28 Apr 2007

Persaingan fan clubs semakin sengit

Setelah kita dikejutkan dengan kemunculan Elvis di pentas Amerian Idol, entah apa kejutan yang bakal ditampilkan pada konsert AF malam ini (entah-entah Aizat berduet dengan Beyonce..LOL). Kalau ikut fantasi saya, tema lagu-lagu irama Malaysia malam ini, bakal menyajikan satu suasana yang cukup meriah. Siapalah agaknya dua orang penonton yang bakal membawa pulang TV plasma 42 inci (penonton di rumah tak der hadiah ker?). Kalaulah saya yang hadir ke dewan malam nanti, saya akan mengenakan pakaian tradisi pahlawan Iban atau Murut (you guys know how they look like).....gerenti eye catcher habis! Yang pasti di minggu-minggu terakhir begini persaingan di kalangan fan clubs begitu sengit sekali (yes I said fan clubs, bukannya persaingan di antara pelajar, pelajar-pelajar tak bersaingpun). Fan club manakah yang kalah malam ini? Pasti akan terjawab nanti. In the meantime here's the clip semasa pelajar-pelajar membuat pembentangan seperti yang ditayangkan pada diari semalam.


Kalau ikut pemerhatian saya dalam Diari Extended, tidak dinafikan persembahan Aizat menyampaikan lagu berjudul Ada dendangan M. Nasir agak menyerlah. Saya jangkakan beliau bakal mendapat empat lampu biru. Lain-lain pelajar yang berpotensi mendapat empat lampu biru ialah Mila, Shawal dan besar kemungkinan Candy.

0 comments: