25 Dec 2006

Fiq juara "Juara Antara Juara"

IMAH: Ya ampun buuuu..!! Dahsyat banget kamu!!

KUALA LUMPUR: Protege kepada Amy Search, Fiq dinobatkan sebagai pemenang program Juara Antara Juara, sekaligus menewaskan Chalimatus Sa'diyah atau Ima yang merupakan anak didik kepada ratu dangdut Indonesia Inul Daratista, pada pertandingan tersebut yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, malam tadi.

Juara Antara Juara merupakan pertandingan khas yang diadakan dengan menemukan juara program realiti Mentor musim kedua iaitu Fiq dan juga juara program Bintang Cari Bintang, Ima, yang merupakan Mentor versi Indonesia.

Fiq atau Mohd Firdauz Abdul Halim berjaya mengenepikan saingannya itu apabila memperolehi mata sebanyak 95.3 di mana Ima hanya mampu berpuas hati dengan kutipan mata sebanyak 76.5.

Lima puluh peratus pemarkahan dibuat oleh tiga juri profesional iaitu Zainal Abidin (Malaysia), Iskandar Mirza (Singapura) dan Imaniar Nursaid (Indonesia) manakala 50 peratus lagi adalah daripada undian SMS dan talian tetap.

Dengan kemenangan tersebut, Fiq berjaya merangkul USD 5,000 bersamaan dengan RM18,500 beserta sebuah trofi.


Ditemui pada sidang media sejurus tamatnya program tersebut, Fiq melahirkan rasa gembiranya apabila memenangi program yang julung-julung kali diadakan itu walaupun sedar saingan yang diberikan oleh Ima amat sengit.

"Pada mulanya, saya memang agak tertekan bila memikirkan orang meletakkan harapan tinggi untuk harumkan nama negara.

"Tetapi, saya diajar oleh mentor saya supaya tidak bawa perasaan itu di atas pentas kerana ia akan mengganggu persembahan saya.

"Syukur, saya sudah buktikan bakat saya. Walau bagaimanapun, bagi saya Ima tetap seorang penghibur yang bagus. Mungkin undian SMS saja yang tidak berpihak kepadanya," ujar Fiq.

Berdasarkan SMS, Ima hanya berjaya mengutip 40 mata manakala Fiq memperolehi 60 mata.

Namun, menerusi pemarkahan daripada pihak juri, Ima mengatasi dengan mata 36.5 di mana Fiq menerima sebanyak 35.3 mata.

Pada pertandingan itu, Fiq yang terkenal dengan imej 'rock'nya mendendangkan dua buah lagu iaitu Pelesit Kota dan Teguh, manakala Ima pula membawakan dua buah lagu dangdut iaitu Halo Dangdut dan Goyang Inul.

Mereka berdua juga turut berduet untuk lagu Sedang Ingin Bercinta.

Turut membuat persembahan pada malam itu ialah Datuk Siti Nurhaliza, Amy Search, Nurul, protege-protege program Mentor dan juga kumpulan Mendua yang merupakan peserta program Bintang Cari Bintang.


SUMBER

2 comments:

scias said...

Wahh...Fiq menang ka? ada live di TV ka? kurang tinguk TV bah sia sekarang ni..bz berkrismas :)

thanks for sharing the info!

dBOSfm said...

Ya bah..menang..syapun nda jangka dia bole menag..sbb klu semua org indon undi sms..gerenti kalah malaysia..tpi memnag suda rezeki dia! pasal siaran langsung tu sya kurang pasti..sbb sya ada trbaca rancangan ni teda live d tv..cuma rakaman saja nnti...