15 Apr 2007

Tersingkirnya penyeri Diari AF

Arrrrggh! What happened! Kesiannya Dekna. Tak sangka! Teramatlah kejutan. Saya sangat-sangatlah mengharapkan salah seorang pelajar lelaki akan tersingkir minggu ini. Vokal berkarakter di kalangan pelajar-pelajar AF5 ada pada pelajar-pelajar wanita dan bukannya pelajar lelaki. Tapi nampak gaya hanya tinggal tiga dara pingitan sekarang ini. Mampukah mereka terus bertahan? Sayapun tidak berani jawab. Kalau boleh biarlah kekal ke final. Tiga perempuan dan dua lelaki. But at first I thought it was Ebi (I was like oh..oh!). Why? Because selepas bagasi dihantar ke pentas, kamera terus fokus wajah emak Ebi. This thing happened minggu lepas, sebelum Fatin dan Farha diumumkan tersingkir. It also happened semasa AF3 sebelum Akma tersingkir, di mana kamera terus fokus pada wajah ahli keluarga mereka sebelum mereka diumumkan tersingkir.

Konsert kali ini menampakkan beberapa glitch. Dimulakan dengan mikrofon Rich tidak berfungsi dan diakhiri dengan stage crew yang kasar menolak pelajar-pelajar masuk ke belakang pentas, sehingga salah seorang pelajar lelaki (Rizal?) hampir tersungkur. Mungkin stage crew tersebut frust sangat kot sebab Dekna tersingkir. In between those two glltches, cameramen pula macam tergedik-gedik mencari wajah-wajah perempuan cantik di kalangan penonton, terutama semasa persembahan Candy. Candy looks so fabulous that night (I think her best make over so far). Tapi cameramen asyik-asyik fokus wajah Heliza. Sepatutnya penyanyi latar tak boleh jeling-jeling pada kamera, mereka kena fokus. Tapi lain pula cerita penyanyi latar AF ni, macam terlebih-lebih posing depan kamera. Memang kejutan betul! Ok then...on to persembahan pelajar

1. Aizat - Itu Kamu (Estranged)
Overconfident? Rasa macam itulah. Sekadar melunaskan lagu ini, beliau boleh dianggap berjayalah juga, walaupun showmanshp Aizat terutama adegan beliau melompat tu kurang menarik (faham-fahamlah kan saiz badan). Walau apapun yang pasti Rich jauh lebih baiklah!

2. Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah (Zam Zam)
Gerakan menari tarian a go go memang dahsyat. Kira all out lah dia ni part menari. Tidak banyak improvisation, ad lib dan counter melody yang boleh dibuat untuk lagu ini, so Dafi nyanyi sebiji seperti lagu asal. Kawalan pitching agak bagus juga, cuma suara kurang vibrator justeru kedengaran kurang power.

3. Mila - Puncak Kasih (Ziana Zain)
Tak pastilah samada disebabkan sound system kah apa, suara Mila kurang menjadi sepertimana beliau membentangkan persembahan di hadapan tenaga pengajar. Harapan untuk melihat persembahannya sebagai killer performance tak menjadi. Vokal Mila seolah-olah tidak mencapai head tone macam ditahan-tahan dan kurang gemanya pada part korus (kedengaran agak 'nipis'). Part sebelum korus amat cantik pembawaannya walaupun struggle pada note paling rendah. Walau apapun Mila telah mencuba yang terbaik and I like her performance.

4. Aswad - 60’s TV (OAG)
Errr...macam katunlah persembahan Aswad kali ini. Penampilan dengan hair extension dia tu actually not bad (nampak handsomelah juga), tapi lebih sesuai untuk persembahan lagu reggae bukannya alternative punk. So penampilan dengan konsep lagu sudah out! Pergerakan lagilah out. Everything is out for Aswad malam tu. (I think the reason why he still stays, sebab ramai orang masih percaya akan bakat beliau ini setelah melihat video klip beliau di minggu pertama. Masih ramai pihak yang ternanti-nanti kemunculan beliau seperti dalam video klip).

5. Heliza - Diam-Diam Jatuh Cinta (Ramlah Ram)
Terlalu fokus kepada persembahan video klip, seolah-olah dia hanya bernyanyi untuk Shawal. Walaupun kepenatan tercungap-cungap, nasib baik jugalah energy suara mampu bertahan sehingga ke akhir lagu. Pitching agak banyak tersasar kali ini (mungkin terlalu penat). Tidak banyak yang menarik tentang persembahan Heliza kali ini. (Tapi yang saya hairan apa relevannya mempamerkan baju kelip-kelip Ramlah Ram? Lainlah kalau lagu yang dinyanyikan ialah "Kau Kunci Cinta Ku Dalam Hati Mu". Kenapa tidak bagi saja Heliza lagu itu, barulah nampak relevannya)


6. Ebi - Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika)

Vocal delivery? Secara umumnya OK! Hampir-hampir tidak kedengaran sumbang. Penghayatan dari segi ekspresi wajah dan gesture juga ok, tapi tidak pada ekspresi vokal. Vocal tone Ebi masih belum cukup soulful dan kurang 'warna-warni'nya. Penampilan? Very well groomed, terserlah ketampanan. Tentu ramai yang suka dengan penampilan back-combed rambut beliau. (To me his killer performance so far is still Al Jannah)

7. Candy - Berdua Lebih Baik (Acha Septriasa)

Kalau diamati betul-betul, persembahan Candy adalah salah satu yang agak baik pada konsert minggu ini. Dari segi stage dan vocal performance she has done an exceptionally good job jika dibandingkan dengan yang lain, walaupun berlaku sedikit glitch (suara terkering) di awal verse. Penguasaan pentas not bad. Dari hujung ke hujung dia bergerak. Ogy mengatakan persembahan Semua Jadi Satu beliau lebih menarik, sebab pada saya persembahan tersebut diiringi penari latar (so nampak meriah). Kalau Candy diberi koreografi dengan penari latar untuk persembahannya, I'm sure it is equally good (if not better). Dari segi penampilan walaupun tidak dinafikan begitu anggun kali ini namun the make over makes her look like a matured woman, sedangkan lagu ini lebih berkonsepkan (rock) keremajaan. I was expecting they dress her up in a hip teenage girl outfit (boleh juga attract more teenage fans). Dalam Diari Extended, Candy ada buat gimik headbanging masa music bridge. That's what the choreography should be...i.e. rock sikit....suasana meriah....aramaiti...kena bagi happening. Together with some back up dancers they should put her at the end...the highlight of the show (Hmmm....tenaga pengajar hilang kreativitikah atau disengajakan?)

8. Rizal - Pada Syurga Di Wajah Mu (Nash)
It's an under par performance. Versi yang cukup selamat. Ada satu part high and big note (pada versi asal) tidak disampaikan. Memandangkan key direndahkan, maka terselamatlah Rizal dari ancaman pitching tersasar berlebihan.

9. Dekna - Unfaithful (Rihanna)
Hanya sedikit kedengaran pitching tersasar pada note rendah verse sebelum korus, the rest are fine to my ear. Pergerakan (gesture) Dekna belum menampakkan perubahan/peningkatan, malah masih stereotype dengan gesture bouncer 'gagah' beliau sambil terus menuding jari kepada penonton. Ekspresi wajah juga kurang memberi impak. As Ogy said, this is her big chance to redeem everything...yet she didn't deliver well! But I still like the identity of her vocal tone yang macam ada bunyi terpeleot sikit.

10. Shawal - Cinta Tak Karuan (Amigos)
Kenapa giliran beliau diletak pada akhir show? Is it because penganjur expect it's going to be the highlight or the killer performance of the show? Jauh sekali. Vokal beliau kedengaran 'tenat' macam tak cukup sihat. Seperti dijangka gelekannya mencetus sorakan bingit dalam dewan tapi adakalanya sakitlah juga mata tengok gelekan dia ni.

Pengkritik kali ini seolah-olah mengelak puji-pujian. Ogy tu actually setiap minggu lebih kurang sama saja (ayat) kritikan beliau, cuma yang membezakannya ialah lontaran suara. Adakala di minggu-minggu tertentu beliau mengaplikasi lontaran suara marah, minggu-minggu lain pula dia guna versi lembut. Dia nikan pelakon berkaliber so terrorlah buat ekpresi vokal yang berbagai-bagai walaupun skrip dia sama saja. Syafinaz? I always like her comments, bernas dan membina. Tapi teringin juga nak tengok dia ni jadi guru vokal AF di masa akan datang. Hattan pula? Macam kekeringan idealah. Musical arrangement? Ramai komplen. Tapi bagi saya not that bad as compared dengan minggu pertama. Mungkin gangguan yang dimaksudkan ada kena mengena dengan mixing (?) ditambah lagi dengan sistem bunyi yang macam tidak seimbang. But I still don't get why Roslan Aziz diberi mandat buat susunan muzik, macam tak logik. Anyway walaupun persembahan pelajar agak sekata, tiada yang kira outstanding my ranking....1 Mila, 2 Candy, 3 Aizat, 4 Dafi, 5 Ebi, 6 Dekna, 7 Syawal, 8 Heliza, 9. Rizal dan 10. Aswad.

0 comments: