31 Mar 2007

Diari AF 30/3

Antara babak-babak menarik.

Candy pitam/pengsan

Adegan ini saya nampak di Diari Extended. Ketika pelajar-pelajar (termasuk beberapa tenaga pelajar) sibuk menjalani aktiviti game dalam kelas Dr Azahari, tiba-tiba Candy terjatuh ke lantai. Untuk beberapa saat tiada seorang pun yang perasan (sebab aktiviti mereka adalah seperti menari tarian melompat-lompat sambil mengangkat tangan, ala-ala tarian Punjabi). Mujur Fatin ternampak diikuti dengan Dafi lalu mereka terus memberi bantuan. Hanya Fatin, Dafi, Tok Wan dan Kak Sherry sahaja yang attended beliau (the rest tak perasan dan terus melakukan aktiviti...berhavoc). Beliau dipapah ke sofa, diminta berbaring sambil Tok Wan dan Kak Sherry mengurut-urut kepala dan kaki beliau. Candy mengsyaki mungkin terlalu kepenatan malam semalam.....sian!

Noni the ice cruncher...hehe


Ebi membentangkan Al Jannah...ada siapa2 tersentuh?


Ebi dan Tok Wan...hmmm..haruskah?!


Farha's Hair Saloon

30 Mar 2007

Kelab Heliza AF dilancar



PEMINAT dan penyokog pelajar Akademi Fantasia 5 (AF5), Nur Heliza Hilmi atau lebih dikenali sebagai Heliza dijemput menghadiri pelancaran Kelab Heliza AF di Bangunan UMNO Kalabakan hari ini. Setiausaha kelab, A. Malik Mat berkata, pelancaran kelab itu akan disempurnakan Ahli Parlimen Kalabakan yang juga ketua UMNO Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh. Turut hadir setiausaha Politik Menteri di Jabatan Ketua Menteri yang juga Ketua Wanita Umno Kalabakan, Datuk Hamisa Samad.

A. Malik berkata penubuhan kelab itu sebagai langkah awal memberi sokongan padu kepada Heliza yang telah menetap di Tawau sejak berusia 13 tahun, walaupun pelajar itu kini mewakili Terengganu. "Heliza dilahirkan di Kuala Terengganu tetapi dibesarkan di Tawau sejak berusia 13 tahun kerana bapanya bertugas sebagai polis Bergosong, Sebatik," katanya. Pelajar yang memilki suara mirip Datuk Siti Nurhaliza itu adalah bakal guru yang kini menangguhkan pengajian tahun kedua dalam bidang pendidikan Biologi/Kimia di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Heliza pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Konven St Ursula, Tawau memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum melanjutkan pengajian di kolej Matrikulasi Labuan.

Anak kedua dari empat beradik itu berminat dalam bidang seni suara dan pernah menjayakan pelbagai program kemasyarakatan anjuran UMNO Kalabakan. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi A. MAlik di talian 012-8190101.

Oleh Hasnawati Habibuding, Hiburan Harian Ekspres


Punching bag

So AF5 finally has a punching bag (another wish come true). Tapi lucu jugalah punching bag tu, silap-silap bukan ditumbuk tapi dipeluk...hehe!

29 Mar 2007

Berita pilihan

Berita lama dan baru (24 - 29 Mac). Just click any of those pics to enlarge






28 Mar 2007

Diary AF

Babak-babak menarik Diari AF
Candy dan Dafi ke Konsert 3 Diva


Mengidam Poco Poco (jangan-jangan AF4pun si Eby ada audition)


More clips HERE

27 Mar 2007

Estranged Album Promo Concert

Konsert ini diadakan pada 24 Mac, di Pusat Kebudayaan Sabah Penampang. Masa mula-mula nampak promosi konsert ini, saya tersilap anggaran. Ingatkan 24 Mac jatuh pada hari Jumaat. Bila ternampak promosi untuk sebuah lagi konsert, Konsert Carta Top Lagu-Lagu Kadazan...I said "Oh ngam...konsert Estranged hari Jumaat, yang ini pula hari Sabtu". Last minute baru tersedar rupa-rupanya kedua-dua event berlangsung pada hari yang sama...hampir serentak! Yang lucunya venue untuk kedua-dua konsert hanyalah dalam jarak 100 meter! Satu konsert berbayar, manakala yang satu pula free! So I leave it to you guys to iamgine how's the turn out like. Kena pula demam AF sekarang semua orang prefer duduk depan Tv. Kenapalah penganjur konsert tidak ambil kira faktor-faktor ini? Maka jadilah konsert tersebut ala-ala konsert private..."exclusive for selected members only". Anyways here are some shots. I thought I didn't wanna take shots but their performances (especially Fiq) were just too good to forget.

Velvet



Velvet performing her brand new single "Pertemuan Ini" a song composed by Adnan Abu Hassan. This song will be featured in her debut album scheduled to be released this April. A rich solid vocal belting out another great ballad (her voice sounds sort of a combination of Nora, Aishah and err...Shariffah Aini?) I just can't wait for the studio version



Singing "I'll Be There" with some guy named Leon (her duet partner during her days at Tg. Aru) and a Dusun song "Kosorou Kopo Nangku Doho". Power malatup habis!

Fiq


Menyampaikan siri lagu-lagu slow rock termasuk single pertama beliau "Tiga Malam Tiada Bintang"

Mendendangkan siri lagu-lagu hard rock. Woww! This guy can really, really sing. His performance during the City Day last time was very disappointing. But this time he showed us the real Fiq. The same Fiq we used to see in Mentor

Felix


Ever friendly...with his trademark, stepping down the stage to shake hands with the audience.

Rich and Estranged


Performing "Choclate Syrup". They sang four other songs including "Itu Kamu" (but I only managed to capture this one)

26 Mar 2007

Gangstarz Konsert 3

E-Voke


Defoo and Infinatez


Hari Polis

Semalam semasa Diari AF ada ditunjukkan si Heliza dan Dekna berkawat. Saya pun hairan kenapa tiba-tiba durang ni berkawat, rupa-rupanya bapa durang kerja polis pula dan adegan tu dilakukan bersempena Hari Polis kelmarin (ramailah polis afundi durang ni). For the record i'm not a policeman but for a personal and nostalgic reason I publish this article about the history of the Royal Malaysian Police Band

Konsert 2 AF5.

Noni - Mi Rae

Aduii gia...alawa...miaga ie sumandak kumpitai. Nokobihis sudah tu Mr Yamada tengok dia ni. Silap-silap dia tapau si Noni ni nanti....hehe! Kan best kalau masyarakat Jepun di Malaysia afundi dia...terus jadi juara. Anyway, low note registration dia masih belum steady....terumbang-ambing.

Candy - Semua Jadi Satu

Setelah persembahan beliau pada konsert pertama dianggap salah satu yang terbaik, Candy seolah-olah diberi penghormatan membuka tirai untuk konsert kedua. Persembahan beliau umpama pre-view untuk sebuah konsert yang bakal menyajikan banyak peningkatan. Namun terdapat juga beberapa kekurangan dalam persembahan beliau, antaranya kurang ad lib diberikan pada lagu tersebut. So lagupun kedengaran banyak ruang kosong. Pergerakan nampak terlebih sikit...lalu menjejaskan vocal delivery beliau pada bahagian-bahagian tertentu (semput lah tu!). Nasib baik banyak ruang dalam lagu yang tak perlu dinyanyikan (samada sengaja dibiarkan kosong atau dinyanyikan oleh penyanyi latar). Anyways, for someone who performed a song that she's not familiar with and practise for less than a week...layak terima standing ovation.

Ebi - Bailamos

Tarian dia reminds me of si Felix masa nyanyi Smooth....hehe! Bolehlah! At least ada style sikit (rambut dia tu bila mau kena modify ah?). Errr...sebutan kurang tepat pada perkataan yang ada 'th'...'nothing', 'something' and 'think'. Balik-balik dia cakap "Gracias" ...best lagi kalau dia cakap "pounsikou"...hehe! Tapi kalaulah Simon Cowell yang kritik. gerenti dia cakap "you look like a trainee stripper and practising your skill in front of a kid"..LOL!

Farha - Biarkan Aku Menangis

Errr...macam tidak berapa nampak emosi dia. Oh ok...dia ada jelaskan pula dia concentrate tengok mama dia yang cukup dirindui...hmmm! Persembahan yang biasa-biasa saja. Boleh disaksikan di mana-mana karaoke.

24 Mar 2007

Diari AF - ratapan anak Sabah

Diari AF semalam memaparkan adegan pelajar-pelajar diminta oleh Dr. Love menceritakan latar belakang keluarga mereka. Tak pastilah pula apa tujuan sebenar dilakukan sesi ini sebab seingat saya tiada sesi serupa diadakan pada musim-musim lepas.

Aswad (Pulau Pinang):....saya ni anak yatim piatu
dB: isk! (<----teresak sekali saja tau...sedih juga baitu)

Candy:.....walaupun bapa saya sebelah ja tangan saya tetap bersyukur sebab ada bapa
dB: Doiii dogo sian!....(tus secepat kilat afundi sambil terketar-ketar tangan...menitis-nitis air mata)

Farha:.....kalau kawan yang lain ibubapa bercerai....saya pula Allah kurniakan dua bapa...dua mama
dB: aikk!! tamahak juga!....magic... macam mana tu ah...
Farha:...masa saya darjah lima ibubapa saya bercerai...bapa kahwin baru...mama kahwin baru..jadi dualah bapa saya dan dua mama saya..
dB: Oh macam tu pula....suspen aku!

Ebi :...sejak kecil saya susah...kici2 lagi sudah ikut bapa saya yang kerja buruh kasar buat simen
dB : Bagus lah tu, dilatih dari kecil..apa pula masalahnya?
Ebi: Rumah kami sekarang mana ada elektrik!
dB: *tercengang*
(dengar cerita si Ebi ni pernah sekolah Sanzac sampai Form 5...keturunan Pilipin...hmmm! konon2 ada mix spanish!)

Noni: (Diiringi lagu syahdu sentimental Jipun *motif!?*)......SATU BIJI TELUR KAMI BEBAGI LIMA ORANG!<---siapa boleh lawan!
dB: *pengsan*

Tengok channel @ 15...berpusu-pusu mesej simpati terhadap Ebi dan Noni...."Si Noni tu mama dia cina bapa bajau...sudah bacarai...tapi mama kawin baru orang Menumbok" teriak satu mesej. "Mana ada mama dia di menumbok...sana mama dia tinggal di tg aru...kerja tukang sapu di centre point...sya kanal bah durang ni" jerit satu mesej lagi! (nasib baik yang ni tidak mengaku cousin). "Mama si noni ramai adik beradik" (so!)...hhmmm....yang pasti peratus afundi Noni terus naik! Yang saya tergelak habis bila baca mesej di bawah ni...

Chatter: Kamurang ni... si Noni belum habis cakap lagi ba tu...satu biji telur tu maksud dia telur burung unta...besar bah tu cukup untuk 20 orang!

Kakakaka....

Terimalah video "Ratapan Anak-Anak Sabah" (sediakan tissue paper)


I don't know about you guys...tapi adegan si Dekna ke klinik ni betul-betul buat aku sakit perut ketawa...mengandungi unsur-unsur kelakar yang kuat..kekek


Teman tapi teramat mesra!


Saya terkejut juga bila tengok pelajar-pelajar ni tiba-tiba melukis di dinding. Sebab saya pernah suggest dulu (melalui saluran-saluran tertentu) daripada mereka melepas geram dengan memecahkan pinggan, lebih baik diganti dengan 'punching bag' ataupun 'grafitti wall'. Tapi mungkin juga ramai lagi yang suggest benda yang serupa. Apapun yang penting my wish termakbullah juga!Hehe...

23 Mar 2007

Mahua Waterfall Tambunan


Just one of the many interesting places in Tambunan. Macam bunyi sebutan Hawaii lagi tu 'Mahua'...

Diari 22/3

So the Debat AF moves to the same stage as for the concert. It looks exclusive, glamourous and serious (oopss...I hope this is not in response to the kedai-kopi-like setting I commented for last week program...hehe.)


Pasangan AF5 yang kian menjadi


Persiapan Candy, Noni dan Ebi (tapi Ebi ni sekadar miming saja)

I'm beginning to like this song (to be performed by Candy this Saturday). A 70's disco with a little infusion of jazz and latin beats. It reminds me very much of Sheila Majid's Sinaran (especially the chorus part) . Take a listen on the radioblog...(yeah! Let's sing baby!)

Tajuk: Semua Jadi Satu
Artis: 3 Diva (Ruth Sahanaya, Kris Dayanti and Titi DJ)
Pelajar: Candy

Tawa .. riang canda
benci juga rindu, mimpi dan harapan
Semua tumbuh jadi satu

Cinta adalah kenangan
Rasanya tak mudah dilupakan
Cinta adalah kenangan
Indahnya tak mudah dibayangkan

Tangisan dan tawa serta
Riang canda
Berjuta benci juga rindu
Semua tumbuh jadi Satu
Khayalan yang nyata (serta)
Angan angan
Berjuta mimpi dan harapan
(semua tumbuh)jadi satu
(Ulang)

Hey!...hey..hey (3x)

Tawa .. riang canda
benci juga rindu, mimpi dan harapan
Semua tumbuh jadi satu

Kan kuingat dan selalu kubawa
Bisikanmu oh kasihku
Khayal.. riang canda
Semua tumbuh jadi satu.
(Ulang korus)
Tangisan khayal riang canda
Semua tumbuh jadi satu

Bagaimanakah persembahan Diva Tambunan menyampaikan lagu ini nanti? Harap-harap beliau akan buat yang termalatup!

22 Mar 2007

Penggambaran Aduh Saliha di Sabah

Filem yang bakal dibintangi oleh Mawi ini, dikhabarkan akan menjalani penggambaran di Keningau, Kundasang dan Kota Kinabalu, Sabah. Walau bagaimanapun aktres yang bakal memegang watak Saliha terus menjadi misteri sehinggakan filem ini dituduh cuba mencari publisiti murahan. Adakah Saliha seorang gadis Sabah? Felix juga akan berlakon dalam filem ini. Apakah watak beliau? Kena tunggu. (Berita selanjutnya)


*kalau saya jumpa si Mawi saya bawa dia pergi aramaiti...kekekek

Diari AF

Diari AF (21 Mar) yang sempat dirakam

Candy tukar lagu - I thought lagu dari 3 Diva tu lagu asal yang dia dapat. Rupa-rupanya lagu si Fatin pula. Lagu ni kalau tidak familiar memang sukar dinyanyi. Gabungan tiga diva tapi dinyanyikan secara solo...mencabar ni! Catchy, hard and big song to sing!


Ebi dan Noni praktis - Keras juga lenggangan si Ebi ni..hehe. No doubt Noni's song this week is very interesting (dia pakai kimono kan?). She really needs to nail this song to make a strong impact...unforgetable performance (like Velvet's Langit Ke Tujuh).


Farha praktis - Hmmm...masih terdengar sumbang-sumbang sikit (macam dia belum familiar sama tu melody)


Dafi - Malaysia very own Jericho Rosales. Cair sudah mengkali hati si Mila tu...dia ingat real sudah...hehehe!(memang ada bakat ni budak)


Adegan Candy yang mengundang kutukan di Channel @ 15 (gara-gara terlalu humble!) Kesian dia! Rileks ja bah kamurang...biasalah tu terlepas cakap cuma bezanya perbualan dia ni dirakam. (Ramai pula org Sabah chatting di @15...tapi pakai slang semenanjung...sudah tu kutuk mengutuk pula..mmm) Download the video here

21 Mar 2007

Berita terpilih

Rezeki dari tanah. RM 45,000 satu bulan! Woww! Yang lucunya dengan pendapatan sebesar ini si kawan belum ada pengangkutan sendiri! Tapi ada orang yang saya tahu, pendapatan nyawa-nyawa ikan tapi sudah ada brand new Hilux bikin ronda-ronda bandar...hehe!

Bah kalau kamurang jumpa ni sumandak tus hubungi pihak-pihak berkenaan. Jangan pula ada yang simpan dulu.



Saintis Sabahan? Hebat!..syabas!

Zana oh Zana!

I just don't feel like making more speculations but by looking at how this girl cries in these two videos (video 1 and video 2...lots of comments posted here as well)....something tells me that she's in a full of regrets....(hopefully she'll get the help she badly needed)

Making official announcement of her withdrawal from AF (an exceptionally rare case ever happen in AF history!)

...I bet if they're going to have a topic entitled, "Shall The Public Knows The Real Truth...Nothing but the Truth?!" in Debat AF...*LOL*

Berita campur

Let's have a look at the future road system in K.K particularly within the airport vicinity (Putatan, Kepayan, Tg Aru a.k.a areas where I spent my first 18 years...:)) as announced by Mr. Vellu recently.

A: Proposed breakwater cum Esplanade & Scenic Drive (Woww!)
B: Proposed new Coastal link road between KKIA Terminals 1 & 2
C: Proposed upgrading Jalan Selangor to dual-carriageway
D: Proposed new gyratory at Jalan Selangor-Mat Salleh intersection
E: Proposed ramps at Jalan Kepayan-Coastal Link Road intersection
F: Proposed flyover at Jalan Kepayan-Lintas
G: Proposed upgrading & widening Jalan Kepayan
H: Proposed realignment of Jalan Kepayan
I: Proposed flyover at Jalan Kepayan-Mat Salleh junction
J: Proposed new coastal-Link road from Tg Aru to Kota Kinabalu City (a preparation for more future land reclamation? Looks like it)

Not too sure how the 'A' development gonna look like but it sounds very interesting. I look forward for this one. Just imagine jogging along this structure and upon reaching the dead end...you just jump into the sea...hehe! Looks like they not going to link the road at the back of the Tg Aru Post Office (marked with arrow) with the Jalan Pantai(leading to Sutera Harbour). Hmmm!

One success story....

19 Mar 2007

Gangstarz 2nd concert

Nampak gaya penyingkiran yang pertama telahpun dilakukan. Bukan satu, bukan dua tapi tiga kumpulan sekaligus disingkirkan (punya kejam!). Yang pasti E-Voke dan Infinatez masih kekal dalam pertandingan. All the best to them!

18 Mar 2007

Konsert 1 AF5

I'm impress with the new stage setting. Gone is the circle shape at the background instead it features more rectangulars with clean lines design. Looks very tidy, spacious and futiristic.Tapi yang tak bestnya kemunculan bagasi tidak dapat dilakukan dengan penuh suspen seperti musim-musim sudah. Nampak gaya kali ini bagasi seolah-olah diangkut secara kasar dari bawah dan macam dicampakkan saja di atas pentas...sungguh tak suspen!
Ka Ching by Candy

Mmmm...let me see...masuk opening line ada gelabah sikit. Except for a few notes during the opening verse the rest of her pitching are well in tune (at least better jika dibandingkan dengan kebanyakkan pelajar lain). Nice vocal tone...ada weight (looking forward for 'big' ballad songs from her). Nice vocal control as well. Kordinasi pergerakan agak kemas. Ekspresi muka berpatutan. Pakaian not bad (agak bertepatan dengan konsep lagu). Tapi dandanan rambut not to my taste. Lastly...kena setujulah dengan pendapat 'Janda Exclusive Malaya' tu a.k.a Ogy...yg sebutan perlu banyak kena perbaiki!

Noni - Tak Ada Logika

Hmmm...macam mana mau komen persembahan si Noni ni. Kalau dengar betul-betul, pitching dia hampir 50% terpelanting ke sana sini. Dia ni seolah-olah tak kisah sangat mau jaga pitching....macam main hentam keromo saja goyang-goyang badan sambil teriak-teriak menyanyi (as if she's doing it unconciously.....pergerakan tiada hala tuju Ogy bilang...hehe!). Setuju tu memang setuju dengan pendapat Fauziah Latiff dan Hattan yang suara beliau terjejas sebab bawa lagu susah sambil menari-nari. Tapi kalau lagu tu rancak tak semestinya kita bergoyang dari awal sampai akhir, kena juga buat calculation bila masa sesuai bergerak dan berhenti (calculative movement in rythm with your breathing). Tapi tengoklah nanti macam mana persembahan dia ni di minggu-minggu akan datang terutama bila menyampaikan lagu sentimental. Well who cares about 'logika' (pitching) yang penting lincah, sexy dan seductive! And she looks gorgeous too!

Farha

Kelakar jugakan dia teriak nama si Felix. Bagus-bagus orang bertapuk (motif?) dan siapakah gerangan sumandak di kiri dan kanan itu?...hehehe!

Ebi

Pitching dia kira ok juga tapi suara kurang power dan sebutan kurang jelas. Macam malas buka mulut mau sebut perkataan...hmmm. Tengoklah nanti kalau dia dapat lagu Poco Poco.

17 Mar 2007

Cultural carnivals

Di sekitar Karnival Kebudayaan Lahad Datu di mana Ekin AF3 ada membuat persembahan.





Kumpulan Kebudayaan dari Sabah menang naib johan di Itali...tahniah!


Suku kaum Dumpas. Jarang juga saya dengar nama suku kaum ini yang kebanyankkannya bertumpu di daerah Beluran Sandakan. Selalunya kalau sebut Beluran sering dikaitkan dengan suku kaum Orang Sungai, rupa-rupanya ada beberapa suku kaum lagi (mmm....nampak gaya masih banyak lagi yang belum diketahui di negeri sendiri)

16 Mar 2007

Diari 4

Focus on Candy - Kena marah tidak hafal lirik (amboi Rizal! ambil kesempatan ler tu! Tak koser!)/Terima kasut baru. Not badlah juga suara dia ni. kalau dapat kuasai dan jiwai lagu tersebut gerenti malatup!


Farha jumpa dentist


kelas BI - Thank you! God bless you! Hehehe!



Misteri Zana menangis


Kenapakah si Zana ni asyik-asyik menangis?

a) Masih rindukan kucing (sampai macam ni sekali)
b) Tertekan dengan tugasan (tapi nampak dia ni ok ja masa praktis)
c) Ada kena mengena dengan gosip yang sedang hangat melanda beliau di luar sana

Masalah Cbox

Kepada anda yang mendapat mesej "We could not process your request at this time..." setiap kali menghantar mesej pada kotak Cbox, anda tidak berseorangan. Saya alami masalah ini sejak petang kelmarin (sekitar jam 5 petang). Bila test Cbox pada blog lain boleh pula. Sayapun kurang pasti apa masalahnya. Kena tunggu sajalah.

Debat kelakar

Tersenyum-senyum jugalah saya semasa menonton rancangan pertama “Debat Akademi Fantasia” semalam….one word KELAKAR!. Sekali pandang keadaannya tidak ubah seperti sekumpulan empat orang jejaka berpakaian sempoi (t-shirt and jeans) duduk di sebuah kedai kopi sambil dilayan oleh seorang waiter yang berpakaian cukup kemas. Kalau diujudkan suasana kedai kopi (diletakkan kopi ‘O’ atas meja tu lagi cun!!). Aznil yang berpakaian ala-ala waiter bolehlah menjadi pelayan. Sambil mengacara, sambil-sambil tuang kopi “nak tambah kopi lagi bang!?” (hah! Baru malatup!).
Nak minum apa encik?

Tak perlulah disentuh panjang lebar topik pertama “Perlukah Aswad dan Fatin Dikekalkan di Akademi Fantasia” sebab pada pendapat saya Astro memang mempunyai terma dan syarat yang mencukupi dalam menangani situasi cemas yang tidak dirancang sebegini dan mungkin telahpun membuat keputusan sebelum debat berlangsung. Perdebatan topik tersebut hanyalah sekadar untuk mencetus drama dan mungkin juga untuk mengutip derma, hasil dari undian SMS (kenalah kutip derma untuk menampung perbelanjaan tambahan rawatan kedua-dua pelajar ini) Namun menurut Aznil, kononnya kataputus samada Aswad dan Fatin pelu dikekalkan dalam AF bergantung kepada hasil keputusan debat. Sebaliknya kataputus SMS jugalah yang diambil kira (88 % ‘Ya’ dan 12% ‘Tidak’). Personally I don’t have any problem if these two students dikekalkan, lantaklah! Adil tak adil is not important (what’s new in AF dalam hal-hal keadilan ini?…sudah lumrah AF). Syabas dan tahniah kepada mereka yang akan terus mengundi kedua-dua pelajar ini, walaupun mereka tidak membuat persembahan nanti!

Yang menariknya apabila topik kedua dibincangkan. Tajuk topik lebih kurang berbunyi “Perlukah Adegan Menangis dalam AF”. Bukan tajuk topik yang menarik perhatian saya, tetapi kenyataan pengetua semasa beliau merujuk adegan ‘pelajar membantu rakan pelajar yang ada masalah menghafal lirik’. Menurut beliau “pelajar yang ada masalah menghafal lirik sepatutnya tidak dibantu oleh rakan pelajar lain!” (kah!kah!kah!...pakcik gelak dengar statement yang tak berhati perut macam ni!). Kenyataan beliau ini lebih kurang bermaksud amalan tolong menolong tidak sepatutnya ujud di kalangan pelajar AF (think only about yourself and don’t bother about your other friends who have problem!). Mungkin amalam selfish sebegini boleh diguna pakai dalam rancangan realiti lain yang tidak memerlukan pelajar dikurung dan diasingkan secara mutlak dari keluarga, sanak saudara dan masyarakat (but not in AF!). Arrgghhh!…malaslah mau komen lebih-lebih isu ni.…you guys tepuk dada tanyalah selera! Saya menonton AF ini saja mau berhibur sambil melayan kelucuan karakter dan kerenah pelajar-pelajar AF yang bakal menjadi bintang. Sambil itu saya undilah juga pelajar yang saya ingin terus lihat di episod-episod seterusnya. Side issues, yang hanya sekadar ingin mencetuskan drama dan kontroversi macam ni, malas mau layan!

15 Mar 2007

Evoke-Pro and con comments

Beberapa komen terhadap E-voke

Diari 3


Kenapakah Candy menangis?
a) Tidak dapatmenguasai/menjiwai tugasan lagu Inggeris
b) Kena marah pengetua
c) Terlalu rindu kampung
d) Digosip kuat 'aramaitie'

Pesanan Candy (dlm Bahasa Dusun)/Miss User Friendly aka Dekna buat pesanan/Fatin dikuarantin (lagi-lagi Dr tu sebut haribulan 13 hb satu!?)

Pelajar-pelajar nakal didenda/Pelajar-pelajar membuat keputusan samada Aswad dan Fatin perlu buat persembahan di Konsert 1.

Pelajar perempuan 'kontrol dapur' (kontrol mic)

Rindu kucing (belum pernah aku nampak orang rindu kucing sampai berderai-derai air mata macam ni..errggh!)

14 Mar 2007

Diari AF Ep.2

Antara babak-babak menarik dalam Diari AF Ep.2

Kelas BI - Noni struggle with her English (alahai!)/confession of a chubby chaser (berebut-rebutlah mat-mat chbby afundi dia ni)/Heliza's introduction (mesti kena sebut Tawau dik!..nanti tiada undi dari Tawau...tapi hebat dia ni...Terengganu undi dia, Taiping undi dia..hehe)/ and the soon-to-be-famous tag line "Line Clear!"

The gruelling dance class


Ebi singing - Action ja bah si Ebi ni tengok2 lirik kunun, padahal lagu ni makanan dia.

Bilik lepas geram (perlukah?)-membazir pingganlah...bagus sedekah pinggan tu kepada mangsa-mangsa banjir. Guna punch bag atau graffiti wall is better

Akademi Wad untuk asWAD - Elakkan bagi nama kepada anak anda dengan nama yang ada bunyi WAD di hujung-hujung dia macam...MisWAD, JoWAD ataupun TuntuWAD..nanti kerap masuk WAD!


Aikk!!...kenapa Dr tu sebut haribulan 13 hb satu??

Tourism

Hidden treasure


Shopping

13 Mar 2007

Sabah's top SPM student


Other interesting facts about her (as reported in Daily Express)
- she studied in Primary One for only about half a year when she's promoted to Primary two.
-Refuse to jump class from Primary Five to Form One
-listen to rock music, her favourite is Nickleback and play computer games...."strategy games"

Yazer dalam rancangan Zoom In TV2

Have You Ever Seen The Rain


Impian Anak Jalanan

12 Mar 2007

Kejutan untuk Farha dan Ebi AF5

Ebi


Farha

Dia ni macam sudah tahu awal-awal kan...hehe

AF5 early fashion disaster?. Silap pandang macam skirt akak-akak lah pula...hehe..baju akak Bedah mana pula dia pinjam ni? . koleksi peribadikah atau saranan perunding imej AF5 yang baru dilantik?

Felix di Zoom In TV2

Antara persembahan menarik Felix semasa menjadi hos bersama Yazer untuk rancangan Zoom In TV2

Aku Pencinta Mu


Sedang Ingin Bercinta

11 Mar 2007

"Cinta di Kebun Getah"



Mungkin begitulah lebih kurang tajuk sebuah drama andaikata perbicaraan mahkamah kes rogol, yang sedang hangat berlangsung di Sabah, melibatkan seorang lelaki berusia 80 tahun di jadikan sebuah filem. Ini bukanlah kali pertama kes-kes yang melibatkan warga tua ini berlaku. Tapi dari segi umur, mungkin inilah yang kira paling rekod! (atau ada lagi?) Paling famous ialah kes yang melibatkan si mamai...errr...dengan huruf besar..."G-bukan nama sebenar" beberapa tahun lalu, sehinggakan nama beliau bertukar dari 'katanama' (noun) ke 'kataperbuatan' (verb). Samalah juga macam kes Bobbit di Amerika, sehinggakan nama 'Bobbit' (slice) tu sekarang menjadi kataperbuatan. Berbalik pada kisah si mamai 80 tahun ni, bila membaca kes perbicaraan beliau sampai tersenyum-senyum kita dibuatnya (macam menonton rancangan Mr. Bean)

Hari pertama beliau dibicarakan, beliau menolak pelawaan peguambela yang ingin membela beliau secara percuma, siap dengan kenyataan direct to the point 'saya tidak trust dengan peguam Sabah!' justeru mengambil keputusan membela dirinya sendiri! Hari kedua pula semasa membela dirinya sendiri, dengan lantang beliau mengemukakan pertanyaan kepada mahkamah.... "Nokuro tu au dau pinoruput tontok do korogol? soira pod minontian om man nogi dau poruputo?" (Why didn't the woman report when she was allegedly raped. Why only when she got pregnant did she make the report?)<----hah! siapa berani jawap tu! Don't play play sama orang tua! Hari ketiga pula menyaksikan mangsa rogol memberi kenyataan. Ditanya oleh pendakwa bagaimana beliau mempunyai seorang anak sedangkan beliau belum berkahwin?<---(soalan bodoh yang gerenti diketawakan oleh artis Hollywood!). Dengan ringkas mangsa menjawab "si Tausang tarik tangan saya!" (full stop!)...kah!kah!kah!padan muka pendakwa, soalan bodoh diberi jawapan yang sewajarnya! Seperti sebuah filem Hollywood saya rasa di sinilah konflik bermula....sebab apabila budak 17 tahun terbaca laporan ini maka tercetuslah kehairanan "aikk! kena tarik tangan saja terus keluar anak!". Satu cabaran buat mahkamah menggunakan imaginasi yang seliar-liarnya daripada kenyataan sekadar 'ditarik tangan' (tangan kanan pula tu). So siapa bilang wild imagination tidak penting? Ada guna juga tu..kekek! Masuk hari keempat kekeliruan berhubung istilah sebenar rogol semakin ketara apabila si mamai bilang..... "Saya tidak akun rogol, sebab saya suka sama suka, sama dia, saya tidak dapat kacau sama dia, kalau bukan kerana SINTA! (cinta)". (hah! macam mana mau jawab tu?). Bila pendakwa beritahu bahawa dari hasil ujian DNA, anak tersebut memang sah milik si mamai, dia mengaku "memanglah! tapi saya tidak rogol"! ...hehe...(pening mengkali pendakwa dengar jawapan dia ni). Siapa yang mendidik siapa dalam perdebatan istilah rape yang sebenarnya ni!?.

The bottom line is, young and old men alike, masih ramai yang keliru dengan istilah rape yang digunapakai dalam sistem perundangan. Somebody needs to explain to them. But who? The school? The parents? The newspaper? Masalahnya ramai yang tidak baca newspaper. I bet kalau durang ikuti perkembangan semasa kes-kes sebegini, at least they know what are the sentences like. Apakah kesudahan kisah "Cinta di Kebun Getah" ni? Berjayakah si mamai yang berkeras dengan pendiriannya....bahawa aksi suka sama suka tanpa unsur-unsur paksaan (kira slow and steady lah tu) tiada kaitan dengan rogol...dan akhirnya berjaya mempengaruhi mahkamah? Bagaimanakah pula mahkamah perlu meyakinkan seorang warga tua 80 tahun yang perbuatan beliau itu satu kesalahan di sisi undang-undang? Kena tunggu dan lihat keputusan mahkamah nanti.

