8 Sept 2008

Formula 90:10

Kekerapan memutar lagu-lagu dari negara jiran oleh stesen-stesen radio di negara kita bukan satu perkara baru. Difahamkan situasinya agak kritikal dan kronik ketika ini sehingga memaksa Karyawan menyerahkan memorandum yang termaktub didalamnya formula 90:10 kepada kementerian berkaitan. Secara ringkasnya ‘formula 90:10’ adalah kaedah yang dicadangkan oleh Karyawan kepada pihak kerajaan agar megutamakan pemutaran lagu-lagu hasil karya tempatan di corong-corong radio dengan nisbah 90% lagu tempatan berbanding 10% lagu asing. Ini bermakna untuk rancangan sejam yang memuatkan sepuluh buah lagu hanya sebuah (1) lagu karya asing sahaja sepatutnya dimainkan. So untuk rancangan yang ada 5 buah lagu hanya separuh (0.5) saja lagu Indon perlu diputarkan (hehe). Walaupun tidak dijelaskan dengan terperinci guna pakai formula ini, saya percaya ianya khusus untuk lagu-lagu berbahasa Melayu yang diputar di saluran radio Melayu (Era, Hot FM, Suria FM dsb). Menurut Presiden Karyawan Freddy Fernandez, formula ini memang telah diguna pakai di beberapa buah negara asing, Australia contohnya, untuk bersaing dengan hasil karya dari Amerika.

Secara peribadi saya sentiasa mengalu-alukan apa sahaja usaha untuk memartabatkan hasil karya tempatan. Sebab itu XFm, Sabah VFM dan Carta Muzik-Muzik menjadi pilihan di hati. Saya jenguk stesen-stesen radio yang lain sekadar melihat carta lagu stesen berkenaan. Setiap kali ada berita sebegini, masa tu juga timbul persoalan di mana kedudukan lagu-lagu karya dari Sabah? Sebab sekarang ini, memang ada artis tempatan yang merakam lagu Melayu dengan harapan akan diputar di stesen-stesen radio di Sabah (Sabah FM, Sandakan FM, Tawau FM, Keningau FM). Adakah lagu-lagu Melayu artis Sabah telah mendapat tempat di stesen-stesen berkenaan. Kalau sudah syukurlah, kalau belum mungkin formula 90:10 ini bolehlah diamalkan oleh stesen radio yang disebutkan tadi. Kita bukan meminta yang bahagian 90% tu, tapi kalau dapat yang 10% tu pun jadilah..:)

0 comments: