Kalau lagu Inggeris ada lagu evergreennya seperti Unchained Melody dan My Way (sekadar menyebut beberapa lagu), lagu Melayu, lagu-lagu nyanyian Tan Sri P. Ramlee dan lagu Mandarin ada lagu Wo Ai Ni (Teresa Teng). Lagu dalam bahasa Kadazan-Dusun juga tidak kurang dengan lagu-lagu evergreennya yang tersendiri yang sewajarnya tidak harus dilupakan oleh generasi muda sekarang ini. Ada beberapa lagu lama yang didendangkan oleh penyanyi-penyanyi veteran Kadazan-Dusun di akhir 50-an dan dalam tahun 60-an yang agak memikat hati saya antara yang memberi kesan ialah sebuah lagu bertema cinta yang cukup syahdu didengar, berjodol “Isai Koupusan Nu?” (lebih kurang bermaksud “Siapa Kesayangan Mu?”). Lagu ini adalah hasil ilham Puan Alicia Kulungan. dan sekaligus merupakan singer/songwriter untuk lagu ini (so nampak gaya kita agak advance when it comes to female singer/songwriter). Sebenarnya ada beberapa lagu lagi yang diilhamkan oleh beliau yang menjadi hits sekitar tahun 60-an/70-an (zaman piring hitam) seperti "Tiad Ku Dii Ugad Toh" tapi lagu “Isai Koupusan Nu?” jugalah yang bagi saya too pleasant to the ear begitu memikat halwa telinga. Mungkin kerana tema cintanya, mungkin juga kerana melodinya yang syahdu dan agak menusuk kalbu atau mungkin juga cara dan gaya penyampaian penyanyinya yang cukup beridentiti tersendiri membawa lagu ini. Kalau tak silap saya beliau ada juga merakamkan semula lagu ini dalam bentuk kaset tidak lama dulu (malang sekali percubaan saya mencari kaset tersebut di rumah mengalami kegagalan...arrggh..habis stor saya geledah! piring hitam pula memang sudah lama lesap).
Sementara saya berusaha mencari versi dari penyanyi original, apa kata kita sama-sama nikmati lagu “Isai Koupusan Nu?” dan beberapa lagu hits hasil ilham Puan Alicia Kulungan yang dinyanyikan semula oleh dua orang penyanyi yang tidak kurang hebat suara mereka Mary Intiang dan Bibiana Kinsun dan juga back up vocal dari Clement Verus (kepada kawan kita yang sebelum ini meminta lagu dari Mary Intiang...this is your treat!ENJOY!) So hari ini ala-ala tribute to Puan Alicia Kulungan (I have a feeling that she is the first Kadazan-Dusun female singer/songwriter).
10 comments:
dbos, who is the original singer of "isai koupusan nu"?
Alicia Kulungan (according to reliable sources...:))
I have been looking for songs by Patricia Subal, Alicia Kulungan, Julius Gudok and Mary Intiang with no success. Should you have them, (or know sites that have them) would it be possible for you to upload them to your site so I could listen to them?
Thanks dude
I had some songs by Mary Intiang uploaded here earlier (she sang cover version of Alicia Kulungan's songs). I'll upload them again later.
Alicia Kulungan...Kenapa pula ada orang cakap yang penyanyi asal lagu ni ialah Agnes Kulungan...?? Mengelirukan.
Sebenarnya lagu ini dicipta oleh Alicia Kulungan dan penyanyi asal adalah adiknya sendiri iaitu Agnes Kulungan :)..
Thanks Supreme for that pnjelasan. Tapi c Alicia K pun pernah nyanyi dan rakam ni lagu kan (FYI sa ndak prnah dengar versi adik dia)
dBOS-fm, lagu versi adiknya seringkali dimainkan di radio Sabah setiap hari Khamis :)..sebenarnya Alicia adalah aunty saya dan Agnes adalah ibu saya :)
di Sabahvfm siaran kadazan lah tu kan.
Wah gerenti ko ni pun mewarisi bakat turun temurun :=). Mesti ada rakam lagu juga ni kali..hehe
hehehe rakam2 dlm bilik dgn dia ada lah..:D
Post a Comment