Kejutan untuk Noni dan Candy



Hmmm...kalau iapun cakaplah "terimakasih Astro"

10 Mar 2007

Pesanan awal Pengetua AF5

"Cuma kali ini kalau boleh saya tidak mahu tengok peserta yang menangis teruk sewaktu penyingkiran. Saya tidak mahu mereka ada attitude seperti ini. Saya terlebih dahulu yang akan mengkritik mereka nanti sebelum mereka buat persembahan mingguan. Saya senang saja, siapa salah dia kena, siapa malas saya halau! Demikianlah antara kata-kata awal Pengetua AF5.

Musim ini juga tiada sesi khas pelajar bertemu dengan wartawan. Pelajar akan terus dikuarantin di Akademi mulai Ahad ini. Tindakan ini diambil kerana kononnya ada pelajar yang sudah kenal wajah wartawan, bila berada di atas pentas akan beri signal kepada wartawan tu yang dia mungkin tidak suka dengan lagu yang akan dinyanyikan (mungkin ada pelajar dengan wartawan telah berlatih bagaimana berkomunikasi menggunakan body language). Klik sini untuk laporan-laporan lengkap selanjunya.

Ekin AF3 bakal muncul di Lahad Datu

Lama juga tiada khabar berita Ekin AF3 ni. Kalau ikut laporan akhbar di bawah, beliau bakal membuat persembahan di Karnival Budaya Lahad Datu malam ini.

Click pics to enlarge/read

Out of all the towns in east coast including Sandakan and Tawau, I sort of like Lahad Datu better. To me it's kind of easy to get around and get what you needed. Most of the necessary amenities are just nearby. It's like a small, compact or pocket size gadgets. They have good restaurants, hotel not bad (at least the reasonable-price hotels have their own private parking area). Compare with Sandakan, I think they already have two mall-like shopping complexes (shopping under one roof) although not as big as those in KK. But on the negative side, it's the cleanliness. There's one storm drain, almost filled up with garbage. It's the same sight we see everytime we visit the town. I hope the Majlis Daerah had taken the necessary action by now.

Fesyen bintang AF di KL Red Carpet

Antaranya Velvet, Marsha, Farhan dan Nana

9 Mar 2007

AF5: Pelajar Sabah berjaya ke Akademi

Profail Profail


Profail Profail

Bagaimanakah bakat sebenar durang ni?? Sama-samalah kita nanti dan lihat Sabtu ini 10 Mac dan Ahad 11 Mac, jam 8.30 pm. Menerusi rancangan Tirai Akademi.

Video Rich dan Velvet

Pelancaran album re-packaged Estranged


Velvet ditemubual sempena Cit Cat Mesra Sokmo and a glimpse of Marsha singing on stage

8 Mar 2007

AF5: Calon-calon Sabah dalam top 72

Calon-calon ini berpeluang ke Top 12 (finalis). Siapakah di antara mereka? (Mungkin juga pada saat ini jawapannya telahpun diketahui)

Calon-calon lelaki




Calon-calon wanita

E-Voke's profile

E-Voke's profile is finally included on Gangstarz website. Click here. The website is very slow in providing update information and not that happening. It reminds me of OIAM's website. How I wish they show the most update voting percentage.

Antara komen laporan akhbar terhadap persembahan E-Voke

E-Voke, satu-satunya kumpulan dari Malaysia yang membuat persembahan malam tadi, juga tidak mengecewakan.

Walaupun kurang membuat persiapan ekoran menjadi 'bidan terjun' bagi menggantikan tempat kumpulan Del Stellarz, lima peserta ini masih mampu beraksi dengan baik menerusi lagu Puteri dan Seri Satu Sama.

Cuma sayangnya, kehebatan kumpulan ini hanya terletak pada tarian dan tidak pada vokal mereka.

Tidak dinafikan, gerak tari mereka memang mempersonakan, tetapi kegagalan menyanyikan secara berharmoni serta vokal yang kurang mantap membuatkan kumpulan ini 'gagal' berada seiringi dengan peserta-peserta dari negara lain, terutamanya Indonesia
.

mStar online

7 Mar 2007

Ice skating rink in town

Atukkk!!....adalah nanti yang bakal mewakili negara ke kejohanan Winter Olympics ni...hehe! Woww...can you imagine how are they gonna keep the skating rink freezes. Jangan saja nanti ada orang pergi curi tu ais bikin campur di minuman ataupun bikin kasi fresh ikan. Anyway I hope to see high class performance like the Disney on Ice troop performing here!