21 Apr 2007

Siapa bakal tersingkir?

Ulasan pra-konsert (berdasarkan pemerhatian di Diari Extended)

Aizat - Perpisahan (Anuar Zain)
Sebuah lagu yang agak 'big' bagi Aizat. Sukar bagi beliau neghayati lagu dari segi vocal delivery. Mungkin bukan genre yang sesuai untuk beliau (lagu ini salah satu wish-list Shawal). Mungkin juga Anuar Zain telah meletakkan satu standard yang agak tinggi untuk lagu ini.

Aswad -Yang Sedang-Sedang Saja (Iwan)
Kurang pasti kenapa Aswad memilih lagu ini. Mungkin beliau hendak menyerlahkan versatility dalam persembahan beliau. Bagi saya satu pemilihan yang kurang bijak. Memandangkan putaran pinggul beliau teramatlah janggal, maka disuruh hanya menggerak-gerakkan bahu sahaja. Maka kelihatanlah lagak beliau seperti jejaka murahan yang bertungkus lumus menggoda seorang wanita, sambil mensengaukan suaranya.


Candy - Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim)
Amat merisaukan juga bila key lagu dinaikkan two steps higher. Walaupun memiliki vocal tone yang unik dan menarik, vocal delivery Candy agak kurang ceria pada rangkap-rangkap bukan korus. Sesekali kedengaran beliau tersiksa menarik suara pada high note. Part korus (matanya lirik-lirik...) akan banyak membantu Candy dalam persembahannya. Pentomin (kalau tak silap Shawal bakal jadi gadis menjual bunga!) akan memberi sedikit kacau ganggu. Arahan Cikgu Remy agak Candy bergelek seksi pada part "matanya lirik-lirik.." bagi saya agak keterlaluan dan kurang bersesuaian.

Dafi- Meteor Garden Theme (Qing Fei De Yi)(Harlem Yu)
Kita bakal menyaksikan persembahan ulangan "Aku Pencinta Wanita". Kecuali susah payah menghafal lirik Mandarin, tiada cabaran lain bagi Dafi dalam lagu ini.

Ebi - Jujur (Radja)
Sebuah lagu yang boleh dianggap makanan Ebi. Mungkin mudah bagi beliau, sebab itu beliau tidak banyak berlatih (tidak seperti lagu-lagu beliau pada konsert 2,3,4 dan 5). Secara kasar dapat menjiwai lagu, tapi jangan terkejut bila beliau mendapat kritikan pedas dari segi tiada originality.

Heliza - Nafas Cahaya(Misha Omar)
Walaupun key lagu direndahkan, Heliza masih struggle hendak menyempurnakan part korus "kalimaaah...". Part tersebut yang perlu diulang-ulang memerlukan kawalan nafas yang bukan sembarangan. Semasa latihan beliau masih tak mampu melakukannya seperti yang diharapkan.

Mila - Drama (Ning Baizura Ft Nikki & Yanie)
Sebuah lagi "big" song untuk pelajar. Banyak gangguan pada lontaran suara Mila semasa berlatih juga semasa membentangkan lagu ini. Part Candy bersoprano mungkin sedikit sebanyak overshadowed Mila dan mungkin mendapat appreciation dari penonton.

Rizal - That Thing You Do (The Wonders)
Hmm...macam rosak lagu ini dibuat Rizal. Lagu yang sukar disatukan dengan Rizal (seperti air dan minyak). Sebutan English begitu pelat kemelayuan.

Shawal - Peronda Jaket Biru (Awie/Wings)
Sebuah lagu yang kurang sesuai untuk Shawal. Shawal memmbawa lagu ini mengikut acuan vocal tone beliau yang memang tiada bunyi rock tapi sengaja di'pecah-pecahkan" agar kedengaran rock sikit.

Melihat kemampuan pelajar-pelajar mempersembahkan lagu mereka, I predict banyak kritikan pedas bakal ditembakkan kepada mereka. Konsert bakal menjadi seperti beberapa konsert yang dianggap hambar sebelum inii.



0 comments: