Antara komen laporan akhbar terhadap persembahan E-Voke
E-Voke, satu-satunya kumpulan dari Malaysia yang membuat persembahan malam tadi, juga tidak mengecewakan.
Walaupun kurang membuat persiapan ekoran menjadi 'bidan terjun' bagi menggantikan tempat kumpulan Del Stellarz, lima peserta ini masih mampu beraksi dengan baik menerusi lagu Puteri dan Seri Satu Sama.
Cuma sayangnya, kehebatan kumpulan ini hanya terletak pada tarian dan tidak pada vokal mereka.
Tidak dinafikan, gerak tari mereka memang mempersonakan, tetapi kegagalan menyanyikan secara berharmoni serta vokal yang kurang mantap membuatkan kumpulan ini 'gagal' berada seiringi dengan peserta-peserta dari negara lain, terutamanya Indonesia.
mStar online
0 comments:
Post a Comment