlu kita terima. Felix Agus, contohnya, sebelum menyertai Akademi Fantasia pernah menghasilkan album tempatan tetapi tidak ramai yang memberi perhatian kepadanya. Selepas mencipta nama di Kuala Lumpur, peminat-peminat di Sabah sanggup mengeluarkan wang untuk menonton persembahannya. Perkara ini mungkin berat untuk diterima tetapi itulah hakikatnya. Kita akan lebih mudah diterima peminat jika beraksi di pentas nasional. Tapi saya berpendapat keadaan ini tidak sepatutnya berterusan. Kita ada kepakaran, kita ada bakat, ada kemudahan...semua kita ada. Cuma, saya fikir penggiat-penggiat muzik di Sabah perlu lebih gigih untuk memartabatkan industri muzik tempatan. Kita perlu buktikan bahawa kita juga mampu."

0 comments:
Post a Comment